Perlu Tahu Ke Kadar Denyutan Nadi Sewaktu Rehat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/03/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda bahawa cara yang paling mudah untuk memeriksa tahap kesihatan individu boleh dilakukan dengan hanya menggunakan dua jari. Walaupun kebanyakan individu tahu akan kadar denyutan nadi mereka sepanjang hari namun tidak semua tahu berkenaan dengan kadar denyutan nadi rehat mereka. Ikuti artikel ini untuk mengetahui kepentingan memeriksa denyutan nadi sewaktu anda berehat.

Kadar denyutan nadi rehat 

kadar denyutan nadi

The American Heart Association menyarankan pengiraan kadar denyutan nadi rehat dilakukan sebaik sahaja selepas bangun daripada tidur. Secara umumnya:

  • Kanak-kanak yang berusia 6 ke 15 tahun mempunyai kadar denyutan dalam lingkungan 70 hingga 100 degupan seminit
  • Orang dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas mempunyai kadar denyutan dalam lingkungan 60 ke 100 degupan seminit

Namun, jika anda mempunyai kadar denyutan nadi rehat yang lebih rendah daripada kadar yang dinyatakan, usah risau. Ia tidak bermakna anda mempunyai masalah kesihatan. Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar denyutan tersebut kebiasaannya boleh menjadi serendah 40 denyutan seminit.

Ini berikutan keupayaan otot jantung mereka meningkat sejajar dengan aktiviti fizikal membolehkan jantung untuk mengepam lebih banyak darah pada setiap degupan.

Namun jika denyutan nadi tersebut berada pada paras yang sangat rendah sehingga menyebabkan simptom seperti pening, pemeriksaan jantung adalah disarankan. Ini bagi mengelakkan masalah jantung seperti aritmia yang boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 oleh Alicia d’Souza telah mendapati bahawa atlet jangka masa panjang mempunyai risiko untuk mengalami prosedur implantasi perentak jantung.

Bagaimana pula dengan kadar denyutan yang tinggi? Menurut pakar, mereka yang terbabit kebiasaannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular. Kajian berkaitan dengan perkara ini telah dijalankan pada tahun 2013 oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Magnus Thorsten Jensen.

Dapatan kajian menunjukkan individu yang mempunyai kadar denyutan yang tinggi semasa rehat sering dikaitkan dengan tahap kecergasan badan yang rendah, masalah hipertensi dan masalah jantung. 

Cara memeriksa denyutan nadi rehat

kadar denyutan nadi

Anda boleh memeriksa denyutan nadi rehat sendiri. Ia tidak memerlukan peralatan khusus namun jika anda mempunyai kadar denyutan yang rendah (kurang daripada 60), tafsiran jumlah denyutan tersebut kebiasaannya berdasarkan simptom yang ada. Tiada bacaan yang dianggap sebagai ideal walaupun kebiasaannya atlet mempunyai kadar nadi rehat yang rendah. Cara-caranya adalah:

  1. Letakkan jari telunjuk dan jari tengah anda pada bahagian bawah pergelangan tangan di pangkal ibu jari. Anda akan berasa denyutan.
  2. Kira denyutan tersebut untuk 15 saat dan darabkan dengan 4. Sebagai contoh, anda mempunyai kadar nadi 15 denyutan per 15 saat (15 x 4 = 60). 
  3. Rekodkan bacaan tersebut dan ulang pada waktu yang berbeza. Gunakan Kalkulator Kadar Jantung Sasaran oleh HelloDoktor.

Bacaan denyutan tersebut boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti ubat-ubatan, keresahan, kemurungan, faktor hormon dan sebagainya. Pastikan denyutan tersebut diperiksa dua jam selepas senaman atau satu jam selepas mengambil minuman berkafein. Ia bagi mengelakkan ralat pada jumlah denyutan yang boleh dipengaruhi oleh perkara tersebut.

Jika anda mempunyai kadar denyutan yang tinggi, berjumpalah dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Masalah seperti hipertensi, kencing manis dan masalah jantung perlu dirawat agar komplikasinya dapat dihindarkan. Amalkan gaya pemakanan sihat dan pastikan anda mendapat tidur yang cukup.

Senaman merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mengawal kadar denyutan nadi rehat. Keberkesanannya bergantung kepada intensiti senaman tersebut. Kajian yang dibuat oleh Cornelissen pada tahun 2009 telah mendapati bahawa mereka yang bersenam selama sejam sehari dengan senaman intensiti tinggi mampu merendahkan kadar denyutan tersebut dengan efektif.

Konklusi

kadar denyutan nadi

Kadar denyutan nadi rehat merupakan salah satu parameter penting dalam menentukan kadar risiko individu untuk mendapat penyakit kronik. Jika anda mempunyai kadar nadi rehat yang rendah (dengan simptom) atau tinggi, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

    Jika anda ingin kurangkan berat badan, agak-agak anda, manakah kaedah yang lebih berkesan; senaman kardio atau sukan angkat berat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Bersenam Bukan Hanya Untuk Sihat, Tapi Juga Nak Hilangkan Berat? Ini Senaman Yang Sesuai

    Ingin bersenam untuk kesihatan dan hilangkan berat badan? Petua berikut boleh menjaga kesihatan dan membantu mendapatkan ukuran pinggang yang anda hajati!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

    Adakah saya masih perlu menurunkan berat badan berlebihan kerana mempunyai obesiti, walaupun saya sentiasa aktif dan cergas? Ini jawapannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Obesiti, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

    Penyakit jantung berpotensi menjadi antara punca kematian sesetengah individu. Tapi, tahukah anda tanda amaran ia juga boleh dilihat dengan perubahan kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Penyakit Jantung, Pusat Kesihatan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    hidung mancung

    Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    sakit senggugut wanita

    Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat seks

    Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan