backup og meta

Baju Ada Kesan Hitam Akibat Seterika Atau Karat? Cuba 5 Petua Ini Nak Hilangkannya!

Baju Ada Kesan Hitam Akibat Seterika Atau Karat? Cuba 5 Petua Ini Nak Hilangkannya!

Apabila anda gosok baju, pernahkah baju anda mempunyai kesan akibat daripada seterika yang anda gunakan? Sebagai contoh, ada kesan hitam pada baju atau warna seakan-akan kesan karat. Jika ini berlaku, anda mungkin ingin tahu cara hilangkan kesan seterika pada baju ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Macam mana boleh ada kesan hitam ketika gosok baju?

Biasanya, kesan hitam yang melekat pada baju anda disebabkan oleh kesan hangus pada permukaan seterika.

Selain itu, jika baju anda juga bercapuk dengan warna kekuningan, ia mungkin disebabkan oleh wap air karat yang digunakan ketika menggosok baju (seterika stim).

Ia boleh dikatakan sebagai kotoran degil yang agak sukar untuk hilang dengan cucian biasa. Jadi, apa boleh kita buat untuk hilangkannya? 

Ini cara hilangkan kesan seterika pada baju

Untuk pengetahuan anda, cara-cara yang akan kami kongsikan ini boleh digunakan dalam dua keadaan; menghilangkan kesan hitam ketika gosok baju akibat seterika dan juga menanggalkan kesan karat air atau besi pada baju anda.

Ini cara-caranya:

#1. Cukacara hilangkan kesan seterika pada baju

Anda boleh menggunakan cuka untuk mencegah kesan besi atau seterika daripada muncul pada pakaian anda dan juga untuk menanggalkannya.

Ikuti cara ini apabila anda mencuci pakaian yang berwarna putih.

Pastikan pakaian anda direndam dalam air suam yang dicampur dengan satu sudu cuka selepas selesai dicuci.

Ini akan menghalang pakaian berwarna putih daripada menjadi kuning. Anda juga boleh menambahkan cuka ke dalam air yang anda gunakan untuk mencuci pakaian.

#2. Cara hilangkan kesan seterika pada baju: Lemon

Ambil satu hirisan kecil lemon dan sapu pada kesan karat atau hitam yang ada pada pakaian.

Cara ini bukan sahaja akan menghilangkan kesan karat, tetapi juga semua kesan lain pada pakaian anda.

Jika hasilnya tidak begitu berkesan dengan hanya menggunakan lemon, tambahkan secubit garam laut pada hirisan lemon sebelum digosok pada baju anda.

Untuk membersihkan kesan karat pada pakaian putih, letakkan baju yang disapu dengan lemon dan garam di bawah cahaya matahari selama kira-kira sejam.

Ini akan membantu dalam menghilangkan segala kotoran dengan lebih berkesan.

#3. Garam

cara hilangkan kesan seterika pada baju

Ini adalah satu lagi bahan dapur penting yang boleh anda gunakan untuk menanggalkan kesan karat dan hitam seterika.

Rendam pakaian yang telah dibasuh dalam air yang dicampur dengan secubit garam selama 20-30 saat.

Garam boleh membantu dalam mengurangkan kandungan besi daripada fabrik.

Namun, jangan rendam pakaian dalam air masin semalaman kerana ia boleh melunturkan warna pakaian anda. 

#4. Cara hilangkan kesan seterika pada baju: Baking soda

Soda penaik atau baking soda adalah antara barangan dapur lain yang boleh anda gunakan sebagai cara hilangkan kesan iron pada baju.

Anda hanya perlu menambahkan satu sudu baking soda ke dalam setengah baldi air sejuk.

Pastikan pakaian anda direndam dalam larutan ini selama 20-25 minit dan kemudiannya basuh menggunakan sabun pencuci lembut.

Anda juga boleh menggunakan pes baking soda untuk tujuan ini. Buat pes dengan cara mencampurkan baking soda bersama air.

Setelah itu, sapukan pes ini ke atas kesan karat dan biarkan ia meresap ke dalam kotoran. Gosok dengan lembut menggunakan berus gigi lama atau berus dawai.

Anda perlu mengulangi langkah ini beberapa kali sekiranya terdapat kesan hitam dan karat yang sukar untuk dihilangkan.

#5. Krim tartar

cara hilangkan kesan seterika pada baju

Krim tartar juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan kesan seterika pada baju.

Caranya mudah sahaja. Ambil periuk dan rebus dua liter air dengan enam sudu krim tartar.

Setelah itu, tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian, rendam pakaian yang mempunyai kesan seterika atau karat dalam air tersebut selama 1-2 jam untuk menghilangkan kesan kotoran degil.

Namun, elak daripada menggunakan kaedah ini bagi pakaian berwarna dan pakaian yang mudah rosak. 

Kesimpulan

Walaupun kotoran degil akibat kesan seterika dan karat agak sukar untuk hilang, namun ia tidaklah mustahil untuk dilakukan jika tahu cara yang betul.

Ikuti sahaja 5 cara hilangkan kesan seterika pada baju yang kami kongsikan di atas ini ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to remove stains from clothes. https://www.cleaninginstitute.org/cleaning-tips/clothes/stain-removal-guide. Accessed on December 3, 2022. 

FAQs on Common Laundry Stain Removal. https://www.findalaundry.org/stain-removal/. Accessed on December 3, 2022.

Remove The Pain from Stains. https://www.loveyourclothes.org.uk/tips/remove-pain-stains. Accessed on December 3, 2022.

How to Remove Summer Stains From Your Clothes. https://www.consumerreports.org/appliances/laundry/how-to-remove-summer-stains-from-your-clothes-a3477204035/. Accessed on December 3, 2022.

We tried it: Cleaning 5 common stains with baking soda. https://www.grove.co/blog/how-to-clean-with-baking-soda. Accessed on December 10, 2022.

6 Of The Best Natural Stain Remover Remedies. https://www.ecocleanmk.co.uk/news/6-of-the-best-natural-stain-removing-remedies. Accessed on December 10, 2022.

Versi Terbaru

10/04/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Lebih Gemar Basuh Baju Guna Tangan? Ini 7 Langkah Mudah Cucian Tangan!

Baju Kotor Terlekat Dakwat Pen? Ada 5 Bahan Dapur Boleh Bantu Hilangkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan