Kekal Selamat Dikelilingi Haiwan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Haiwan yang tampak ramah atau tidak berbahaya turut boleh mengancam keselamatan dan nyawa. Ia boleh sama ada menggigit, mencakar, menendang atau mencederakan anda, walaupun anda tidak melakukan apa-apa yang mengancamnya. Serangan yang dilakukan itu adalah kerana rasa takut dan merasakan manusia mengancam keselamatan serta akan menganggu anak-anaknya, jadi anda perlu tahu bagaimana untuk kekal selamat dikelilingi haiwan.

Terdapat sesetangah penyakit atau jangkitan yang boleh membuatkan haiwan bertindak agresif terhadap manusia walaupun sebelum ini ia adalah haiwan yang jinak. Jadi elakkan diri dari memberi makan kepada haiwan yang tidak anda kenali.

Peraturan am ketika berada di sekeliling haiwan

  • Jauhi dan elakkan dari mengganggu ketika ia sedang makan atau tidur.
  • Minta izin dari tuan empunya haiwan sebelum memegangnya.
  • Bergerak perlahan-lahan dan bercakap dengan nada yang rendah agar tidak mengejutkan haiwan.
  • Jangan ganggu ibu haiwan yang sedang bersama anak-anaknya.
  • Biar dan lepaskan binatang liar. Jika binatang liar mesra kepada anda, ia kemungkinan sakit dan mungkin boleh membuatkan anda juga sakit.
  • Sentiasa peka tentang apa yang anda pegang dan pijak semasa berada di luar rumah.
  • Jangan ganggu haiwan atau menggunakan haiwan untuk menakutkan orang lain.
  • Jangan meletakkan jari anda di dalam sangkar.

Anjing dan Kucing

Kedua haiwan ini boleh membawa virus rabies. Rabies adalah penyakit virus yang disebabkan oleh gigitan dan cakaran dari haiwan yang dijangkiti. Walaupun pada hakikatnya setiap haiwan mamalia mempunyai risiko sebagai pembawa rabies, namun anjing merupakan penyebab utama bagi kematian yang disebabkan virus ini.

Jika anda digigit atau dicakar, segera basuh luka dengan sabun serta air dan dapatkan rawatan perubatan selepas itu. Rabies boleh menyebabkan maut jika suntikan rabies tidak diberikan kepada mangsa.

Vaksin rabies disyorkan kepada:

  • Mereka yang tinggal di kawasan yang terancam
  • Mereka yang terlibat dengan aktiviti luar dan berhubung dengan haiwan.
  • Mereka yang tinggal di kawasan berbahaya.
  • Kanak-kanak yang bermain dengan haiwan.

Jika anda merasakan diri anda atau anak-anak anda mungkin dalam senarai, sila rujuk kepada doktor anda atau klinik yang berhampiran. Walaupun anda sudah mendapatkan suntikan rabies, namun segera mendapatkan vaksin secepat mungkin sekiranya anda bersentuhan dengan haiwan berisiko tinggi.

Monyet dan kera

Monyet boleh menyebarkan rabies dan membawa penyakit berjangkit seperti Ebola, dan virus seperti virus herpes B, dan tuberkulosis. Jangan memberi makan atau menyentuh monyet jika destinasi yang anda pergi terdapat monyet.

Kelawar

Kelawar juga boleh membawa rabies. Jika anda mendapati terdapat kelawar dalam bilik anda selepas bangun, sila berjumpa doktor. Gigitan kelawar mungkin kecil tetapi beracun, dan boleh membawa penyakit seperti deman Marburg. Elakkan dari pergi melawat gua-gua dan lombong yang terdapat sarang kelawar.

Rodent

Ia seperti tikus dan merupakan antara perumah semula jadi pelbagai penyakit melalui gigitan, cakaran, air kencing, najis, dan kutu. Hindari tempat yang kelihatan seperti habitat tikus dan jangan sentuh apa-apa yang mungkin dijangkiti air kencing atau najis.

Ular

Berikut adalah lima tips untuk menghindari ular:

  • Jangan berkaki ayam di atas rumput, terutamanya pada waktu malam
  • Sentiasa perhatikan laluan atau jalan anda.
  • Sentiasa gunakan lampu suluh ketika berjalan pada waktu malam.
  • Sentiasa memakai kasut tebal apabila berjalan melalui semak.
  • Apabila berdepan dengan ular, jangan panik. Kekal bertenang, jangan bergerak dan jangan cuba menyentuhnya. Tunggu sehingga ia berlalu pergi.

Sekiranya anda bersentuhan dengan apa-apa haiwan semasa bercuti atau berjalan dan jatuh sakit selepas itu, pastikan anda memberi tahu doktor anda tentang perkara tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    seks

    Bagaimana Ingin Menceritakan Tentang Seks Kepada Anak Perempuan Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 05/03/2019 . 2 minit bacaan

    Alat Penggera Asap Dengan Suara Ibu Lebih Berkesan Untuk Kanak-Kanak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 31/10/2018 . 1 minit bacaan