backup og meta

Sakit Tumit Sebab Lama Sangat Berdiri Di Dapur? Buat 5 Senaman Ini Untuk Legakannya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

    Sakit Tumit Sebab Lama Sangat Berdiri Di Dapur? Buat 5 Senaman Ini Untuk Legakannya

    Ibu-ibu pasti biasa mengalami masalah tumit kaki sakit. Seharian melakukan kerja-kerja rumah boleh membuatkan tumit berasa sakit.

    Jika dibiarkan berterusan, ia akan mengganggu rutin harian para ibu di rumah. Namun, tumit kaki sakit tanda penyakit apa? Dan, kenapa tumit kaki pecah?

    Ini punca biasa sakit pada tumit dan senaman yang boleh anda lakukan untuk melegakannya. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

    Tumit kaki sakit perkara biasa bagi suri rumah

    tumit kaki sakit
    Wanita biasa mengalami sakit tumit.

    Sakit tumit kaki adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh ramai orang.

    Ia berlaku terutamanya kepada mereka yang aktif atau berdiri untuk tempoh masa yang lama seperti suri rumah.

    Walaupun ia mungkin nampak remeh, namun sakit tumit boleh mengganggu rutin harian dan mengurangkan kualiti hidup seharian.

    Walau bagaimanapun, dengan beberapa senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah, anda boleh meredakan kesakitan ini.

    Tumit kaki sakit tanda penyakit apa? Ini punca biasa ia terjadi

    Sakit tumit boleh berlaku akibat pelbagai sebab.

    Salah satu punca utama adalah plantar fasciitis, iaitu keradangan yang terjadi pada tisu tebal yang menghubungkan tulang tumit dengan jari-jari kaki.

    Faktor-faktor lain penyebab masalah ini termasuklah berat badan berlebihan, pemakaian kasut yang tidak sesuai, atau melakukan aktiviti berat seperti larian jarak jauh.

    5 jenis senaman untuk meredakan sakit tumit

    tumit kaki sakit
    Cara picit tumit kaki untuk legakan kesakitan.

    Untuk melegakan masalah sakit tumit kaki tidaklah begitu sukar.

    Ini kerana, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh melegakan kesakitan tumit yang anda alami.

    Anda boleh memilih untuk melakukan salah satu daripada senaman di bawah ini:

    #1. Regangan kaki

    Senaman ini bertujuan untuk meregangkan tisu-tisu yang berada di tapak kaki anda. 

    • Cara melakukannya: Duduk di atas kerusi dengan kaki lurus ke depan. Gunakan tuala untuk membalut tapak kaki dan tarik tuala ke arah anda
    • Manfaat: Senaman regangan ini boleh membantu mengurangkan ketegangan pada plantar fascia, selain mengurangkan kesakitan dan keradangan

    #2. Peregangan Achilles

    Untuk pengetahuan anda, urat atau tendon Achilles yang mengalami penegangan boleh meningkatkan tekanan pada tapak kaki.

    Oleh itu, anda boleh membuat senaman regangan ini.

  • Cara melakukannya: Berdiri menghadap ke dinding dengan tangan pada dinding pada paras bahu. Letakkan satu kaki ke depan dan satu lagi ke belakang, dan pastikan kedua-dua tapak kaki berada dalam keadaan rata dengan lantai. Kemudian, tekan pinggul ke arah dinding
  • Manfaat: Ia akan meregangkan tendon Achilles dan mengurangkan tekanan pada tapak kaki
  • #3. Tumit kaki sakit? Tinggikan jari kaki

    Senaman ini bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang berada pada tapak kaki anda.

    • Cara melakukannya: Duduk di kerusi dengan kaki rata di lantai. Angkat atau tinggikan jari kaki anda ke atas sejauh mungkin, dan tahan selama beberapa saat, kemudian lepaskan
    • Manfaat: Kaedah ini boleh menguatkan otot tapak kaki dan meningkatkan sokongan pada tumit

    #4. Pusingan kaki 

    Senaman pusingan kaki ini boleh membantu meningkatkan sirkulasi dan fleksibiliti kaki.

    • Cara melakukannya: Duduk di kerusi dan angkat satu kaki. Putarkan atau pusingkan kaki dalam bulatan kecil selama beberapa kali
    • Manfaat: Memusingkan kaki boleh meningkatkan sirkulasi darah dan fleksibiliti, selain mengurangkan ketegangan pada tapak kaki

    #5. Tekanan bola tenis

    Senaman ini bertujuan untuk memberi urutan dan meredakan ketegangan pada tapak kaki.

    • Cara melakukannya: Letakkan bola tenis di bawah tapak kaki dan tekan dengan kuat atau memijaknya sambil menggerakkan kaki ke depan dan ke belakang. Jika tiada bola tenis, anda boleh menggunakan jenis bola kecil lain seperti bola golf
    • Manfaat: Urutan dengan bola tenis membantu melegakan ketegangan dan meningkatkan sirkulasi darah ke bahagian tapak kaki

    Kesimpulan 

    Tumit kaki sakit sememangnya boleh mengganggu aktiviti harian kita.

    Akan tetapi, dengan senaman yang betul dan konsisten, kita boleh melegakan kesakitan ini dengan pantas.

    Selain melakukan senaman, adalah penting untuk memakai kasut yang selesa dan memberi sokongan yang baik pada kaki anda sebagai langkah pencegahan.

    tumit kaki sakit
    Jenis kasut dan kesannya pada otot kaki.

    Perhatian!

    Jika sakit yang dialami itu berterusan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar fisioterapi bagi mendapatkan rawatan yang lebih spesifik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan