home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Keracunan Makana Semasa Melancong

Keracunan Makana Semasa Melancong

Pencemaran makanan adalah salah satu faktor utama cirit-birit pelancong (travelers’ diarrhea) dan penyakit digestif. Makan atau minum yang salah bukan sahaja membuatkan anda terperap di dalam bilik hotel tetapi juga merosakkan percutian anda. Ke mana sahaja anda pergi, ada cara untuk mengelakkan keracunan makanan.

Minum minuman yang selamat

Jika anda tidak pasti kesucian air tempatan atau kebersihan kawasan tersebut, anda harus mengelakkan air tempatan. Walaupun tiada mudarat kepada penduduk tempatan, anda masih boleh jatuh sakit kerana tidak ada bakteria yang berkenaan di dalam perut anda untuk mencegah penyakit. Idea yang baik adalah menggunakan air masak, air botol atau minuman dalam tin.

Makan makanan panas yang dimasak atau makanan mentah yang boleh dikupas

Makanan yang telah dimasak dengan sempurna dan panas adalah kurang berkemungkinan mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Begitu juga makanan mentah yang boleh dikupas (seperti pisang atau buah-buahan sitrus) yang tidak terdedah kepada bakteria berbahaya.

Elakkan makanan

  • Daging, ayam, makanan laut, dan telur mentah atau tidak dimasak.
  • Susu dan produk tenusu yang tidak dipasteur.
  • Sisa makana dan makanan yang terdedah.

Perhatikan kedai makan atau penjual sebelum membeli makanan

Amalan ini boleh memberikan anda gambaran berkenaan kebersihan makanan tersebut. Sebagai contoh, adakah penjual makanan tersebut memakai sarung tangan pakai buang dan menukarnya dengan kerap? Adakah terdapat orang yang berasingan mengendalikan duit, atau adakah orang yang memasak makanan menggantikan sarung tangan setiap kali menerima duit?

Basuh tangan anda dengan bersih sebelum makan apa-apa makanan

Ini boleh mengurangkan jumlah bakteria atau mikrob yang wujud di tangan anda.

Gunakan gel pembersih tangan atau tangan kain lap beralkohol untuk membersihkan tangan jika tidak ada sabun atau air.

Jika anda jatuh sakit

Keracunan makanan boleh menyebabkan dehidrasi yang serius. Jadi sangat penting untuk menyimpan air minum.

Cari bantuan perubatan jika anda mengalami kekejangan atau sakit perut yang teruk, demam panas, darah atau lendir dalam najis anda, dan / atau dehidrasi yang teruk.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Avoid food-borne illness when traveling abroad. https://www.foodsafety.gov/blog/international_travel.html. Assessed December 25, 2016

How to avoid food poisoning when traveling abroad. http://www.wikihow.com/Avoid-Food-Poisoning-when-Traveling-Abroad. Assessed December 25, 2016

10 simple tips to help you avoid getting sick when travel. http://www.nomadicmatt.com/travel-blogs/ten-health-safety-tips/. Assessed December 25, 2016

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 04/05/2018
x