Langkah 1: Asingkan baju ikut jenis dan warna fabrik
Pertama dan paling penting, anda mesti asingkan pakaian cucian mengikut jenis dan warna fabrik masing-masing. Jika anda hanya campurkan semua ke dalam satu bekas sahaja, maka tinggi risiko untuk fabrik itu menjadi luntur dan rosak.
Langkah 2: Rendamkan ke dalam bekas cucian
Kemudian, anda perlu rendamkan pakaian ke dalam bekas cucian yang telah dicampurkan dengan air dan sabun pencuci, biarkan seketika untuk air dan sabun pencuci itu meresap ke dalam baju.
Jika tidak ada bekas, anda turut boleh menggunakan sinki atau tab yang telah ditutup lubang air.

Langkah 3: Gosokkan baju dengan lembut
Selepas itu, gosokkan baju anda itu dengan lembut menggunakan tangan untuk menanggalkan sisa kotoran degil yang telah melekat. Jika kotoran masih tidak tertanggal, boleh tambahkan sabun dan gunakan berus untuk menggosok kotoran tersebut.
Langkah 4: Perahkan baju dengan kuat
Setelah itu, perahkan baju anda itu dengan kuat menggunakan tangan bagi menyingkirkan air yang telah diserap ketika sesi rendaman dan gosokan. Sebaiknya, sila ulang langkah 3 dan 4 beberapa kali agar sisa kotoran, sabun dan air dapat dibuang.
Baca lagi artikel berkaitan:
Langkah 5: Campurkan pelembut dan pewangi
Langkah ini merupakan pilihan namun sangat disyorkan agar pakaian cucian anda itu tadi menjadi lebih lembut dan wangi. Ingat, ia hanya boleh dilakukan selepas basuh dan sebelum jemur baju.
Namun, turut wujud risiko agen pelembut dan pewangi baju di mana ia mengandungi bahan-bahan kimia tersembunyi yang mempunyai kesan buruk terhadap tubuh badan terutama kulit individu.

Langkah 6: Bilaskan hingga yakin bersih
Sekiranya anda sudah yakin bahawa baju yang dicuci itu telah suci daripada sisa kotoran, sabun dan air, bilaskan dengan air paip hingga bersih. Ini adalah langkah terakhir sebelum baju perlu dijemur.
Langkah 7: Jemurkan baju hingga kering
Akhir sekali, sila jemur pakaian cucian di ampaian hingga kering. Mungkin ramai yang percaya jika menjemur di dalam rumah lebih mudah namun menjemur di luar rumah adalah lebih cepat dan efektif.
Adakah cara basuh baju guna tangan berbaloi dan bermanfaat?
Jika difikirkan secara logik, basuh baju menggunakan mesin basuh atau khidmat dobi tentu sahaja lebih mudah dan cepat namun ia mungkin tidak sesuai buat semua jenis pakaian harian anda.
Seperti mana di atas tadi, ada beberapa jenis fabrik yang lebih sesuai dicuci dengan tangan agar ia akan dapat bertahan lebih lama. Jadi, cara ini masih berbaloi dan bermanfaat bagi kita semua.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen