Pengurusan Waktu Kerja dan Masa Lapang Yang Bijak untuk Kehidupan Berkualiti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda ingin mendapatkan lebih banyak wang? Pada masa sama, adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk memilih antara kerja dan bercuti? Persoalan ini boleh terlintas dan sementara itu anda juga bergelut mencari jawapa yang betul, anda mungkin terlepas banyak saat penting dalam kehidupan. Tiada siapa pun yang mengatakan ia adalah pilihan yang mudah kerana dengan kerja keras anda akan mendapat wang tetapi akan mengorbankan masa terluang anda.

Sebaliknya, menghabiskan banyak amsa untuk aktiviti riadah mungkin tidak membantu anda menyelesaikan tugasan penting. Untuk memenuhi kehidupan anda, adalah sangat penting untuk mengetahui cara mengimbangi antara aktiviti kerja dan masa lapang.

Keseimbangan Kerja dan Masa Lapang

Mencari cara untuk mengimbangi antara kerja dan masa santai mungkin sukar. Mendapatkan masa santai yang terbaik tanpa mengetepikan sepenuhnya tugasan projek boleh menjadi sukar tetapi tidak bermakna ia mustahil.

Pertama, anda perlu mencari cara untuk meningkatkan kualiti aktiviti yang dirancang untuk bekerja dan bersantai. Ramai orang sanggup menghabiskan sepanjang hari hanya menonton rancangan televisyen tetapi mereka tidak begitu berminat. Keadaan ini mungkin menunjukkan bahawa mereka masih belum menemui perkara yang sesuai dan berminat dalam mana-mana aktiviti riadah yang sihat.

Mereka hanya berbaring dan menonton rancangan supaya mereka tidak perlu bekerja atau mungkin mereka berasa sangat letih bekerja. Adalah sangat penting menghabiskan masa untuk sesuatu yang anda benar-benar berminat untuk mengikutinya. Kemudian dengan mempraktikkannya, anda mungkin membolehkan diri anda berehat di antara bebanan kerja.

Penjanaan Tenaga

Satu lagi cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah penjanaan semula tenaga. Jelas sekali, apabila berurusan dengan satu tan tugasan kerja, anda perlu fokus sepenuhnya dan berada di tahap yang paling produktif. Apabila anda memberi tumpuan kepada tugas-tugas tertentu, itu hebat kerana ia mungkin membawa ganjaran yang lebih produktif. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, anda mungkin berasa letih, mengalirkan tenaga mental.

Dengan mengikuti diet dan senaman yang betul untuk meningkatkan dan mendapatkan kembali tenaga yang diperlukan, anda boleh mendapatkannya lebih mudah untuk memberi tumpuan kepada tugasan dan bukannya membuang masa.

Juga, apabila anda perlu mengecas semula, anda harus mengambil masa lima atau sepuluh minit untuk duduk, makan atau minum beberapa makanan ringan, buah-buahan dan menarik nafas panjang di kawasan udara segar.

Mengasingkan Waktu Bekerja dan Masa Lapang

Akhirnya, anda sepatutnya mempunyai pelan pengasingan waktu kerja dan masa lapang. Sesetengah orang telah terlalu bersemangat tentang projek-projek kerja yang memerlukan masa untuk terus memberi tumpuan dan menyebabkan mereka mudah melupakan masa istirahat dan menjadi terlalu letih. Keadaan ini sentiasa popular di negara-negara maju di mana sesetengah pekerja boleh bekerja sehingga mereka dibawa ke hospital. Dengan merancang pelan kerja yang bijak dan mengambil rehat sebenar, anda boleh mengehadkan masa kerja tetapi masih tidak menjejaskan produktiviti. Mengimbangi jumlah kerja juga membantu anda mencari lebih banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Sesungguhnya, lebih banyak kekayaan wang yang anda peroleh, anda akan berasa semakin banyak masa yang berkurang. Menetapkan matlamat hidup adalah sangat penting, tetapi anda juga perlu memberi perhatian terhadap menghabiskan masa untuk menikmati waktu kini yang anda miliki. Hanya dengan cara ini, anda boleh bekerja dengan lebih cekap dan mempunyai masa lapang untuk melakukan perkara yang anda suka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    persekitaran-dan-tahap-kesihatan-manusia

    Nak Keluarga Sihat & Bahagia? Jaga 5 Aspek Persekitaran Penting Ini: Hari Alam Sekitar Sedunia -5 Jun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Anda Mengukur Kebahagiaan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/10/2018 . 2 minit bacaan