Senaman Ringan Dapat Bantu Murid Lebih Cepat Belajar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019

Tidak dinafikan, alam persekolahan dulu memang seronok sebab dapat berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan, kan? Akan tetapi, waktu pembelajaran di bilik darjah adakalanya sangat membosankan. Jadi, apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi kebosanan ini? Adakah senaman ringan benar-benar membantu? Jom sama-sama ikuti artikel ini!

Kajian terbaharu dari London

Menurut kajian University College London, murid-murid yang aktif melakukan aktiviti fizikal atau senaman ringan seperti berlari setempat atau lompat bintang semasa sedang belajar di dalam bilik darjah, akan cenderung untuk cemerlang dalam peperiksaan mereka. Kajian terbaharu ini melibatkan pakar dari Belanda, Australia dan Singapura.

Dr Emma Norris, ketua penyelidik kajian ini menyatakan bahawa senaman ringan sudah tentu bagus untuk kesihatan kanak-kanak. Beliau turut mendedahkan yang murid-murid berkemungkinan besar mempunyai prestasi yang baik dalam pembelajaran mereka, terutamanya dalam mata pelajaran matematik, sains dan bahasa Inggeris. 

Tambah beliau lagi, anjakan paradigma dalam diri kanak-kanak ini mungkin disebabkan oleh mereka tidak lagi menganggap bahawa sesi pembelajaran ini sesuatu yang membosankan. Jadi, para guru di luar sana mungkin boleh menggunakan idea ini dalam sesi pengajaran anda!

Kajian terhadap 13,000 kanak-kanak

Kajian ini telah melibatkan hampir 13,000 murid sekolah rendah dan menengah yang berusia antara 3 hingga 14 tahun di London. Para pengkaji kemudiannya meneliti tingkah laku mereka untuk mengetahui jika benar aktiviti senaman ringan dapat membuat murid lebih berminat untuk belajar atau tidak.

Hasilnya, para pengkaji menemui bahawa kanak-kanak tersebut akan menjadi lebih aktif dan sekali gus lebih fokus untuk belajar. Menurut pengkaji lagi, murid yang diminta untuk melakukan senaman ringan seperti berlari setempat, lompat bintang dan lain-lain sangat seronok ketika melakukannya. Inilah punca mengapa mereka lebih berminat untuk belajar di bilik darjah.

Dr Tommy van Steen dari Leiden University, mendedahkan bahawa peningkatan dalam minat murid untuk belajar ini sudah tentu datangnya dari aktiviti fizikal yang dilakukan bersama teman-teman mereka. Jadi, jika anda sebagai guru terlihat murid anda sudah kelihatan mengantuk di dalam bilik darjah, minta mereka bangun dan lakukan senaman ringan bersama-sama!

Konklusi

Kesimpulannya, situasi belajar di dalam bilik darjah memang membosankan terutamanya jika tiada langsung aktiviti menarik yang dilakukan ketika itu. Jadi, para guru di luar sana perlu jadikan ini sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid anda kekal seronok dan cergas semasa berada di dalam bilik darjah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    10 Sebab Sistem Pendidikan Finland Terbaik di Dunia

    Penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dato Ibrahim Ahmad Bajunid dan 11 orang lagi pakar pelbagai bidang bagi menyemak dan mengemukakan saranan untuk ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Budak Sekolah dan Perkembangan Mental

    Pernahkah kita sebagai ibu bapa terfikir mengenai kesejahteraan budak sekolah dan anak kita di sekolah? Adakah mereka benar-benar menikmati masa di sekolah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Peperiksaan dan Perkembangan Kanak-kanak

    Adakah peperiksaan samada di sekolah atau dirumah perlu disediakan kepada kanak-kanak? Adakah peperiksaan menilai kemampuan sebenar seorang kanak-kanak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nurul Nazrah

    Gunakan Bayi untuk Kurangkan Kes Buli di Sekolah?

    Saban tahun, terdapat lambakan kes buli di sekolah dilaporkan tanpa mengira jenis sekolah mahupun jantina pelajar terlibat. Sekolah yang sepatutnya menjadi persekitaran selamat untuk pembelajaran sebaliknya menjadi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    cara hormat guru

    Lanjutan Kes Ustazah Merangkak Tular, Ibu Bapa WAJIB Ajar Anak Hormat Guru!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/02/2020
    komunikasi

    Lukisan Dan Contengan Juga Adalah Satu Bentuk Komunikasi Selain ABC

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/10/2019
    depresi

    Mengharungi Sekolah Perubatan Dengan Depresi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/10/2019
    sarapan percuma

    Sarapan Percuma Untuk Murid Sekolah Rendah, Ini Jenis Makanan yang Disarankan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/10/2019