Bagaimana Menangani Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) pada Anak Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit yang biasa berlaku kepada kanak-kanak sebelum usia 5 tahun. Ia berlaku disebabkan virus jenis Enterovirus terutamanya virus coxsackie. Virus ini biasanya merebak antara pesakit melalui sentuhan dengan tangan atau permukaan yang dicemari najis. Ia juga boleh tersebar melalui air liur, najis atau rembesan pernafasan daripada mereka yang terjangkit.

Penyakit ini muncul seperti simptom jangkitan virus lain, dengan demam dan masalah pernafasan. Beberapa hari kemudian, lepuh mungkin muncul pada mulut (herpangina) dan mungkin menyakitkan kepada anak anda. Jika anak anda berasa sakit untuk menelan, mereka mungkin perlu dipujuk untuk makan dan minum. Apabila ruam badan muncul sehari kemudian, HFMD bakal kebah. Simptom akan berkurang setelah seminggu.

Penjagaan anak dengan HFMD

Jika anak anda mempunyai kes yang agak ringan, anda tidak perlu melakukan penjagaan berlebihan selain daripada mengawasi suhunya dan pastikan dia minum dan makan dengan cukup. Walau bagaimanapun, jika anak anda mengalami kes HFMD yang teruk, mereka mungkin berasa sangat sakit. Bersedia untuk memujuk anak anda untuk minum dengan mencukupi.

Selain itu, jangan berikan makanan yang masin, pedas, atau berasid kepada anak anda semasa mulutnya sakit. Makanan lembut akan memudahkan bayi anda menelan. Minuman sejuk, ais krim, dan ais pop juga boleh mengurangkan rasa tidak selesa.

Sekiranya doktor anda membenarkan, anda boleh memberikan anak anda dos acetaminophen yang sesuai (jika bayi berusia sekurang-kurangnya 3 bulan) atau ibuprofen (jika bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan). Jangan sekali-kali memberikan aspirin kepada kanak-kanak. Ia boleh membawa kepada sindrom Reye, yang jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.

Sekiranya anak anda berusia lebih daripada 12 bulan, tanya doktornya tentang ubat-ubat cecair yang berbeza untuk melegakan sakit mulutnya.

Ruam badan disebabkan HFMD tidak menyebabkan kegatalan, jadi rawatan sapuan tidak membawa perbezaan.

HMFD kebiasaannya boleh dikawal di rumah, melainkan anak anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Perhatikan jika terdapat masalah mulut kering, dahaga yang melampau, pengeluaran air kencing berkurang dengan ketara dan kurang tenaga. Dalam hal ini, hubungi doktor anda.

Pencegahan penyebaran HFMD

Cara terbaik untuk mengurangkan penyebaran mana-mana virus adalah dengan menjaga kebersihan tangan. Ajarkan anak anda kebiasaan mencuci tangan. Amalkan juga tip berikut untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga yang lain:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas makan, dan selepas keluar daripada tandas
  • Elakkan berkongsi makanan, minuman, peralatan, tuala dan sikat gigi dengan orang lain
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci
  • Bersihkan mainan dan permukaan yang sering disentuh

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

    Orang tua yang mengalami jangkitan COVID-19 mudah untuk mendapat komplikasi pneumonia berbanding dengan orang muda. Mengapa ia begitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    Hand Sanitizer Sangat Efektif Untuk Bunuh Kuman Pada Tangan: Fakta Atau Auta?

    Anda biasa menggunakan hand sanitizer untuk mencuci tangan? Mana lebih baik, hand sanitizer atau mencuci tangan menggunakan sabun dan air?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 10/02/2020 . 3 minit bacaan

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    WHO telah mengisytiharkan Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa setelah menyedari wabak novel coronavirus ini telah mula merebak hampir ke 20 buah negara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 31/01/2020 . 4 minit bacaan

    Betul Ke Virus Corona Boleh Merebak Dari Barang Import Order Online?

    Barang dari China virus corona? Apa tanda tanda virus korona dan jangka hayat virus corona? Semuanya terjawab dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 30/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit mata

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin flu

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
    covid

    Apalah Nasib Gelandangan Ketika Musim COVID-19 Ini? Lebih Terdedah Pada Risiko Jangkitan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/03/2020 . 4 minit bacaan