Mahukan Sistem Penghadaman Yang Bagus? Ambil Serat! – Ini 5 Manfaatnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/04/2020

Serat adalah sejenis nutrien yang sangat diperlukan untuk fungsi sistem penghadaman manusia. Ia merupakan salah satu komponen polysaccharides yang melindungi saluran penghadaman.

Kebanyakan serat digunakan oleh badan selepas proses fermentasi bakteria dalam usus besar berlaku.

Sebenarnya, serat adalah nutrien unik yang tergolong dalam pelbagai kategori bahan kimia namun kesemuanya mempunyai satu fitur yang sama.

Apakah itu serat?

Serat adalah sejenis elemen yang terdapat dalam tumbuhan dan tidak dapat dihadam oleh badan anda. Disebabkan itu, ia diserap ke dalam perut, usus kecil dan usus besar seterusnya dikeluarkan oleh badan anda.

Anda boleh menemui serat di dalam sayur-sayuran, buah-buahan atau kekacang. Seperti yang diketahui umum, ia memang mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah sembelit.

Selain itu, makanan yang mengandungi serat juga mendatangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan termasuklah mengekalkan berat badan, mengurangkan risiko diabetes serta mengelakkan sindrom kardiovaskular daripada berlaku.

Apakah jenis-jenisnya?

Sayur, Bukan Sekadar Pelengkap Hidangan

Serat terbahagi kepada dua jenis iaitu boleh larut dan tidak boleh larut.

Serat boleh larut

Ini merupakan jenis serat yang boleh larut di dalam air. Ia mempunyai bentuk seakan-akan jel. Ia membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan menyeimbangkan kadar glukosa.

Ia boleh ditemui dalam makanan seperti kekacang, epal, lobak, oat, barli dan buah-buahan sitrus.

Serat tidak boleh larut

Ini merupakan jenis serat yang tidak boleh larut dalam air. Ia membantu pergerakan sistem penghadaman anda. Ia boleh ditemui dalam makanan seperti kekacang, ubi kentang, kubis, gandum dan lain-lain.

Bagi mendapatkan manfaat serat sepenuhnya, pastikan anda makan pelbagai makanan yang tinggi serat.

Apakah manfaat yang dibawa serat?

sistem penghadaman

#1. Melancarkan pergerakan usus

Penyerapan serat yang tinggi boleh meningkatkan saiz najis dan melembutkannya. Ini dapat memudahkan najis untuk melalui usus dan mengurangkan risiko sembelit badan anda. Jika anda mempunyai masalah najis berair, serat boleh membantunya.

#2. Memastikan kesihatan usus

Apabila anda mengambil serat, anda dapat mengurangkan risiko hemorrhoids dalam usus besar. Namun begitu, terdapat beberapa serat yang akan termentasi di dalam usus besar, lalu memainkan peranan penting untuk melawan penyakit dalam usus besar.

#3. Mengurangkan kadar kolesterol

Serat akan mengurangkan ketumpatan lipoprotein yang terdapat dalam kolesterol. Jadi, ia sekaligus dapat membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Serat boleh larut juga mempunyai manfaat terhadap kesihatan jantung. Ia membantu menyeimbangkan tekanan darah dan mengelakkan keradangan.

sakit perut, hamil

#4. Mengurangkan kadar gula dalam darah

Individu yang mempunyai diabetes seharusnya mengambil serat kerana ia kan mengurangkan kandungan gula. Jika anda mengamalkan diet yang mengandungi serat tidak boleh larut, anda mampu mengelakkan diri dari dijangkiti diabetes jenis 2.

#5. Mendapatkan berat badan yang ideal

Penyerapan serat bermakna ia memberikan anda tempoh yang lebih lama untuk makan selain mengurangkan kalori bagi makanan yang sama amaun. Ia juga mampu mengelakkan anda untuk mengelakkan kanser kolorektal.

Kebanyakan individu tidak mempunyai tabiat pengambilan serat yang baik. Diharapkan, artikel ini dapat menggalakkan anda untuk mengambil lebih serat dalam diet anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tips Pemakanan Untuk Turunkan Berat Badan

    Pengarah Herbalife membicarakan tips nutrisi untuk turunkan berat badan melalui gaya pemakanan seimbang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    7 Makanan Ini ‘Kunci’ Utama Cepat Sembuh Lepas Bersalin Czer, Apa Tunggu Lagi Ibu?

    Menjalani pembedahan caesarean? Anda mungkin mahu mengetahui senarai menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil pakai, teruskan membaca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

    Betul ke ada makanan yang tidak boleh diambil oleh wanita selepas bersalin? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai makanan berpantang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Mungkin anda boleh melihat kepada anggaran jenis dan kuantiti produk makanan yang boleh anda beli melalui infografik yang kami sediakan di bawah ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    berak berdarah

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    apa itu kerak usus

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    mencuci sayuran

    Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/04/2020