backup og meta

Terlalu Penat Bekerja Itu Punca Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam, Betul Ke Ni?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/09/2023

    Terlalu Penat Bekerja Itu Punca Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam, Betul Ke Ni?

    Ramai orang kata salah satu punca tidur berdengkur adalah kerana penat bekerja, tapi betul ke?

    Kita semua sedia maklum bahawa usia, faktor genetik dan jantina memainkan peranan yang penting dalam punca seseorang itu berdengkur.

    Namun, kadangkala anda boleh berdengkur akibat terlalu penat bekerja. Nak tahu macam mana? Baca ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tidur, anda boleh klik di sini

    Terlalu penat bekerja punca tidur berdengkur?

    Berdengkur merupakan masalah yang biasa dalam kalangan lelaki. Selalunya, individu yang berdengkur mempunyai ibu ataupun ayah yang juga mengalami masalah yang sama.

    Boleh dikatakan, berdengkur adalah satu penyakit genetik!

    Walau bagaimanapun, hampir semua orang, tidak kira jantina akan berdengkur sekali dalam hidup.

    Hampir 40% lelaki dan 24% wanita akan berdengkur ketika lena. Tetapi, untuk lelaki, mereka akan kurang berdengkur setelah mencapai umur 70 tahun.

    Ramai yang berkata penat bekerja seharian ialah salah satu punca tidur berdengkur kuat. Tapi, betul ke?

    punca tidur berdengkur

    Apa yang kita tahu selama ini ialah sebaliknya, berdengkur ketika lena yang akan buatkan kita rasa penat pada keesokan harinya! Jadi, kenyataan mana yang benar?

    Pertama, anda perlu tahu punca tidur berdengkur!

    Ketika anda tidur, otot tekak anda akan berada dalam keadaan relaks. Lidah akan jatuh ke bawah dan tekak akan jadi sedikit sempit dan lembut.

    Apabila anda tarik nafas, tekak anda akan bergetar. Getaran inilah punca anda berdengkur!

    Semakin sempit salur nafas anda, semakit kuat getaran dan bunyi dengkuran yang terhasil.

    Namun, ada satu lagi keadaan yang turut dikenali sebagai apnea tidur (sleep apnea). Apnea tidur berlaku apabila otot di belakang tekak terjatuh dan menutup sepenuhnya saluran pernafasan anda.

    Keadaan ini akan sebabkan tidur yang tidak lena. Penghidap sleep apnea mungkin akan terjaga berkali-kali setiap malam kerana gangguan pernafasan.

    Selain itu, penghidap apnea tidur akan rasa penat ketika bangun tidur disebabkan gangguan ini. Jika dibiarkan tidak dirawat, pesakit mungkin boleh hadapi masalah untuk fokus ketika melakukan aktiviti seharian seperti bekerja.

    Mereka juga boleh terlibat dengan kemalangan jalan raya kerana rasa mengantuk yang mengganggu mereka saban hari.

    punca tidur berdengkur

    Siapa yang tinggi risiko untuk mengalaminya?

    Menurut kajian, lelaki yang tidur berdengkur akan ambil 2 tahun masa lena pasangan. Oleh itu, masalah berdengkur bukan sahaja akan memberi impak negatif kepada individu, malah ia juga akan mempengaruhi tidur orang lain.

    Antara punca tidur berdengkur yang umum termasuklah:

    1. Umur – Ketika umur telah lanjut, saluran pernafasan akan jadi semakin sempit. Walaupun anda tidak dapat melakukan apa-apa untuk merawat penuaan, anda masih boleh lakukan senaman kerongkong untuk elakkan berdengkur.
    2. Obesiti – Berat badan yang berlebihan akan membuatkan otot di salur pernafasan dipenuhi lemak. Selalunya, orang yang gemuk akan berhenti berdengkur selepas turun berat badan.
    3. Alkohol – Minum alkohol boleh buatkan otot pada kawasan tekak anda jadi relaks dan kemudian menyebabkan berdengkur.
    4. Gaya tidurGaya tidur seperti tidur terlentang boleh akibatkan dengkuran pada sesetengah individu.
    5. Tidak cukup tidurTidak cukup tidur akan menyebabkan salur pernafasan jadi lebih relaks. Oleh itu, anda akan lebih mudah mengalami masalah ini.

    Jadi, adakah penat bekerja jadi punca anda berdengkur?

    punca tidur berdengkur

    Sebenarnya, punca tidur berdengkur boleh berlaku disebabkan kepenatan. Apabila seseorang itu tidur ketika penat, dia lebih mudah tidur ataupun mengalami deep sleep.

    Ketika deep sleep, otot pada saluran pernafasan akan jadi lebih relaks. Keadaan ini akan menyebabkan salur nafas menjadi sempit dan membuatkan individu berdengkur dengan lebih kerap.

    Walau bagaimanapun, masalah ini tidak sepatutnya seteruk orang yang mengalami apnea tidur. Jika anda boleh dapat 7-8 jam tidur sehari, tabiat ini akan perlahan-lahan hilang.

    Namun, satu lagi masalah yang mungkin melanda golongan yang penat bekerja ialah shift work sleep disorder.

    Walau bagaimanapun, individu yang bekerja keras lebih-lebih lagi secara shift akan mengalami masalah ketika tidur.

    Dalam dunia yang mencabar sekarang, malam tidak pernah tidur. Ramai orang terpaksa bekerja mengikut shift. Ini akan mengganggu jam tidur ataupun circadian rhythm anda.

    Apabila jam tidur anda terganggu, anda akan rasa mengantuk ketika melakukan kerja harian. Kadangkala, penyakit susah tidur ini boleh akibatkan depresi dan juga bipolar disorder.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan