Sakit Mata Atau Alami Masalah Berkaitan Pernafasan? Ia Mungkin Angkara Jerebu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Farid terbatuk-batuk sejak tiga hari yang lepas dan rakan-rakan di pejabat sering bertanya sekiranya dia sihat atau tidak. Selain batuk tanpa henti, Farid juga mengalami sakit tekak yang mengakibatkannya sukar untuk tidur pada waktu malam. Berbungkus-bungkus lozeng telah dihabiskannya bagi mengurangkan kesakitan pada tekak yang dialaminya itu, tetapi kelihatannya seperti tidak terdapat sebarang perubahan yang ketara. Kadang-kala Farid mengelamun sendirian memikirkan apakah yang menyebabkannya mendapat sakit tekak.

Jika anda berada di tempat Farid, apakah perkara yang terfikirkan oleh anda yang menyebabkan anda sakit tekak? Lihatlah sekeliling, apa yang anda dapat lihat setiap hari? Jawapan anda hampir tepat jika anda mengatakan bahawa anda tidak nampak apa-apa. Ya, jerebu telah menyebabkan penglihatan kita menjadi lebih terhad. Lebih membimbangkan, jerebu juga berkemungkinan memberi kesan negatif kepada anda sehingga anda mendapat sakit tekak seperti Farid. Walau bagaimanapun, terdapat perkhabaran yang lebih mengejutkan berkenaan perkembangan kesihatan di negara ini yang terjejas akibat kabus jerebu. Apakah perkhabaran tersebut?

Peningkatan kadar kes penyakit berkaitan jerebu

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan baru-baru ini bahawa, kes-kes penyakit yang berkaitan dengan jerebu telah meningkat naik sejak beberapa minggu yang lalu disebabkan oleh musim jerebu yang berpanjangan. Kes asma telah meningkat naik sebanyak 16% pada minggu lepas dengan angka sebanyak 1,375 kes berbanding 1,187 kes dalam tempoh 10 minggu lepas. Selain itu, kes konjuntivitis atau juga digelar “pink eye” telah meningkat kepada hampir 25% kes dalam tempoh yang sama. Awal minggu ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa angka pesakit yang mendapatkan rawatan bagi jangkitan mata telah meningkat di seluruh negara antara 20 hingga 30 peratus pada bulan lepas. 

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihak KKM akan sentiasa memantau perkembangan kes-kes penyakit yang berlaku. Beliau turut menyarankan agar golongan yang mudah berisiko untuk mendapat penyakit seperti kanak-kanak, warga emas, penghisap rokok, individu yang kerap terdedah dengan udara luar dan sesiapa yang mempunyai asma, bronkitis, pneumonia, penyakit jantung dan alergi agar sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan pendedahan diri terhadap udara luar bangunan. 

Cadangan penjagaan kesihatan semasa musim jerebu

Beliau menyarankan agar setiap individu untuk mengurangkan aktiviti luar rumah memandangkan ia boleh meningkatkan kadar pernafasan yang kemudiannya meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jerebu. Sebarang aktiviti luar rumah perlu ditunda sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melebihi 100.

Selain itu, tingkap rumah atau pejabat perlulah sentiasa ditutup untuk mengelakkan jerebu daripada memasuki bangunan pejabat atau rumah. Gunakan pendingin hawa dan penapis udara kerana kedua-duanya mampu untuk memerangkap partikel halus dan mengelakkan udara tercemar daripada memasuki ruang bangunan.

Beliau turut menyatakan, sekiranya ingin melakukan sebarang aktiviti luar rumah, individu berkaitan disarankan untuk memakai mask dan sentiasa mencuci muka dan bahagian tubuh yang terdedah kepada jerebu. Sekiranya memandu kenderaan, tutup tingkap dan gunakan pendingin hawa untuk mengurangkan risiko pendedahan terhadap jerebu.

Bagi pembaca yang mengalami batuk-batuk seperti Farid, atau simptom-simptom berkaitan lain seperti selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru, sila pergi sepantas mungkin ke klinik atau hospital berhampiran untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Mengelamun bersendirian memikirkan punca sakit tekak seperti Farid tidak akan memberikan kesembuhan kepada anda, malah keadaan anda akan menjadi semakin teruk. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mitos & Fakta Berkaitan Mata – Lobak Merah Paling Popular

    Lobak merah dan mata, adalah 2 perkara yang selalu dikaitkan bersama. Tetapi betul ke makan lobak baik untuk penglihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 02/03/2020 . 3 minit bacaan

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Jika anda adalah salah seorang yang sering bersenam di luar rumah, anda perlu tahu bahawa rambut mudah gugur kerana ia berkaitan dengan udara luar tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 21/11/2019 . 3 minit bacaan

    Masih Resah Walaupun Guna Teknik Bernafas Yang Betul?

    Menurut pakar terapi, teknik nafas dalam, walaupun berkesan, tidak membantu individu resah itu sendiri. Teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Tolong! Anak Suka Tengok TV Dekat, Tak Bahaya Ke Untuk Matanya? Ini Jawapan Pakar

    “Husna, tengok tv belakang sikit. Dekat sangat tu.” Siapa yang buat macam ni, angkat tangan! Tetapi betul ke bahaya kalau tengok secara dekat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 05/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ciri-ciri kebutaan pada bayi

    Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit mata

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    mata merah

    Pernah Tak Terfikir Kenapa Mata Jadi Merah Dan Bengkak Selepas Menangis? Ini Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    floaters mata

    Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan