5 Sebab Mengapa Anak Anda Perlu Menerima Vaksin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Di Malaysia, beberapa vaksin telah dijadikan program kebangsaan di hospital dan klinik seluruh negara. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin secara percuma. Antara vaksin yang terbabit ialah BCG, polio, hepatitis B, mumps dan rubella.

Namun, ada golongan yang tidak mahu memberikan anak mereka vaksin atas beberapa alasan tertentu. Mari lihat 5 sebab mengapa anak anda perlu menerima vaksin.

1. Vaksin boleh menyelamatkan nyawa anak anda

Tujuan vaksin adalah untuk mencegah anak dari dari penyakit. Beberapa penyakit yang mempunyai vaksin seperti cacar air, tuberkulosis, beguk dan hepatitis B boleh dicegah jika anak anda menerima vaksin. Mengapa mahu bersusah payah jika penyakit tersebut dapat dielakkan dari awal?

2. Vaksin adalah selamat dan efektif

Sebelum sesuatu vaksin diwartakan, ia sudah diuji oleh doktor dan saintis untuk memastikan ia benar-benar selamat. Dakwaan yang mengatakan vaksin boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah mental adalah tidak benar sama sekali. Ia memang ada kesan sampingan seperti tindak balas alahan tetapi sangat jarang berlaku.

3. Vaksin turut melindungi orang sekeliling

Bukan sekadar anak anda, vaksin juga melindungi orang di sekeliling anda. Semua penyakit yang divaksin adalah penyakit berjangkit. Sebab itu ia perlu dicegah sebelum ia tersebar di dalam komuniti. Dengan menolak vaksin, anda bukan sahaja boleh menyebabkan anak anda yang tidak bersalah jatuh sakit, malah ahli keluarga lain yang tidak terlibat juga boleh mendapat kesannya.

4. Vaksin menjimatkan masa dan kos

Sesetengah penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin boleh menyebabkan kecacatan kekal seperti polio yang boleh menyebabkan lumpuh kaki atau badan. Beguk pula mempunyai risiko mandul khususnya bagi lelaki.

5. Vaksin melindungi generasi akan datang

Jika vaksin diambil secara meluas orang semua orang, penyakit yang ada tidak mustahil boleh dihapuskan secara total. Antara contoh terbaik adalah penyakit polio yang telah dihapuskan di Malaysia. Penyakit seperti beguk dan cacar air juga mungkin boleh mengalami nasib yang sama.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

    Adakah wanita mengandung yang mengalami buasir ketika hamil perlu menjalani pembedahan caesarean masa bersalin nanti? Ikuti penjelasan ini untuk pemahaman.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Sulung Suka Mengarah? Ada 11 Lagi Personaliti Menarik Kak Long & Abang Long

    Setiap ibu bapa pasti ingin memahami sifat dan personaliti diri anak-anak, bukan? Ini adalah antara sifat anak pertama yang perlu ibu bapa kenali.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Biar Betul! Kalau Zakar Tak Menegang Pagi Hari Petanda Mati Pucuk? – Ini Jawapannya

    Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu mati pucuk namun apa puncanya ya? Ada yang mengaitkannya dengan morning wood! Jom klik untuk baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

    Apa perlu kita buat jika tidur waktu malam asyik terjaga dan terganggu ya? Tenang, jom klik artikel ini untuk tahu cara atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 27/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sistem imun psoriasis

    Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    makanan diet malam

    Orang Nak Kurus Tak Boleh Makan Malam? SALAH! 6 Snek Ini Buat Anda Kenyang & Mudah Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    gonorrhea adalah

    Lepas Senggama, Kena Berkumur! Benarkah Ia Mampu Elak Jangkitan Kelamin Gonorrhea?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    alat permainan seks

    Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan