Vaksin Anak Anda Hari Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana memiliki sistem kesihatan antara yang terbaik di dunia. Sudahlah hanya perlu membayar RM1 untuk menerima rawatan di hospital dan klinik kerajaan, servis dan kepakaran yang diberikan juga adalah berkualiti.

Tidak terkecuali juga pemberian vaksin bagi 12 penyakit secara percuma. Hanya perlu membawa anak ke klinik atau hospital untuk mendapatkan suntikan. Sangat mudah!

Di sebalik semua kemudahan itu, masih ada segelintir kumpulan di dalam masyarakat yang memilih untuk tidak memberikan anak-anak mereka vaksin. Ada beberapa sebab dan faktor. Mari kita lihat apakah yang menjadi kebimbangan dan pegangan golongan ini.

1. Vaksin mengandungi bahan-bahan yang kotor

Bercakap tentang kotor, kandungan suntikan ini hakikatnya adalah air dan bahagian daripada bakteria atau virus terbabit. Ada juga beberapa bahan tambahan lain seperti merkuri dan aluminium yang bertujuan untuk memelihara dan membantu meningkatkan keberkesanannya.

Walau bagaimanapun, jangan bimbang. Bahan-bahan tambahan ini tidak berkumpul di dalam badan anak anda dan kadarnya adalah sangat sedikit. Lebih baik anda bimbangkan kandungan gula dan garam dalam makanan yang anda berikan pada mereka setiap hari.

2. Tidak halal kerana mengandungi bahan daripada khinzir

Soal hukum dalam agama ini tidak boleh diambil daripada sembang-sembang di kedai kopi atau di laman sosial. Ia harus berpandukan kepada ahlinya. Bagi menjawab persoalan hukum, Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri telah menjawab menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Kata beliau, vaksin adalah satu keperluan di dalam masyarakat. Sesetengah vaksin yang mengandungi bahan daripada khinzir telah dirawat dengan bahan kimia, menjadikan ia halal untuk diambil.

3. Anak saya sihat, kenapa perlu dicucuk?

Konsep penting yang perlu difahami adalah vaksin tidak merawat, sebaliknya mencegah. Kalau selepas sakit baru tindakan diambil, namanya adalah rawatan.

Kenapa penting untuk mencegah? Sesetengah penyakit memerlukan rawatan kecemasan segera. Contohnya batuk kokol (pertussis) dan kancing gigi (tetanus). Ada juga penyakit yang susah didiagnosis sehingga berlaku komplikasi, seperti hepatitis B.

Oleh itu, mencegah adalah langkah terbaik untuk menangani penyakit ini. Kos juga dapat dijimatkan. Tidak perlu membeli ubat dan membayar kos jika perlu ditahan di dalam wad.

4. Ini adalah hak saya

Sebelum memikirkan tentang hak anda, cuba fikirkan juga hak anak anda serta orang di sekeliling. Mereka semua mempunyai hak untuk bebas daripada penyakit. Jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

Namun, hanya 92.08% sahaja rakyat Malaysia mengambil vaksin pada tahun 2017. Ini sangat malang untuk mereka yang tidak boleh mengambilnya kerana masalah kesihatan tertentu seperti sistem imun lemah. Mereka akan selamat jika ramai yang mengambil vaksin.

Hak masyarakat adalah untuk dilindungi daripada penyakit berjangkit.

Mudah sahaja. Vaksin anak anda hari ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Universiti Oxford telah menghasilkan berjuta produk vaksin eksperimental walaupun ia belum terbukti berkesan. Ia bagi menghadapi wabak COVID-19 yang parah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    vaksin flu

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin corona

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit berjangkit

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan