Itu adalah salah satu ikhtiar yang sangat bagus dalam usaha memastikan komplikasi penyakit ini dapat dihalang dan ditegah daripada terus melarat.
Antara komplikasi utama yang dinyatakan itu adalah ia akan merosakkan organ dan tisu yang terletak di dalam tubuh badan kalian.
Secara hipotesisnya, semakin tinggi kandungan gula dalam darah maka akan semakin tinggi risiko komplikasi ini berlaku kepada anda.

Selain itu, berikut adalah risiko komplikasi yang lain:
- Serangan jantung
- Penyakit jantung
- Strok
- Jangkitan bakteria dan kuman pada kulit
- Demensia
- Neuropati
- Nefropati
- Hilang pendengaran
- Hilang penglihatan
- Amputasi anggota tubuh badan
Jika tidak mahu sebarang komplikasi ini berlaku kepada diri anda, sila amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat okay!
Kawal waktu makan adalah kuncinya?
Sebenarnya, penderita kencing manis jenis 2 tidak boleh hanya berfokuskan pada ‘apa’ yang anda makan namun perlu juga beri perhatian pada ‘bila’ waktu makan anda.
Ini kerana makan pada waktu yang betul dan tepat mampu memastikan kadar gula dalam darah anda lebih stabil di samping tubuh badan akan berasa lebih sihat sepanjang hari.
“Makan secara sihat, tetap dan seimbang adalah sangat kritikal bagi mengawal penyakit ini agar tidak terus meruncing”, jelas Pakar Diet, Vandana Sheth.
Sebagai contoh, cuba anda pertimbangkan dua pilihan ini dan pilih yang mana satu adalah lebih bagus untuk penderita diabetes:
- Makan sajian bersaiz kecil/sederhana secara berkala dalam sehari
- Makan sajian bersaiz besar satu kali sahaja sehari
Jawapannya tentu sahaja pilihan nombor 1 adalah yang terbaik kerana ia akan membuat kadar gula dalam darah lebih stabil.
Pilihan nombor 2 itu pula adalah kurang bagus kerana ia akan membuat kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak.

Ini kerana anda sudah berlapar buat sekian waktu dan jika secara tiba-tiba pula anda makan sajian yang berat, maka sudah tentulah tekanan gula dalam darah akan meningkat.
Jelas Sheth lagi, paras glukosa akan memuncak selepas 90 minit waktu makan dan akan kembali normal selepas itu pada waktu yang berbeza bergantung kepada individu.
Antara tip yang diberikan oleh beliau untuk mengawal kencing manis jenis 2 pula adalah:
- Makan sarapan dengan banyak
- Makan snek dengan kerap
- Jangan tahan lapar sehingga 5 ke 6 jam
- Cuba untuk puasa pada waktu malam
Dengan mengamalkan tip-tip ini, maka mungkin diabetes yang dialami mampu dikawal dengan baik!