Apa yang Boleh Saya Minum Jika Saya Mempunyai Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila anda mempunyai diabetes, pemakanan adalah sangat penting. Diet yang sihat termasuklah makanan dan minuman yang sihat. Sepertimana makanan, minuman juga boleh memberi kesan terhadap berat dan tahap kandungan gula dalam darah anda. Oleh yang demikian, anda hendaklah memberikan perhatian terhadap jenis minuman yang anda pilih. Minuman yang mengandungi kalori yang rendah atau tiada kalori sangat disarankan untuk diminum. Enam jenis minuman yang berikut adalah baik untuk kesihatan diri anda:

Air Putih

Air putih sangat disarankan untuk semua individu. 70% kandungan badan kita adalah terdiri daripada air. Anda memerlukan air untuk mengekalkan hidrasi. Tambahan pula, air putih tidak mengandungi sebarang karbohidrat dan kalori.

Susu

Susu skim atau rendah lemak tanpa kandungan gula tambahan adalah sangat baik untuk individu yang mempunyai diabetes. Susu bukan sahaja membekalkan tenaga, tetapi juga mengandungi vitamin dan mineral. Tambahan lagi, susu adalah sumber yang baik untuk protein. Perlu juga diingat bahawa susu juga mengandungi kalori dan karbohidrat. Anda perlu minum susu dengan saiz hidangan yang bersesuaian kerana kandungan karbohidrat dan kalori didalam susu boleh meningkat apabila anda minum susu terlalu banyak. Sekiranya anda tidak menggemari susu biasa, anda boleh mengambil susu kacang soya atau susu badam sebagai pengganti.

Jus Buah

Walaupun jus buah mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, penghidap diabetes tidak sepatutnya mengelakkan pengambilan jus buah secara total. Jus buah mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Jus buah adalah pilihan yang terbaik sebelum memulakan aktiviti senaman kerana aktiviti berbentuk fizikal boleh membantu mengimbangi kandungan gula dalam darah yang diperoleh daripada jus buah. Sekiranya anda memilih untuk minum jus buah, minum 100% jus tanpa tambahan gula.

Teh

Teh tanpa tambahan gula atau susu telah terbukti mempunyai manfaat kesihatan. Ianya mampu memperbaiki sensitiviti insulin dan membantu mengawal tekanan darah. Teh tidak mengandungi sebarang karbohidrat dan kalori, oleh itu teh tidak akan menambah kandungan karbohidrat dan kalori dalam tubuh anda.

Minuman Diet

Kebanyakan minuman diet seperti soda diet atau smoothie diet adalah tanpa kandungan karbohidrat, oleh itu ianya tidak menambah kandungan gula dalam darah. Mereka menggunakan pemanis yang rendah kalori bagi menggantikan gula sebagai perasa dalam minuman. Melalui cara ini, ianya dapat menyingkirkan sebarang kandungan gula dan kebanyakan kalori dan karbohidrat yang baik untuk penghidap diabetes dan pengurangan berat badan. Minuman diet mempunyai beberapa perisa seperti lemonade dan fruit punch, oleh itu ianya adalah alternatif yang baik sebagai pengganti minuman bergula.

Kopi

Kopi mempunyai kebaikan dan keburukan. Tetapi meminum kopi dengan kadar yang sederhana (2-3 cawan sehari) membantu mengurangkan risiko untuk menghidapi diabetes tahap 2. Kopi biasa adalah bebas gula, tanpa lemak dan tidak mempunyai karbohidrat. Tetapi kopi bersusu seperti latte atau kopi yang mempunyai tambahan gula mempunyai kalori yang tinggi. Oleh itu, sekiranya anda adalah peminat kopi, anda perlu berhati-hati apabila meminum kopi.

Makanan dan minuman memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal diabetes. Bergantung kepada keadaan kesihatan anda, anda boleh mengambil beberapa jenis minuman. Bincanglah dengan doktor untuk menentukan jenis minuman yang tepat untuk membantu anda mengawal diabetes anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

    Pernah tak anda berada di dalam situasi yang menyeronokkan namun pengalaman itu terganggu kerana anda kerap buang air kecil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 25/11/2020 . 3 minit bacaan

    Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?

    Ketumbuhan fibroid di dalam rahim boleh terbentuk atas pelbagai sebab yang berbeza. Namun, sesetengah kajian mengatakan makan ayam juga boleh menjadi punca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

    Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda mungkin tidak tahu bahawa anda berpotensi menghidap sakit sendi dan tulang. Ini 5 jenis masalah sendi tersebut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes, Pusat Kesihatan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Fibroid Membesar Di Dalam Rahim? Jaga Diet Anda, Ada Makanan Yang Boleh Kecutkan Fibroid!

    Pelbagai cara dicuba oleh wanita dalam usaha mengubati ketumbuhan di dalam rahim. Dakwaan baharu mengatakan diet makanan tertentu dapat kecutkan fibroid!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 12/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suntikan tifoid

    Rawat DEMAM KEPIALU Dengan 5 Jenis Makanan Ini, Beri Tenaga & Baik Untuk Perut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    makanan awet muda

    Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    nafas berbau

    Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan