backup og meta

Siapa Sangka Sayur Ini Antara 6 Makanan Yang Terbaik Buat Organ Hati Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/11/2021

    Siapa Sangka Sayur Ini Antara 6 Makanan Yang Terbaik Buat Organ Hati Anda!

    Tahukah anda bahawa wujud diet terbaik untuk hati yang boleh membuat organ ini menjadi lebih sihat dan berfungsi lebih baik? Jom teruskan membaca!

    Hati merupakan organ terbesar di dalam abdomen. Bukan sahaja saiz yang besar, fungsi serta peranannya juga besar. Antara fungsinya termasuk:

    • Menyahtoksik ubat, alkohol dan bahan-bahan toksik daripada persekitaran
    • Menukar makanan yang dimakan kepada tenaga serta menghasilkan bahan kimia yang diperlukan oleh otak dan urat saraf tunjang
    • Mengawal pembekuan darah dan kadar kolesterol, menyimpan vitamin, mineral dan gula serta mengawal simpanan lemak
    • Menghasilkan hempedu yang membantu penghadaman
    • Membantu sistem ketahanan badan dan menghapuskan bakteria dalam darah

    Bagi mengekalkan kesihatan hati, pemakanan adalah faktor yang penting untuk dititikberatkan. Ingin tahu diet terbaik untuk hati anda? Teruskan membaca selanjutnya!

    Diet terbaik untuk hati #1. Oat

    diet terbaik untuk hati

    Makanan tinggi serat adalah paling baik untuk hati. Cuba ambil oat sebagai permulaan hari anda.

    Oat membantu mengurangkan lemak khususnya di perut yang penting dalam memastikan hati kekal sihat.

    #2. Elakkan makanan berlemak

    Makanan fast food seperti burger, kentang goreng dan nuget adalah sangat tidak sihat untuk hati.

    Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh menyukarkan hati untuk menjalankan fungsinya.

    Dalam jangka masa panjang, ia mungkin boleh menyebabkan keradangan pada organ tersebut.

    Jadi, setiap kali ingin membeli di kaunter pandu laju, fikirkan semula baik dan buruknya.

    Diet terbaik untuk hati #3. Brokoli

    Sayur hijau ini merupakan antara sayur dengan kandungan serat paling tinggi.

    Terdapat kajian yang mendapati bahawa brokoli boleh melindungi seseorang daripada penyakit hati berlemak.

    #4. Kurangkan pengambilan gula

    Gula yang terlalu banyak boleh membebankan hati memandangkan salah satu daripada fungsinya adalah mengawal kadar gula dalam darah.

    Dalam jangka masa panjang, mereka yang mengambil banyak gula berisiko menghidap keadaan kesihatan seperti hati berlemak.

    diet terbaik untuk hati

    #5. Teh hijau

    Minuman ini mengandungi sejenis antioksidan bernama catechins.

    Ia didapati mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser hati.

    Manfaatnya lebih besar jika diminum semasa air masih panas.

    #6. Air kosong

    Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar.

    Air kosong sudah cukup banyak manfaatnya.

    Ia menghidrat tubuh serta membuatkan anda rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan