Anggur adalah buah pilihan apabila ingin membuat hidangan kepada tetamu kerana rupa dan warnanya yang cantik. Di sebalik kecantikan itu, buah ini sebenarnya juga kaya dengan pelbagai khasiat kesihatan. Jom kenali apakah khasiat buah anggur.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Anggur adalah buah pilihan apabila ingin membuat hidangan kepada tetamu kerana rupa dan warnanya yang cantik. Di sebalik kecantikan itu, buah ini sebenarnya juga kaya dengan pelbagai khasiat kesihatan. Jom kenali apakah khasiat buah anggur.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Vitamin C adalah antioksidan yang penting bagi badan. Ia membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.
Vitamin K pula bertanggungjawab ke atas beberapa fungsi termasuk kesihatan tulang, penyembuhan luka dan pembekuan darah.
Seperti banyak buah-buahan lain, anggur juga kaya dengan antioksidan yang membantu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, kanser dan penyakit jantung.
Kandungan antioksidan paling tinggi pada kulit dan bijinya. Oleh sebab itu, kebanyakan kajian tentang buah ini akan menjadikan kulit dan bijinya sebagai sampel.
Antara antioksidan yang ada adalah vitamin C, beta-carotene, resveratrol, quercetin, lutein, lycopene dan ellagic acid.
Kandungan potassium dalam buah ini membantu merendahkan tekanan darah. Anggur juga didapati boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Dua faktor ini, tekanan darah dan kolesterol merupakan risiko utama kepada penyakit jantung. Mengawal dua faktor risiko ini membantu mencegah penyakit jantung.
Anggur adalah sangat efektif dalam menangani sembelit.
Ia kaya dengan serat tidak larut air yang membantu membentuk najis yang lembut dan sihat bagi memudahkan proses membuang air besar.
Kaya dengan flavinoid, mineral dan vitamin, buah ini mampu merangsang sistem imun anda.
Antara vitamin yang terkandung dalam buah anggur adalah vitamin A, C dan K. Apabila sistem imun menjadi kuat, anda lebih kurang dijangkiti demam, selesema atau penyakit lain.
Walaupun ia tidak membuatkan anda menjadi bijak dalam sekelip mata, mengambil anggur secara berkala boleh membantu meningkatkan memori, mood dan fokus.
Kandungan resveratrol didakwa bertanggungjawab memberikan khasiat ini.
Tapi, jika makan sahaja tanpa usaha, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat kerana ia berfungsi hanya sebagai pembantu sahaja.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen