backup og meta

3 Waktu Terbaik Untuk Bersenam Di Bulan Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 2 minggu lalu

    3 Waktu Terbaik Untuk Bersenam Di Bulan Ramadan

    Puasa seharusnya tidak menjadi halangan anda untuk tetap melakukan senaman demi menjaga kecergasan badan.  Bersenam ketika puasa juga boleh menjadi peluang bagi anda untuk lebih banyak membakar kalori sehingga boleh menurunkan berat badan. Sudah tentu ini merupakan satu perkara yang positif. Namun, sebaiknya jangan sembarangan bersenam di bulan puasa.

    Anda harus perhatikan masa dan intensiti senaman saat berpuasa agar senaman tersebut tidak mengganggu puasa anda atau menyebabkan dehidrasi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kecergasan, anda boleh klik di sini.

    Bila sebaiknya bersenam ketika puasa?

    Senaman semasa perut kosong dan haus boleh memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan anda. Ini boleh membuat anda merasa sangat letih, pusing, hingga menyebabkan dehidrasi.

    Senaman berat semasa berpuasa juga boleh menyebabkan kerosakan otot dan juga boleh meningkatkan hormon stres (hormon kortisol) di dalam tubuh.

    Untuk mencegah perkara ini, anda harus bijak mencari waktu yang tepat untuk bersenam ketika bulan puasa.

    Sebenarnya, waktu yang tepat untuk anda melakukan sukan semasa berpuasa bergantung kepada diri anda sendiri.

    Asalkan anda tidak merasa letih dan pening selepas melakukan senaman semasa berpuasa, ia tidak menjadi masalah.

    Kekuatan setiap orang adalah berbeza-beza. Walau bagaimanapun, terdapat masa yang paling baik bagi anda untuk bersenam di bulan puasa, iaitu:

    Bersenam ketika puasa: Sebelum berbuka puasa

    bersenam ketika puasa

    Ketika puasa, anda boleh bersenam sesaat sebelum anda buka puasa untuk membakar lemak lebih banyak.

    Sudah tentu, ini menguntungkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan ketika puasa.

    Melakukan sukan semasa perut kosong boleh membantu anda dalam menghilangkan lemak lebih banyak.

    Setelah anda bersenam (menggunakan sisa tenaga anda), anda boleh makan semasa berbuka puasa untuk menggantikan tenaga yang hilang.

    Bersenam sebelum berbuka puasa mungkin merupakan waktu yang baik. Anda mungkin tidak perlu bimbang akan mengalami paras gula dalam darah rendah atau dehidrasi.

    Namun sila ingat, jangan memaksa diri untuk melakukan sukan yang berlebihan untuk membakar lemak lebih banyak.

    Anda masih dalam keadaan puasa dengan sisa tenaga yang sedikit. Oleh itu, senaman yang anda lakukan perlu dihadkan, tidak lebih dari 60 minit.

    Jangan sampai anda sakit, merasa letih, dan pening selepas bersenam.

    Selepas berbuka puasa

    Ini merupakan masa yang terbaik untuk anda bersenam ketika puasa. Anda boleh bersenam dua hingga tiga jam selepas berbuka puasa.

    Tunggu sehingga makanan anda dihadam oleh badan sehingga anda mendapat tenaga untuk bersenam.

    Kerana anda sudah makan dan mengisi tubuh anda dengan tenaga, anda boleh melakukan apa-apa jenis senaman yang anda inginkan pada masa ini,dari intensiti ringan hingga berat, termasuk senaman untuk meningkatkan kekuatan dan jisim otot.

    Selepas sahur

    bersenam ketika puasa

    Selepas sahur, anda juga boleh melakukan senaman. Badan anda telah menerima tenaga daripada makanan yang anda makan semasa sahur.

    Anda boleh melakukan senaman pada masa ini. Namun, sebaiknya senaman tersebut adalah sukan dengan intensiti ringan.

    Sukan selepas sahur adalah baik untuk dilakukan bagi menjaga kecergasan badan sepanjang bulan Ramadan.

    Namun sila ingat, anda perlu menyediakan tenaga untuk melakukan aktiviti anda selanjutnya sehingga berbuka puasa.

    Oleh itu,  jangan bersenam ketika puasa secara berlebihan pada waktu ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan