home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Pilih Nak Bersalin Normal Lepas Caesar, Ada Komplikasi Ke Pada Ibu & Bayi?

Pilih Nak Bersalin Normal Lepas Caesar, Ada Komplikasi Ke Pada Ibu & Bayi?

Seorang wanita yang pernah melalui prosedur bersalin C-sec pasti pernah terfikir bolehkah untuk bersalin normal bagi kelahiran seterusnya, bukan? Tetapi adakah ia boleh untuk dilakukan? Ikuti penjelasan berikut.

Lebih selamat C-sec

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh saintis dari Oxford University mencadangkan bahawa wanita yang pernah melalui prosedur C-sec atau Caesarean untuk memilih melakukan prosedur C-sec dan bukannya bersalin normal.

Penyelidik mengatakan wanita-wanita yang pernah melalui prosedur C-sec dan memilih melahirkan bayi secara normal, lebih berisiko tinggi untuk memerlukan pemindahan darah atau menghadapi masalah sepsis. Ia merupakan satu masalah berkaitan jangkitan darah yang berisiko mengancam nyawa.

Melalui kajian ke atas lebih 74,000 kelahiran di Scotland antara tahun 2002-2005, yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine, menunjukkan 1.8 peratus daripada 28,464 kelahiran normal mengalami komplikasi serius.

bersalin normal

Kecenderungan risiko jika pilih bersalin normal

Prosedur kelahiran secara C-sec adalah lebih selamat untuk mengelakkan timbulnya sebarang risiko yang boleh membahayakan ibu dan bayi. Ini kerana terdapat lebih tujuh kali ganda kecenderungan untuk mengalami masalah pada rahim.

Koyakan pada rahim boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk. Malahan penyelidik mengatakan keadaan ini berkemungkinan akan meningkatkan risiko untuk bayi di dalam kandungan mati lemas.

Situasi ini akan menyebabkan perlukan transfusi darah, sekali gus meningkatkan dua kali ganda risiko untuk mengalami sepsis bagi percubaan untuk melahirkan secara normal.

Walaupun terdapat risiko untuk mengalami kecederaan dalam prosedur pembedahan, tetapi kerosakan pada pundi kencing, usus atau ureter adalah lebih tiga kali ganda bagi individu yang mencuba untuk melahirkan secara normal.

Tidak perlu takut

Walau bagaimanapun, menurut pakar-pakar yang diketuai oleh pelajar PhD, Kathryn Fitzpatrick menyatakan secara keseluruhannya peratusan untuk mengalami komplikasi bagi kedua-dua jenis kelahiran; sama ada normal atau caesarean adalah kecil.

Menurut pasukan penyelidikan itu, jika seseorang ibu mengandung itu mengetahui dan boleh menerima risiko yang mungkin berlaku, maka mereka tidak perlu takut untuk memilih kelahiran secara normal.

Bagi profesor obstetrik, Andrew Shennan dari Kings College London menyatakan bahawa seperti yang kita semua ketahui, kelahiran melalui faraj atau kelahiran normal merupakan salah satu kaedah kelahiran paling selamat.

“Sekiranya proses kelahiran normal dipilih selepas prosedur caesarean, cuma terdapat risiko pecah rahim dan pendarahan yang sangat kecil. Malahan kedua-dua risiko ini pasti boleh dikendalikan dengan selamat oleh pakar perubatan di hospital,” ujar Shennan.

Peningkatan risiko mengalami pecah rahim mungkin berlaku kesan daripada parut sewaktu kelahiran C-sec yang dilakukan sebelum ini. Seandainya keadaan ini berlaku, berkemungkinan doktor yang bertugas akan memutuskan untuk melakukan prosedur kecemasan C-sec.

Nasihat pakar

Bagi penasihat kanan dasar di The National Childbirth Trust, Elizabeth Duff, “Kajian terbaru ini membuktikan bahawa kecenderungan untuk mengalami risiko berkaitan kelahiran normal selepas caesarean adalah rendah.”

Tambah beliau lagi, kebanyakan wanita yang memilih kelahiran normal selepas C-sec dapat melahirkan bayi dengan selamat tanpa sebarang komplikasi. Walau bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada sejarah obstetrik termasuk sebab mengapa kaedah C-sec dilakukan sebelum ini.”

Jadi kesimpulan yang paling tepat, tidak kira kaedah apa anda ingin lakukan, penyelesaian terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Apa yang penting adalah keselamatan anda dan bayi yang akan dilahirkan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

 

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 24/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan