Untung Siapa Yang Suka Makan Kaki Ayam, Ia Kaya Dengan Kolagen & Kulit Nampak Lebih Anjal!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sesetengah individu menyatakan tidak elok membuang bahagian-bahagian tertentu ayam yang boleh dimakan untuk mengelakkan pembaziran.

Ia sangatlah benar memandangkan banyak kumpulan etnik yang memakan makanan ini adalah secara tradisinya berasal daripada kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah.

Oleh itu, pembuangan kaki ayam diibaratkan sebagai satu pembaziran memandangkan ia boleh dijadikan sebagai lauk dan hidangan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang lain.

Selain itu, makanan ini ternyata adalah sumber makanan yang berkhasiat.

Salah satu faedah positif yang berkaitan dengan khasiat memakan kaki ayam adalah disebabkan oleh kandungan kolagen kaki ayam tersebut.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Sains Haiwan Universiti Kebangsaan Chung-Hsing di Taiwan menunjukkan bahawa kaki haiwan ini mengandungi banyak kolagen.

Kolagen, seperti yang anda ketahui, adalah bahan yang membantu kulit anda untuk kelihatan muda.

Kaki ayam dan kolagen

kaki ayam

Penyelidikan di Universiti Taiwan ini mengesahkan makanan ini adalah sumber alternatif yang baik untuk mendapatkan kolagen.

Sumber yang menjadi kebiasaan manusia untuk mendapatkan kolagen adalah daripada lembu, babi dan ikan laut. Tetapi kos pengeluaran daripada sumber-sumber ini ternyata adalah sangat mahal.

Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik, dan chondroitin sulfat.

Asid hyaluronik turut digelar sebagai ‘fountain of youth’ kerana ia boleh menghalang kesan-kesan penuaan.

Chondroitin sulfate pula adalah baik untuk osteoarthritis dan bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah sendi.

Menurut Majalah Sains pula, makanan ini sememangnya mengandungi kolagen lebih daripada 20% kolagen.

Kebanyakan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 darjah Celsius.

Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 darjah Celsius disebabkan sifat colligative), maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.

Jadi, adakah gelatin daripada makanan ini baik?

Ya, walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured).

Namun kajian saintifik telah membuktikan bahawa pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.

Apakah kolagen dan apakah manfaatnya?

kaki ayam

Kolagen boleh digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘memegang badan kita bersama’.

Faedahnya bukan hanya untuk kesihatan kulit tetapi juga untuk jantung, bahkan dapat meningkatkan prestasi atlet.

Antara faedah lain daripada pengambilan kolagen adalah:

  • Kulit yang lebih sihat dan muda.
  • Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
  • Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
  • Membantu badan dalam metabolizing lemak, oleh itu ia baik untuk penurunan berat badan.
  • Melambatkan kesan arthritis.
  • Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

Kebanyakan kolagen, atau suplemen kolagen adalah mahal.

Mengapa anda perlu membayar dengan jumlah yang mahal jika anda mempunyai alternatif yang amat murah atau hampir percuma iaitu dengan mengambil kaki ayam?

Untuk menikmati faedah kolagen dalam kaki ayam, masukkan kaki haiwan ini ke dalam sup, rebusan, stew atau dalam sebarang masakan.

Adakah minuman kolagen benar-benar berkesan?

Dr Stefanie Williams, seorang Ahli Pakar Kulit & Pengarah Perubatan European Dermatology London, mengatakan bahawa beberapa minuman kolagen sebenarnya memenuhi tuntutan mereka untuk mendapatkan kulit yang lebih baik.

Rawan ayam baik untuk arthritis

Kaki ayam terdiri daripada tulang, kulit, dan tendon, tetapi tidak mempunyai otot.

kaki ayam

Bahagian makanan ini kaya dengan protein, kalsium, mineral, kolagen, dan tulang rawan yang mudah diserap oleh badan.

Ini adalah nutrien penting yang diperlukan untuk pergerakan sendi yang baik untuk mengurangkan arthritis dan sakit sendi.

Daripada anda membeli makanan tambahan dengan kandungan glucosamine dan chondroitin, adalah lebih baik untuk anda menggunakan kaki haiwan ini di dalam sup atau renehan anda dan nikmati pilihan yang lebih murah untuk kesihatan bersama.

Inilah sebabnya mengapa pakar seni pertahanan diri China menggunakan kaki haiwan ini sebagai sebahagian daripada rutin diet mereka.

Ternyata, makanan ini bukanlah bahan makanan yang boleh dipandang sepi apatah lagi dibuang.

Ia adalah sumber makanan yang murah, tetapi kaya dengan kandungan khasiat terutamanya kolagen yang tinggi.

Anda tidak perlu melaburkan wang anda untuk mendapatkan produk kolagen yang berharga mahal, cukup sekadar mempelbagaikan hidangan kaki ayam dalam menu anda.

Anda mungkin tidak terbiasa dengan tekstur kaki ayam tersebut, tetapi anda akan terbiasa setelah kerap mencubanya. Alah bisa tegal biasa!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mungkinkah Nyamuk Gajah Bakal Bawa Wabak Baru?

Nyamuk gajah sering dikaitkan dengan virus Ross River yang masih tiada penawar. Adakah nyamuk sebesar duit syiling 20 sen ini ancaman terbaru dunia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Berita, Berita Antarabangsa 04/02/2020 . 4 minit bacaan

Betul Ke Semakin Tua Akan Lebih Bahagia? Ini RAHSIA Patut Anda Tahu!

Ya, kita semua akan menjadi tua satu hari nanti. Ada menggelarkannya sebagai usia emas. Tetapi benarkah orang mengatakan semakin tua semakin bahagia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 30/12/2019 . 3 minit bacaan

Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

Selain sakit belakang dan lutut, sakit badan lain yang turut menjadi masalah kepada ramai orang adalah sakit bahu. Ketahui punca dan cara mengatasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 13/12/2019 . 4 minit bacaan

Kerap Alami Masalah Telinga Berdesing, Ini Antara Punca Yang Harus Anda Alert!

Bunyi bingit pada telinga (tinitus) boleh membuatkan seseorang itu tidak selesa. Nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengannya? Ikuti artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 17/11/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

minum kolagen

Jangan Terpengaruh Dengan Trend, Sekadar Kolagen Sahaja Tidak Akan Buat Anda Awet Muda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
wajah berkedut

Umur Muda Lagi Tapi Muka Nampak TUA? Elak 7 Makanan Ini, Punca Kulit Cepat Berkedut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
kurang tidur

Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
kulit ayam

Bahaya Jika Makan Kulit Ayam Hanya ‘Propa’, Ini Berita Baik Untuk Penggemarnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/03/2020 . 3 minit bacaan