backup og meta

7 Cara Halau Nyamuk Dalam Rumah, Pakai Spray Boleh, Guna Bahan Dapur Pun Boleh!

7 Cara Halau Nyamuk Dalam Rumah, Pakai Spray Boleh, Guna Bahan Dapur Pun Boleh!

Banyak betul nyamuk dalam rumah. Apakah cara halau nyamuk yang terbaik ya? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan petua serta cara halau nyamuk dalam rumah yang berkesan, hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja!

Berminat? Jom, baca lebih lanjut!

Bahaya nyamuk

Berbeza dengan serangga perosak lain, nyamuk bukan sahaja menyakitkan hati dan mata – ia juga sangat berbahaya dan boleh menyebarkan penyakit yang boleh membawa maut. Sebagai contoh, demam denggi, chikungunya dan demam kuning semuanya berlaku disebabkan gigitan nyamuk.

Bukan itu sahaja, gigitan nyamuk juga boleh menyebabkan kegatalan. Bunyinya yang nyaring juga dapat mengganggu tidur malam.

Jika anda inginkan kawasan rumah yang bebas serangga perosak ini, kami ada beberapa petua halau nyamuk yang mungkin berkesan.

Petua halau nyamuk:

  1. Cara paling berkesan adalah dengan menghalang kemasukan nyamuk ke dalam rumah.
  2. Pasang jaring nyamuk pada tingkap rumah.
  3. Gunakan semburan yang mengandungi DEET atau picaridin di dalam atau luar rumah untuk menghalau nyamuk.
  4. Pastikan tiada air bertakung di sekeliling rumah.
  5. Periksa sekitar rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk elakkan kawasan pembiakan nyamuk.

7 cara halau nyamuk dalam rumah

Rimas dengan nyamuk dalam rumah? Jangan risau. Kami ada cara untuk mengurangkannya. Di bawah, kami akan terangkan cara halau nyamuk dalam rumah.

Selepas ini, bolehlah anda ucapkan selamat tinggal kepada nyamuk!

1. Pasang jaring nyamuk pada tingkap rumah

cara halau nyamuk

Nyamuk boleh masuk ke dalam rumah melalui lubang-lubang yang kecil. Oleh itu, jika ada lubang pada tingkap, pastikan anda tutup dengan jaring untuk mengurangkan bilangan nyamuk yang boleh terbang ke dalam.

Jangan buka pintu terutamanya pada waktu maghrib.

2. Sembur dengan racun serangga

Nyamuk sukakan tempat yang gelap dan lembap seperti di bawah sinki, perabot, di celah-celah baju dan di kawasan yang sempit.

Gunakan racun serangga untuk membunuh nyamuk. Produk ini selalunya akan memberi kesan serta-merta. Walau bagaimanapun, pastikan anda ikut arahan pada label sebelum sembur. Pastikan tiada orang di sekeliling dan tutup pintu selepas sembur.

Baca juga:

Cara halau nyamuk 3: Buka kipas angin

Jika anda inginkan penyelesaian yang pantas, buka sahaja kipas angin dan biarkan ia berpusing. Angin dari kipas akan membuatkan nyamuk keliru. Nyamuk juga tidak akan ‘mendarat’ pada kulit anda.

Selain itu, penggunaan kipas angin juga dapat mengurangkan konsentrasi karbon dioksida yang dihembus manusia. Konsentrasi gas CO2 yang tinggi inilah yang menarik nyamuk!

4. Pastikan tidak ada air yang bertakung

cara halau nyamuk

Punca utama nyamuk datang ke rumah anda ialah air yang bertakung. Sekiranya di kawasan tandas atau dapur anda menakung air, nyamuk akan datang menghuni dan membiak di kawasan tersebut.

Satu sudu teh air sudah cukup untuk menjadi sarang pembiakan nyamuk.

Oleh itu, sentiasa bersihkan kawasan rumah dan pastikan tidak ada ruang untuk nyamuk membiak. Nyamuk aedes hanya mengambil masa 7 hari sahaja untuk bertukar daripada telur kepada nyamuk dewasa.

Jika anda menakung air untuk tujuan mandi, pastikan anda letakkan sedikit serbuk abate. Cukup ½ sudu teh serbuk abate untuk takungan sebanyak 18L.

Jangan risau, walaupun dikenali sebagai racun jentik-jentik, serbuk abate tidak berbahaya untuk kegunaan manusia. Ia juga selamat untuk diminum.

5. Tanam pokok penghalau nyamuk

Jika anda suka berkebun, cuba letakkan pokok atau tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk di dalam rumah. Selalunya, pokok-pokok ini bukan sahaja dapat menghalau nyamuk, ia juga dapat mengusir serangga perosak lain termasuklah tikus!

Pokok penghalau nyamuk selalunya bersaiz kecil. Oleh sebab itu, ia sesuai ditanam di dalam rumah. Antara contoh tumbuhan yang anda boleh gunakan ialah serai wangi, pudina, bunga tahi ayam dan juga marigold!

Cara halau nyamuk 6: Gunakan bahan-bahan dapur

cara halau nyamuk

Jika anda tidak mahu menggunakan bahan kimia, anda boleh gunakan bahan-bahan dapur untuk menghalau nyamuk.

Sebagai contoh, anda boleh gunakan buah lemon dan juga cengkih. Potong dua buah lemon dan cucukkan cengkih ke dalamnya. Letak di kawasan yang ada banyak nyamuk.

Nyamuk tidak suka bau cengkih dan juga buah-buahan sitrus. Oleh itu, nyamuk tidak akan berlegar-legar di kawasan tersebut.

7. Letakkan sebaldi air sabun

Tahukah anda, sebaldi air sabun dapat membunuh nyamuk? Anda perlukan baldi yang besar dan juga sabun basuh pinggan. Kemudian, letakkan baldi ini di kawasan yang ada banyak nyamuk.

Nyamuk tertarik dengan air yang bertakung. Namun, air yang bersabun akan memerangkap nyamuk dan membunuhnya. Mudah bukan! Selamat mencuba.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bagaimana cara penggunaan racun jentik-jentik (Abate)? https://pusatkesihatan.uitm.edu.my/v3/index.php/en/menu-faq/menu-public-health-unit/316-macamana-cara-penggunaan-racun-jentik-jentik-abate. Accessed on November 8, 2022.
  2. Controlling Mosquitoes at Home. https://www.cdc.gov/zika/prevention/controlling-mosquitoes-at-home.html. Accessed on November 8, 2022.
  3. General Information about Mosquitoes. https://www.epa.gov/mosquitocontrol/general-information-about-mosquitoes. Accessed on November 8, 2022.
  4. How mosquitoes spread disease. https://www.worldmosquitoprogram.org/en/work/wolbachia-method/how-it-works. Accessed on November 8, 2022.
  5. Mosquitoes and Disease. http://www.idph.state.il.us/envhealth/pcmosquitoes.htm. Accessed on November 8, 2022.

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Mungkinkah Nyamuk Gajah Bakal Bawa Wabak Baru?

Bahaya Jika Terhidu Semburan Nyamuk, Ini Cara Gunakannya Dengan Betul!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan