backup og meta

Suka Duduk Lama-lama? Mungkin Anda Patut Sedar Tentang 5 Kesan Bahaya Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/06/2023

    Suka Duduk Lama-lama? Mungkin Anda Patut Sedar Tentang 5 Kesan Bahaya Ini!

    Antara berdiri dengan duduk, pastinya kita akan lebih memilih untuk duduk, kan? Tetapi tahu tak, kesan duduk terlalu lama kepada keadaan kesihatan? Haaa… ikut perkongsian artikel ini.

    Kesan duduk terlalu lama

    Dalam dunia hari ini, gaya hidup manusia menjadi semakin kurang aktif. Berbeza dengan orang zaman dahulu, orang kini lebih banyak duduk di atas kerusi sambil menghadap komputer.

    Gaya hidup ini sudah tentu tidak sihat. Banyak keadaan kesihatan yang boleh disebabkan oleh gaya hidup sedentari ini.

    Mari kita lihat 5 kesan duduk terlalu lama yang melibatkan kesihatan badan.

    1. Menjejaskan postur badan

    Grafiti dan kepenatan akan mengambil alih jika anda duduk terlalu lama menyebabkan kepala ke depan dan membongkok. Kedudukan ini boleh menyebabkan sakit leher dan belakang.

    keadaan kesihatan

    2. Ketegangan otot

    Postur yang berubah menyebabkan ketegangan pada beberapa otot termasuk leher, pinggul dan bahu. Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan tekanan pada otot.

    3. Meningkatkan risiko obesiti

    Gaya hidup yang tidak aktif semestinya meningkatkan risiko baik berat badan. Kajian di Universiti Harvard menunjukkan bahawa kalori dibakar 30 peratus lebih banyak semasa berdiri.

    Jika anda menghabiskan terlalu banyak masa dengan duduk, lemak dan gula kekal di dalam tubuh anda.

    4. Meningkatkan risiko diabetes jenis 2

    Pengkaji dari University of Missouri menemui bahawa apabila seseorang berubah dari kehidupan aktif kepada tidak aktif, kadar insulin bertambah dan aktiviti enzim berkurang. Ini boleh menyumbang kepada diabetes jenis 2.

    5. Menjejaskan penghadaman

    Duduk dalam tempoh yang panjang selepas makan boleh mengurangkan saiz abdomen, seterusnya menjejaskan proses penghadaman yang boleh membawa kepada banyak keadaan lain seperti pedih ulu hati atau sembelit.

    duduk lama

    Elak kesan buruk duduk terlalu lama untuk kawal keadaan kesihatan

    Jangan tidak percaya, tabiat duduk untuk jangka masa yang panjang boleh meningkatkan risiko kematian akibat sebab apa pun sebanyak 50%. Terkejut?

    Ini kerana terlalu banyak duduk boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapat kanser, diabetes, dan penyakit jantung. Jadi aktifkan bergerak.

    Sebaiknya hadkan tempoh duduk untuk 1 atau 2 jam dan lakukan sedikit pergerakan sebelum anda kembali duduk, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan