backup og meta

1 Jam Selesai Kemas Rumah Setiap Pagi, Ibu-Ibu Boleh Buat 7 'Trick' Ini!

1 Jam Selesai Kemas Rumah Setiap Pagi, Ibu-Ibu Boleh Buat 7 'Trick' Ini!

Ibu-ibu yang berkerjaya pasti agak serabut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Manakan tidak, masa agak terhad untuk menguruskan diri sendiri, rumah serta anak-anak sebelum menghantar mereka ke sekolah. Kadangkala sehingga tidak sempat untuk mengemas rumah. Apa kata anda ikuti tip kemas rumah siap dalam masa 1 jam ini. Tips kemas rumah yang banyak barang ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak cukup masa setiap pagi. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Tip kemas rumah dalam masa 1 jam!

Kedengaran agak mustahil, tetapi ia boleh dilakukan jika anda tahu trick yang betul. Tips kemas rumah yang banyak barang ini boleh dilakukan berseorangan atau bersama anak-anak.

Ikuti tip di bawah ini.

#1. Siapkan bahan sarapan lebih awal

tip kemas rumah

Setiap pagi, ibu-ibu pasti akan bangun lebih awal bagi menyediakan sarapan untuk seisi keluarga. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak kecil yang masih bersekolah rendah.

Namun, kadangkala dapur pasti akan bersepah dan tidak sempat dikemas selepas memasak sarapan pagi.

Apa kata anda cuba sediakan bahan-bahan sarapan pada waktu malam sebelumnya.

Sebagai contoh, jika anda mahu menggoreng nasi untuk menu sarapan pagi esok, sediakan bahan-bahannya lebih awal.

Kupas bawang dan tumbuk bawang siap-siap dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Begitu juga dengan ayam atau udang, anda boleh meletakkannya di bahagian bawah peti sejuk agar tidak terlalu berais pada keesokan harinya.

Dengan cara ini, anda boleh terus memasak pada waktu pagi dan mudah untuk membersihkannya.

#2. Buka tingkap 

Tip kemas rumah yang kedua ialah berkaitan tingkap. Setelah anda bangun pagi, buka tingkap rumah seawal mungkin.

Ini bertujuan memudahkan aliran udara segar masuk ke dalam rumah.

Selain itu, tingkap yang dibuka juga boleh memudahkan lebih banyak cahaya matahari masuk dan membunuh bakteria yang ada dalam rumah. 

#3. Kemas katil sejurus selepas bangun

tip kemas rumah

Setelah anda bangun, jangan sesekali membiarkan katil dalam keadaan yang tidak kemas.

Tabiat yang paling elok adalah dengan terus mengemas katil dan melipat selimut sejurus anda bangun.

Kemudian, barulah anda boleh meneruskan aktiviti lain seperti mandi atau solat Subuh.

Tip kemas rumah 4: Minta anak sapu rumah

Setelah anak siap mandi dan memakai uniform sekolah, anda boleh minta anak-anak untuk menyapu rumah sementara menunggu anda menyiapkan sarapan.

Jika anak-anak bergilir menggunakan bilik mandi dan juga tandas, minta mereka yang masih belum mandi untuk menyapu rumah terlebih dahulu dan boleh digantikan dengan anak yang lain selepas mereka siap mandi.

Cara ini sangat menjimatkan masa anda untuk mengemas rumah.

#5. Basuh pinggan selepas makan

Selepas menikmati sarapan pagi, pastikan pinggan, mangkuk dan perkakas memasak terus dicuci bersih sebelum keluar bekerja.

Untuk anak-anak, latih mereka untuk mencuci pinggan dan cawan mereka sendiri selepas makan.

Ia bukan sahaja menjimatkan masa anda mengemas rumah, tetapi juga mendidik anak-anak untuk lebih bertanggungjawab dan berdikari.

Tip kemas rumah ini juga boleh mengelakkan pinggan-mangkuk menimbun di dalam sinki. 

#6. Basuh baju pada waktu malam

tip kemas rumah

Untuk mempercepatkan proses mengemas rumah pada keesokan pagi, anda boleh mencuci baju pada waktu malam sebelum tidur.

Waktu yang paling ideal ialah selepas solat Maghrib atau Isyak.

Dengan itu, baju boleh terus disidai pada waktu pagi tanpa menunggu baju dicuci yang tentunya memakan masa. 

Tip kemas rumah 7: Buang sampah sewaktu keluar rumah

Bungkuskan segala sampah dengan kemas dan bawa bersama sewaktu hendak keluar rumah.

Dengan cara ini, sampah boleh dibuang setiap hari dan tidak akan terperap dan membusuk di dalam rumah.

Anda boleh meminta anak-anak untuk menolong membuang sampah jika anda tidak berkesempatan melakukannya. 

Kesimpulan

Tip-tip yang kami kongsikan ini boleh membantu anda untuk mengemas rumah dalam tempoh 1 jam sahaja setiap pagi.

Selain itu, anda juga boleh mengajak anak untuk sama-sama mengemas rumah.

Pertolongan daripada ahli keluarga yang lain boleh membuatkan proses mengemas rumah menjadi lebih cepat selain menyuburkan sifat tanggungjawab dalam diri mereka.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tips for Spending Quality Time With Your Child. https://www.naeyc.org/our-work/families/spending-quality-time-with-your-child. Accessed on September 26, 2022. 

Stuck doing all the household chores? This practical guide can help. https://www.npr.org/2022/09/16/1123560719/splitting-chores-partner-roommate. Accessed on September 26, 2022.

4 Ways to Get More Done in Less Time. https://hbr.org/2021/02/4-ways-to-get-more-done-in-less-time. Accessed on September 26, 2022.

Powerful Daily Routine Examples for a Healthier Life. https://www.lifehack.org/677367/powerful-daily-routine. Accessed on September 26, 2022.

Chores and Responsibility. https://www.healthychildren.org/English/family-life/family-dynamics/communication-discipline/Pages/Chores-and-Responsibility.aspx. Accessed on September 26, 2022.

Versi Terbaru

26/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Selain Bela Kucing, Ini 8 Cara BERKESAN Halau Cicak Dari Rumah!

Ibu-Ibu Muda Boleh Cuba 2 Teknik Potong Ayam Ini Di Rumah, Barulah Mak Mentua Kagum


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan