Jumlah Tidur yang Diperlukan Mengikut Usia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tidur yang mencukupi dianggap amat penting untuk semua orang. Tapi, persoalannya ialah berapa banyak tidur cukup untuk setiap kumpulan umur? Artikel ini akan memberikan pembaca maklumat yang berguna.

Tidur merupakan sebahagian misteri dalam kehidupan dan ramai saintis tidak mengetahui mengapa kita perlu tidur. Walau bagaimanapun, mereka boleh memikirkan senarai panjang manfaat tidur yang mencukupi.

Tidur dan keadaan kesihatan

Kekurangan tidur boleh membuat anda gemuk

Terdapat hubungan yang kuat antara kekurangan tidur dan berat badan. Tambahan pula kekurangan tidur adalah faktor risiko yang paling tinggi untuk obesiti. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak dan orang dewasa dengan masalah kekurangan tidur lebih berisiko sebanyak 89% dan 55%  untuk menjadi gemuk.

Tidur yang mencukupi boleh meningkatkan tumpuan dan produktiviti

Tidur penting untuk pelbagai fungsi otak seperti kognitif, produktiviti, tumpuan dan prestasi. Oleh itu, tidur yang baik boleh meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan prestasi memori untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Tidur yang mecukupi boleh memaksimumkan prestasi olahraga

Dalam satu kajian dan analisis terhadap pemain bola keranjang, mereka yang tidur mencukupi mempunyai peningkatkan kelajuan, ketepatan, masa tindak balas dan kesejahteraan mental yang  ketara.

Tidur yang mencukupi mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

Tidur kurang daripada 7-8 jam setiap malam meningkatkan risiko penyakit kronik.

Kekurangan tidur dikaitkan dengan kemurungan

Ia telah dianggarkan bahawa 90% pesakit dengan kemurungan yang berkaitan dengan kualiti tidur. Selain itu, tidur yang tidak mencukupi boleh membawa kepada bunuh diri.

Tidur memperbaiki sistem imun anda

Mendapatkan sekurang-kurangnya 8 jam tidur boleh meningkatkan fungsi imun dan membantu melawan selesema.

Tidur menjejaskan emosi dan interaksi sosial

Kurang tidur akan mengurangkan keupayaan tindak balas sosial dan keupayaan untuk mengenal pasti ungkapan kemarahan dan kebahagiaan.

Tidur yang cukup untuk kumpulan umur yang berbeza

Kajian daripada Sleep Health Journal menetapkan jumlah jam yang sesuai:

  • Bayi baru lahir (0-3 bulan): 14-17 jam setiap hari
  • Bayi (4-11 bulan): 12-15 jam setiap hari
  • Kanak-kanak ( 1-2 tahun): 11-14 jam setiap hari
  • Kanak-kanak prasekolah (3-5 tahun): 10-13 jam setiap hari
  • Kanak-kanak sekolah (6-13 tahun): 9-11 jam setiap hari
  • Remaja (14-17 tahun) : 8-10 jam setiap hari
  • Para remaja (18-25 tahun): 7-9 jam setiap hari
  • Dewasa (25-64 tahun): 7-9 jam setiap hari
  • Warga tua (65 +): 7-8 jam setiap hari

Penyelesaian untuk mendapatkan tidur yang lebih baik

Tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari. Bagi kanak-kanak, tetapkan waktu dan rutin tidur. Jangan menggunakan bilik tidur kanak-kanak untuk masa mendenda.

  • Cuba untuk mengekalkan jadual tidur yang sama pada malam hari minggu dan hujung minggu.
  • Gunakan satu jam sebelum tidur untuk masa tenang. Elakkan senaman berat dan cahaya buatan yang terang.
  • Elakkan makanan berat dan / atau besar dalam masa beberapa jam sebelum tidur.
  • Elakkan nikotin dan kafein (coklat, kopi dan teh)
  • Pastikan bilik tidur anda tenang, sejuk dan gelap.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Nak Lelap? Cuba Teknik Ini Untuk Tidur Lena Dalam Masa 10, 60 & 120 SAAT

    Manusia bukan mesin yang boleh terus berfungsi selagi mempunyai bateri, tubuh badan kita memerlukan tempoh masa untuk rehat dengan cara tidur waktu malam.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 29/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 29/12/2020 . 4 minit bacaan

    Jangan Amalkan Minum Air Sebelum Tidur! Jika Tak Kena Gayanya, Boleh Ganggu Tidur

    Air, seperti yang kita tahu, adalah sumber penghidratan yang penting buat tubuh manusia. Tetapi, apakah manfaat atau keburukan minum air sebelum tidur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tak cukup tidur

    Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    apa punca tidur berdengkur

    Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
    melelapkan mata

    Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    usia lanjut

    Apa Maksud Penuaan Yang Sihat: Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 4 minit bacaan