Alamak! Usia Makin Bertambah Maka Badan Lagi Cepat Gemuk, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Siapa sahaja yang tidak mengenali aktor Brad Pitt yang popular menerusi pelbagai filem lakonannya seperti Mr. & Mrs. Smith dan World War Z, bukan? Jika diperhatikan, semakin tua usianya, semakin tampan rupanya. Begitu juga dengan bentuk badannya yang masih maintain dan fit, meskipun usianya kini sudah mencecah 5 dekad. Persoalannya, adakah semua individu akan kekal mempunyai bentuk badan yang menarik apabila tua kelak atau sebaliknya? 

Kini, terdapat satu kajian yang mengatakan kita sebenarnya akan menjadi semakin gemuk apabila semakin tua. Ingin tahu kesahihannya? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Benarkah kita semakin tua semakin gemuk?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Karolinska Institutet di Sweden, ia adalah benar. Mereka juga telah menemui apakah punca sebenar ia terjadi! Sebenarnya, punca kita menjadi semakin gemuk apabila semakin tua adalah disebabkan oleh kitaran semula lemak di dalam tisu tubuh badan kita akan berkurangan. Ia adalah seiring dengan peningkatan usia sekali gus menyebabkan berat badan kita lebih mudah meningkat meskipun anda tidak makan banyak dan lebih kerap bersenam pada usia senja anda.

Kajian ini dijalankan dengan meneliti sel lemak pada 54 lelaki dan wanita selama kira-kira 13 tahun. Seiring dengan perjalanan usia mereka, didapati bahawa kitaran semula lemak di dalam tisu akan berkurangan tidak kira sama ada berat badan mereka meningkat atau tidak. Ini menunjukkan bahawa memang faktor usia adalah salah satu faktor yang menyebabkan kita menjadi semakin gemuk. Pun begitu, ia juga sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang lain seperti gaya hidup dan paling penting, pemakanan.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan?

Siapa sahaja yang mahu menjadi gemuk seperti karikatur yang terdapat dalam lambang jenama tayar terkemuka dunia, Michelin apabila tua nanti, bukan? Oleh itu, ada beberapa perkara yang anda perlu patuh dan buat untuk sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal, termasuklah:

  • Hadkan pengambilan kalori
  • Hadkan pengambilan karbohidrat
  • Lebihkan pengambilan protein
  • Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Pastikan anda tidak terlepas waktu sarapan
  • Pastikan anda lebih kerap bersenam
  • Lakukan aktiviti angkat berat
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Sentiasa kekal berhidrasi
  • Kawal stres
  • Jangan manjakan diri dengan cheat day
  • Buang gaya hidup sedentari seperti menghisap rokok dan meminum alkohol

Secara teorinya, kita memang akan menjadi semakin gemuk apabila semakin tua ekoran daripada kitaran semula lipid dalam tisu yang akan berkurangan. Pun begitu, kita masih berpeluang menjaga atau mengawal berat badan kita dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Jadi, impian anda untuk tampak segak walaupun sudah tua seperti Brad Pitt masih wujud asalkan anda kekal positif dalam penjagaan berat badan anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    pembedahan bariatrik

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
    cara mengatasi malas bersenam

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan