backup og meta

Ini Ubat Untuk Pesakit Diabetes Jenis 2 Yang Ada Penyakit Jantung, Ayuh Semak!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 29/09/2022

    Ini Ubat Untuk Pesakit Diabetes Jenis 2 Yang Ada Penyakit Jantung, Ayuh Semak!

    Terdapat kajian menyatak ubat empagliflozin sesuai untuk penghidap diabetes yang mempunyai penyakit jantung, benarkah?

    Teruskan pembacaan untuk mengetahui jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

    Ubat empagliflozin untuk kencing manis

    American College of Cardiology (ACC) mengeluarkan satu panduan baru Expert Consensus Decision Pathway yang menyarankan empagliflozin sebagai rawatan bagi pesakit diabetes jenis 2 yang menghidap penyakit jantung.

    Saranan tersebut ialah sebahagian daripada Expert Consensus Decision Pathway yang telah diterbitkan secara atas talian di dalam Journal of the American College of Cardiology.

    Saranan empagliflozin sebagai pilihan rawatan ialah berdasarkan percubaan EMPA-REG OUTCOME®.

    Kajian mengenai ubat empagliflozin

    Kajian tersebut mengenai kesan emplagliflozin berbanding plasebo apabila ditambah dalam rawatan standard bagi pesakit diabetes jenis 2 dalam kalangan dewasa yang menghidap penyakit jantung.

    Empagliflozin ialah sejenis ubatan di bawah kategori perencat SGLT2 (sodium-glucose co-transporter 2). Ia bekerja melalui beberapa cara:

    • Mengurangkan kadar gula (glukosa) yang diserap oleh buah pinggang ke dalam darah, seterusnya dibuang melalui air kencing.
    • Mengurangkan kadar glukosa dalam darah.

    ubat empagliflozin

    “Pesakit diabetes jenis 2 mempunyai risiko tinggi terhadap komplikasi serius dari penyakit jantung walaupun kadar gula dalam darah dalam keadaan terkawal.

    Oleh sebab itu, mengurangkan risiko penyakit jantung dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2 adalah sangat penting,” kata Waheed Jamal, Naib Presiden Korporat dan Ketua Bahagian Perubatan Karbiometabolik di Boehringer Ingelheim.

    Pilihan rawatan

    Saranan ini mencerminkan satu perubahan dasar dalam merawat penyakit diabetes jenis 2.

    Jika sebelum ini, fokus hanya diberikan terhadap kawalan gula dalam darah, kini sudah beralih kepada strategi yang lebih komprehensif dengan mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Panduan Consensus Decision Pathway tersebut turut menekankan keperluan kepada pendekatan rawatan kolaboratif dari pelbagai pihak.

    Ia bertujuan mengurangkan risiko penyakit jantung serta meningkatkan jangkauan hidup penghidap diabetes jenis 2 yang merupakan satu epidemik dalam masyarakat.

    Baca juga:

    Kolaborasi tersebut termasuk penjagaan primer, perubatan dalaman, pakar endokrinologi, jururawat, pembantu perubatan, pendidik diabetes, dan ahli farmasi. Hanya dengan kerjasama ini penjagaan dan hasil yang lebih baik dapat dicapai.

    Penemuan dan saranan ini membawa kepada era baru dalam merawat diabetes jenis 2.

    Kini, mengurangkan risiko penyakit jantung merupakan prioriti sebagai sasaran utama dalam menguruskan kencing manis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 29/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan