Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada sesetengah wanita kurang berkeyakinan kerana mempunyai pinggul besar, terutamanya melibatkan aspek pemakaian.

Namun sebenarnya anda adalah individu bertuah kerana dikatakan akan lebih mudah hamil.

Benarkah pinggul besar lebih mudah hamil?

Mempunyai zuriat pastinya impian setiap wanita yang bergelar isteri. Namun adakalanya kehamilan sukar untuk diperolehi.

Berita baiknya, wanita yang dengan pinggul besar dikatakan lebih mudah mengandung, berbanding wanita yang berpinggul kecil.

Namun adakah ini benar?

Wanita yang mempunyai pinggang bersaiz kecil dengan punggung yang besar dianggap mempunyai kadar kesuburan yang lebih tinggi. Ini sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. 

Walaupun masih tiada kajian untuk mengesahkannya, namun nisbah pinggang dan pinggul dipercayai boleh mempengaruhi kesuburan wanita.

Pinggul besar vs lebih mudah hamil

1 kajian yang diterbitkan dalam Evolutionary Psychology menyatakan, lelaki lebih tertarik kepada wanita kurus dan ramping kerana dikatakan lebih sihat dan subur.

Namun malangnya, berdasarkan kajian yang dilakukan, penyelidik gagal menemukan bukti bagi menyokong teori ini. Malahan mereka mendapat bukti yang sebaliknya. 

Saintis gagal membuktikan wanita dengan berat BMI bersama nisbah pinggang dan pinggul yang rendah adalah lebih sihat.

Sebaliknya, bukti kajian mencadangkan wanita dalam kelompok itu mempunyai kaitan dengan ketidaksuburan.

Manakala dalam kajian lain yang diterbitkan di Archives of Sexual Behavior mendapati, wanita yang mempunyai pinggul besar adalah lebih menarik bagi kebanyakan lelaki. 

Namun ia tidak bermakna tahap kesuburan wanita sama ada lebih mudah hamil atau sebaliknya ditentukan dengan saiz ukuran pinggul.

Maksudnya di sini, ukuran pinggul bukan 1 cara untuk menentukan sama ada anda boleh hamil dengan segera atau tidak. 

Masih tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun mempunyai pinggul yang besar dianggap sebagai penanda kesuburan masa lalu. Bagaimana?

Ada yang percaya, ukuran pinggul mungkin dapat menunjukkan jumlah anak yang dilahirkan. 

Ini bermakna selain dipercayai lebih mudah hamil, wanita dengan pinggul besar menandakan telah melahirkan anak untuk beberapa kali.

Secara semula jadinya, ukuran pinggul akan cenderung untuk bertambah, bagi wanita yang telah beberapa kali melahirkan anak. 

lebih mudah hamil

Jenis pinggul dan kaitannya dengan kehamilan

Dikatakan terdapat beberapa jenis pinggul yang berkaitan rapat dengan kehamilan dan menjadikan proses kelahiran anak lebih mudah, betul ke?

Persoalan tersebut hanya dapat dijawab oleh wanita yang mempunyai jenis-jenis pinggul seperti yang dinyatakan. 

  1. Pinggul melebar kiri dan kanan

Salah 1 jenis pinggul yang boleh membuatkan wanita lebih mudah hamil adalah pinggul jenis rata dan lebar.

Dalam dunia perubatan, pinggul jenis ini dikenali sebagai gynecoid pelvis. Individu dengan pinggul ini dikatakan mempunyai pinggul yang kecil tetapi lebar.

Ukuran pinggul yang lebar menjadikan bayi lebih mudah dan cepat untuk keluar semasa proses bersalin. Bentuk pinggul ini dikatakan dapat memberikan keselesaan semasa hamil sehingga melahirkan anak.

  1. Pinggul melebar dari depan ke belakang

Ia adalah antara bentuk pinggul besar yang sesuai untuk proses kehamilan dan kelahiran, dikenali sebagai anthropoid pelvis.

Sekiranya anda mempunyai pinggul bentuk ini, kemungkinan berat badan anda bertambah pada bahagian perut dan punggung.

Walaupun masih dalam kategori pinggul yang besar dan lebar, namun ia berbeza dengan bentuk pinggul gynecoid pelvis

Malahan wanita yang mempunyai bentuk pinggul ini dikatakan memerlukan masa yang lama untuk bersalin

  1. Pinggul bersama punggung yang kecil

Ada juga wanita yang mempunyai pinggang kecil.

Biasanya wanita ini akan memiliki otot punggung yang lebih kecil dan pinggul yang lebih sempit. Bentuk pinggul ini dikenali sebagai android pelvis.

Selalunya wanita dengan pinggul sebegini akan berdepan kesukaran semasa proses bersalin, terutamanya jika saiz bayi yang besar. 

Jangan risau, anda masih boleh bersalin secara normal, tetapi mengambil masa yang lebih lama berbanding wanita yang berpinggul besar.

  1. Pinggul sempit

Seperti wanita yang mempunyai pinggul yang kecil, wanita dalam kategori ini juga akan cenderung mengalami kesukaran semasa bersalin.

Ia berlaku kerana bayi yang ingin dilahirkan juga sukar untuk masuk ke pinggul anda.

Bentuk pinggul ini dikenali sebagai platypelloid pelvis.

Namun, pinggul sempit dikatakan mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding pinggul yang kecil. 

wanita-pinggul-besar-bertuah

Berpinggul besar cenderung lahirkan anak cerdas

Walaupun saiz dan bentuk pinggul bukanlah faktor untuk menentukan tahap kesuburan seseorang wanita, namun sedikit sebanyak info yang dikongsikan boleh dijadikan pengetahuan, bukan?

Hakikatnya saiz pinggul seseorang itu akan berubah apabila melalui proses kehamilan dan kelahiran anak yang berulang kali.

Maka semakin kerap anda bersalin, pinggul akan menjadi semakin besar. 

Bertuahnya anda apabila dikatakan wanita berpinggul besar berpotensi melahirkan anak yang cerdas.

Malahan, wanita yang bersaiz pinggang kecil bersama pinggul yang besar juga cenderung mempunyai anak yang pintar.

Ia dikaitkan dengan simpanan asid lemak omega-3 tinggi yang terletak pada bentuk lekukan pinggul dan paha.

Asid lemak omega-3 adalah 1 nutrisi yang penting untuk perkembangan otak janin, khususnya pada trimester tiga kehamilan. 

Jadi anda yang mempunyai pinggul yang besar, bersyukur dan bergembiralah dengan bentuk badan anda, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

Menopaus boleh menjadi masa yang sukar dan membingungkan bagi para wanita. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mengamalkan pil pencegah kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?

Semua lelaki mengimpikan sperma berkualiti dan berkuantiti bukan? Kunci utamanya adalah semudah melakukan senaman! Jom klik untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

Ada yang mendakwa, daun kapal terbang boleh ubati kencing manis. Namun, tidak ramai yang sedar, air rendaman daun pokok kapal terbang boleh sebabkan kanser.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

Ujian kehamilan murah dan mudah untuk didapatkan tetapi masih ramai lagi menggunakannya berulang kali. Boleh ke? Jika anda ingin tahu, baca artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kehamilan, Rancang Kehamilan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ubat untuk masalah kesuburan

Sukar Hamil, Nak Ambil Ubat Kesuburan? Awas! Ini Kesan-Kesan Sampingannya Dalam Jangka Masa Panjang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
pil perancang

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
testis lelaki

Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
parut czer

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan