backup og meta

Lepas Mandi Kolam, Kenapa Perlu Basuh Badan Lagi? Ada Bahaya Menanti Jika Tak Amalkan Cara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/02/2023

    Lepas Mandi Kolam, Kenapa Perlu Basuh Badan Lagi? Ada Bahaya Menanti Jika Tak Amalkan Cara Ini!

    Rasanya ramai dalam kalangan kita yang mempunyai hobi berenang dan bermain di dalam kolam mandi bukan? Ya, ia merupakan antara salah satu aktiviti yang sangat digemari ramai ekoran manfaatnya yang seronok dan sihat!

    Pun begitu, kalian perlu tahu bahawa ada perkara yang perlu dibuat selepas beriadah di kolam renang iaitu mencuci badan semula air bersih seusai berendam lama.

    Kenapa? Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Sebersih mana berendam dalam kolam mandi?

    Persoalan ini pasti pernah berlegar dan bermain di fikiran anda setiap kali ingin memasukkan hujung kaki ke dalam sebuah kolam air, tidak begitu?

    Sebenarnya, tahap kebersihan sebuah kolam itu sangat bergantung kepada lokasi, situasi serta penyelenggaraannya.

    Jika ia hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa diselenggara, maka sudah pastilah air takungannya juga adalah kotor.

    kolam mandi

    Selain kotor, kolam juga mungkin akan menjadi perumah kepada beberapa jenis kuman, bakteria atau virus yang berpotensi menjangkiti perenang.

    Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh laman sesawang Swim Guide, antara mikroorganisma yang biasa terdapat di dalam kolam air adalah:

    Apa yang membimbangkan adalah mikroorganisma di atas ini mungkin boleh jadi pencetus pelbagai penyakit Recreational Water illnesses (RWI).

    Selain menjejaskan kulit, RWI juga akan memberi kesan kepada sistem pernafasan, pencernaan, neurologi, telinga, mata serta jangkitan pada luka.

    Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) pula memaklumkan bahawa RWI yang paling biasa berlaku kepada perenang adalah cirit-birit.

    Menurut kajian itu lagi, perenang mungkin akan tertelan air kolam yang mengandungi mikroorganisma berikut sebanyak 1 sudu kecil (dewasa) dan 2 ½ sudu kecil (kanak-kanak).

    Adakah anda mahu perkara ini terjadi kepada anda?

    Klorin kolam renang adalah penyelamat?

    Ekoran itu, semua kolam mandi perlu diselenggara dengan baik agar mikroorganisma ini tidak mampu membiak dan merebak kepada perenang.

    kolam mandi

    Cara yang dilakukan oleh hampir semua penyelenggara adalah dengan menukar dan merawat air kolam menggunakan sejenis bahan kimia bernama klorin.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, klorin berfungsi membunuh mikroorganisma dan akan lebih berkesan jika tahap pH air tersebut ideal.

    Kebiasaannya tahap klorin yang digunakan di dalam kolam adalah sekitar 1.0 – 3.0 ppm dan akan disesuaikan dengan tahap pH air.

    Sekiranya kedua-duanya ideal, maka mikroorganisma dalam swimming pool mungkin akan dapat dibunuh dengan lebih efektif.

    Pun begitu, kadangkala ia mungkin tidak mampu berfungsi dengan berkesan ekoran keralatan penyelenggaran atau kekuatan mikroorganisma itu sendiri.

    Jadi bagaimana cara untuk memastikan kalian kekal selamat ketika berada di dalam kolam renang?

    Cuci badan selepas bersuka ria mandi kolam

    Pernahkah ibu bapa kalian menegur anda agar mandi semula sejurus keluar sahaja dari swimming pool?

    Jika ya, maka mereka mungkin telah mengeluarkan nasihat yang terbaik kerana kenyataan itu ada benarnya!

    Ya, kita semua perlu mandi semula di bilik air rumah sendiri selepas bersuka ria sama ada di dalam kolam mandi kanak kanak atau dewasa ekoran 3 sebab utama ini:

    kolam mandi

    #1. Klorin tidak mampu bunuh semua kuman

    Seperti yang telah dinyatakan di atas, klorin memang digunakan di dalam semua kolam mandi untuk membunuh kuman, bakteria dan virus di dalamnya.

    Pun begitu, tidak semua mikroorganisma ini akan terjejas ekoran kekuatannya untuk bertahan lebih lama.

    Menurut kajian, parasit Cryptosporidium boleh hidup dalam siwming pool dengan klorin selama lebih 10 hari.

    Jadi ia bukan satu jaminan yang kuat untuk kita semua bukan?

    #2. Klorin itu sendiri adalah bahan toksik

    Meskipun ia digunakan untuk tujuan menyelamatkan kita daripada mikroorganisma kolam renang, ketahuilah bahawa klorin itu sendiri adalah toksik.

    Apabila klorin bercampur dengan bakteria semula jadi tubuh badan kita, ia akan menghasilkan halogenated by-products (HBPs).

    Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk mencuci badan selepas bahkan sebelum memasuki kolam mandi!

    #3. Membunuh kesemua mikroorganisma secara total

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, klorin memang membantu tetapi hanya sedikit sahaja dan bukan secara total.

    Bagi menyempurnakan tahap kebersihan dan kesihatan anda selepas berekreasi di swimming pool, caranya adalah dengan mandi semula.

    Mandi semula dengan menggunakan air dan sabun dapat membunuh semua mikroorganisma yang telah melekat pada kulit atau rambut anda.

    Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

    Baca juga:

    Berhati-hati bersuka ria di kolam mandi

    Akhir kata, adalah tidak salah untuk kalian bersuka ria di kolam renang kerana ia ternyata aktiviti yang seronok dan sihat.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa air takungannya mungkin tidak sebersih yang kita sangka jadi kita perlu mandi semula selepas itu.

    Ini juga termaktub jika anda mahu mandi air laut, tab panas dan sebagainya kerana kita tidak tahu mikroorganisma yang wujud di dalamnya.

    Jadi, amalkan perkara ini – mandi semula selepas mandi dalam kolam berisi air takungan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan