Penyakit Jantung dan Kanser: Cegah Dengan Diet Tinggi Flavanoid

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan

Penyakit jantung dan kanser merupakan antara penyakit kronik yang menjadi igauan setiap individu. Mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang dipercayai dapat mengurangkan risiko kecenderungan untuk menghidapi kedua-dua penyakit ini. 

Berdasarkan satu penyelidikan baru yang dijalankan oleh Edith Cowan University (ECU) mengatakan pengambilan makanan yang kaya dan tinggi kandungan flavanoid seperti epal dan teh dipercayai dapat membantu melindungi diri daripada penyakit jantung dan kanser, khususnya kepada individu yang mempunyai tabiat mengambil minuman alkohol dan merupakan perokok tegar. 

Kesan Flavanoid Kepada Penyakit Jantung dan Kanser

Melalui perolehan data daripada Danish Diet, Cancer and Health ini telah melibatkan sejumlah 53,048 individu masyarakat Denmark yang dianalisis oleh ECU’s School of Medical and Health Sciences selama 23 tahun. 

Hasil analisa kajian yang diterbitkan dalam Nature Communications pada 13 Ogos ini mendapati bahawa individu yang dalam diet pemakanannya mengandungi kandungan flavanoid, iaitu sebatian yang terdapat dalam makanan dan minuman berasaskan tumbuhan, dalam jumlah sederhana sehingga tinggi, akan kurang untuk berdepan dengan kecenderungan risiko mati yang diakibatkan oleh penyakit jantung atau kanser. 

Menurut Ketua Penyelidikan, Dr Nicola Bondonno, kajian menunjukkan risiko kematian adalah lebih rendah bagi individu yang mengambil makanan tinggi flavanoid. Dan apa yang lebih menarik, penyelidik mendapati kesan perlindungan adalah lebih kuat bagi individu yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit kronik akibat tabiat merokok dan pengambilan minuman alkohol dalam kuantiti melebihi dua minuman standard sehari. 

Jelas beliau lagi, hasil penemuan ini adalah penting kerana ia meningkat potensi untuk mencegah kanser dan penyakit jantung dengan menggalakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan flavanoid, khususnya kepada individu yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk menghidapi penyakit kronik ini. 

Perubahan Tabiat Secara Beransur-ansur

Walau bagaimanapun, Dr Nicola memberitahu pengambilan dan pengharapan kepada flavanoid semata-mata tidak akan dapat menangkis sebarang peningkatan risiko kematian yang akibat tabiat merokok dan penggunaan alkohol dalam jumlah yang tinggi. Kaedah yang paling terbaik adalah dengan menghentikan terus tabiat merokok dan cuba untuk mengurangkan pengambilan alkohol.

Sememangnya diakui untuk melakukan perubahan gaya hidup boleh mendatangkan cabaran yang hebat dan sukar, jadi menerusi penyelidikan ini, individu dengan tabiat yang tidak sihat boleh cuba mengurangkan kecenderungan peningkatan risiko untuk mengembangkan penyakit dengan mengambil makanan yang tinggi flavanoid. Tetapi dalam masa yang sama mempunyai usaha untuk mengurangkan pengambilan alkohol dan menghentikan tabiat merokok

Jumlah Pengambilan Flavanoid

Kajian yang telah dilakukan oleh ECU dengan kerjasama penyelidik dari Herlev & Gentofte University Hospital, Aarhus University, bersama Danish Cancer Society Research Centre, Aalborg University Hospital serta Universities of Western Australia dan International Agency for Research on Cancer ini mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya 500 miligram (mg) jumlah flavanoid setiap hari.

Ini kerana memakan makanan yang mengandungi sebatian flavanoid dalam kuantiti yang diperlukan dalam sehari menerusi  diet pemakanan harian bagi seseorang individu akan dapat membantu mengurangkan risiko kecenderungan untuk kematian yang diakibatkan penyakit jantung mahupun kanser. 

Bagi salah seorang penyelidik dalam kajian ini, Dr Bondonno menyatakan, adalah amat penting untuk memastikan terdapat sebatian flavanoid dari pelbagai sumber makanan dan minuman yang berasaskan tumbuhan yang berlainan. 

Diet pemakanan seperti itu boleh dicapai melalui pengambilan seperti satu cawan teh, sebiji epal, sebiji oren, sejumlah 100 gram beri biru bersama 100 gram brokoli yang akan memberikan pelbagai sebatian flavanoid dan ia melebihi daripada 500 miligram jumlah flavanoid yang diperlukan oleh setiap individu setiap hari. 

Namun, jelas Dr Bondonno lagi, walaupun terdapat hubung kait antara pengambilan makanan tinggi flavanoid dengan risiko kematian yang lebih rendah, tetapi kesan pelindungan semula jadi masih tidak begitu jelas dan dipercayai mempunyai pendekatan yang pelbagai. 

Penggunaan alkohol dan tabiat merokok secara umumnya akan meningkatkan risiko keradangan dan kerosakan saluran darah yang mengakibatkan risiko untuk mengalami pelbagai jenis penyakit. Dan di sini, flavanoid terbukti berperanan sebagai antiradangan dan dapat membantu pertingkatkan fungsi saluran darah. Ini mungkin antara penyebab mengapa flavanoid dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih rendah untuk penyakit jantung dan kanser. 

Menurut Dr Bondonno lagi, kajian seterusnya yang perlu dilakukan adalah untuk melihat dengan lebih dekat jenis penyakit jantung dan kanser yang dilindungi oleh kesan flavanoid ini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BELASUNGKAWA, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Semasa Tidur

    Seorang pelakon tanah air iaitu Ashraf Sinclair telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Takziah diucapkan buat ahli keluarga arwah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Berita Tempatan 18/02/2020 . 4 minit bacaan

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Buat orang muda yang menghidapi tekanan darah tinggi, ini merupakan cara menurunkan darah tinggi di usia muda untuk elak risiko hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 26/12/2019 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Anda Sakit Tulang Dada

    Artikel ini akan membincangkan punca sakit dada khususnya pada tulang dada (sternum, tulang rusuk). Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Perlu Tahu Ke Kadar Denyutan Nadi Sewaktu Rehat?

    Jika anda tidak pernah periksa denyutan nadi rehat anda ikuti artikel ini untuk mengetahui kepentingan memeriksa denyutan nadi sewaktu anda berehat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pentingkah-hubungan-asmara-kepada-setiap-pasangan

    Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    jenis penyakit jantung

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    jangan makan malam

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    mentega dan marjerin

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 minit bacaan