home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tak suka mandi pagi. Bahkan, ada yang hanya suka mandi sekali sehari atau dua hari sekali.

Walau apa cara sekalipun, anda pasti bersetuju bahawa mandi merupakan satu rutin yang boleh menjamin tahap kesihatan optimum dalam kalangan individu.

Meskipun begitu, anda perlu tahu bahawa tempoh masa anda mandi turut mempengaruhi keadaan kulit anda.

Artikel ini akan menghuraikan perihal berapa lama anda perlu mandi dan berapa kerap anda perlu mandi dalam masa sehari.

Setiap individu suka mandi pada kekerapan dan durasi yang berbeza

mandi sekali

Tidak dapat dinafikan, mandi bukan sahaja merupakan wadah untuk membersihkan diri, malah ia boleh memberikan ketenteraman kepada individu.

Oleh sebab itulah ada yang suka mandi lama.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), secara puratanya, individu mandi selama 8 minit per sesi.

Perkara ini turut disokong oleh pakar dermatologi seperti Dr Edidiong Kaminska yang menyarankan masa mandi di antara 5 hingga 10 minit.

Jika kurang daripada tempoh masa tersebut, proses pembersihan kulit dan hidrasi tidak boleh dibuat secara optimum.

Seperti badan kita, kulit juga memerlukan air. Namun, ia tidak bermakna anda perlu mandi lama memandangkan perbuatan itu boleh menyebabkan kesihatan kulit anda terjejas.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau ekzema, penggunaan air suam amat digalakkan.

Mereka juga perlu mengekalkan masa mandi sependek mungkin (dalam lingkungan saranan).

Anda mungkin berminat:

Kalau mandi pagi terlalu lama, bahaya untuk kulit ke?

Walaupun mandi lama boleh memberikan ketenangan, ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi kulit terutamanya jika anda menggunakan air panas.

Ini sudah bercanggah dengan sebab kenapa anda perlu mandi iaitu untuk membersih dan menghidrasikan kulit.

Pun begitu, penggunaan air panas boleh menyebabkan lapisan minyak semula jadi pada kulit berkurangan.

Ia boleh membuka liang kulit dan menyebabkan lembapan hilang.

Jika anda khuatir akan hal ini, Dr Kaminska menyarankan supaya anda menggunakan produk pelembap bagi memerangkap lembapan dan mengekalkan hidrasi kulit pada tahap optimum.

Bagaimana pula jika tempoh masa mandi saya terlalu pendek?

mandi

Seperti yang anda sedia maklum, jika anda mandi terlalu lama, anda bakal berhadapan dengan masalah lembapan kulit.

Namun begitu, tempoh masa mandi yang pendek juga boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Oleh sebab tujuan utama mandi adalah untuk membersihkan kulit, proses pembersihan tidak boleh dibuat secukupnya jika tempoh masa mandi anda terlalu pendek.

Kulit kita mempunyai bakteria baik yang melindungi kulit daripada jangkitan oleh bakteria lain.

Walau bagaimanapun, jika pertumbuhan bakteria baik berlaku secara berleluasa, ia boleh menyebabkan masalah jangkitan dan bau badan.

Berapa kerap saya perlu mandi dalam masa sehari?

Faktor kekerapan mandi biasanya bergantung kepada persekitaran.

Sebagai contoh, mereka yang tinggal di kawasan sejuk mungkin hanya mandi sekali sehari atau sekali dalam masa dua hari.

Akademi Dermatologi Amerika (AAD) turut menekankan bahawa kebanyakan individu tidak perlu mandi lebih daripada sekali sehari.

Walau bagaimanapun, setiap individu mempunyai keperluan tersendiri berdasarkan kepada aktiviti harian.

Sebagai contoh, mereka yang bersukan atau terlibat dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh perlu mandi seusai aktiviti tersebut.

Gunakan air suam dan pakai pelembap sekiranya anda mengalami kulit kering setelah mandi.

Jika masalah tersebut berlaku dengan lebih kerap, jumpa dengan doktor pakar dermatologi bagi mendapatkan khidmat nasihat penjagaan kulit.

Air panas atau air sejuk?

mandi

Bergantung kepada faktor sosioekonomi keluarga, setiap individu mempunyai kelengkapan yang berbeza apabila ia berkaitan dengan air panas atau air sejuk.

Walau bagaimanapun, secara amnya, adalah lebih baik bagi anda untuk mandi dengan air suam.

Penggunaan air panas boleh menyebabkan kerosakan pada kulit jika anda mandi terlalu lama.

Walau bagaimanapun, mandi air panas boleh melegakan simptom selesema dan batuk.

Bagaimana pula dengan air sejuk? Kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar lebih gemar menggunakan air sejuk.

Ia murah, tidak memerlukan kelengkapan pemanas dan boleh melegakan masalah sakit badan dan kulit gatal.

Air sejuk juga merupakan medium yang berkesan untuk bantu anda bangun pagi.

Jirus sahaja nescaya hilang rasa mengantuk.

Konklusi

Tidak kiralah mandi pagi atau bila-bila masa, anda perlu memikirkan dengan sebaiknya faktor seperti tempoh masa, suhu air dan kekerapan bagi menjamin kualiti kesihatan yang optimum.

Secara ringkasnya:

  1. Gunakan air suam.
  2. Pastikan anda menggunakan sabun dan gosok badan dari atas ke bawah.
  3. Jangan lupa untuk bersihkan permukaan di sebalik lipatan kulit, celah kangkang dan ketiak.
  4. Mandi selama 5 hingga 10 minit. Jangan lebih atau kurang.
  5. Jika perlu, pakai lembapan kulit selepas mandi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. 8 ways to stop baths and showers from worsening your psoriasis. (https://www.aad.org/public/diseases/psoriasis/skin-care/baths-showers). Diakses pada 20 Julai 2020.
  2. Hot showers can damage skin during winter. (https://www.bcm.edu/news/hot-showers-can-damage-skin-winter). Diakses pada 20 Julai 2020.
  3. Save water and energy by showering better. (https://www.epa.gov/sites/production/files/2017-02/documents/ws-ourwater-shower-better-learning-resource_0.pdf). Diakses pada 20 Julai 2020.
  4. Ask a dermatologist: Do long, hot showers damage your skin? (https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/hot-showers-damage-skin). Diakses pada 20 Julai 2020.
  5. 8 ways to stop baths and showers from worsening your psoriasis. (https://www.aad.org/public/diseases/psoriasis/skin-care/baths-showers). Diakses pada 20 Julai 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 12/08/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x