backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Sudah 2 Minggu Leher Bengkak Masih Tak Surut-Surut? BAHAYA, Ini Petanda Kanser!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/02/2024

    Sudah 2 Minggu Leher Bengkak Masih Tak Surut-Surut? BAHAYA, Ini Petanda Kanser!

    Adakah anda sedang mengalami masalah benjolan, bengkak ataupun ketulan di leher? Risau jika ketulan itu sebenarnya petanda anda menghidap kanser?

    Jangan risau! Selalunya, ketulan di leher adalah disebabkan oleh nod limfa yang membengkak setelah melawan jangkitan.

    Jika anda baru sembuh daripada sakit, mungkin itulah punca bengkak di kawasan leher anda.

    Tetapi, jika anda masih risau, jom ikuti artikel kami di bawah. Mana tahu membantu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

    Adakah ketulan di leher saya petanda kanser?

    Jangan panik jika tiba-tiba ada biji biji kecil di leher, kata Jorden Lorch, Pengarah di Thyroid Cancer Center, Dana-Faber/Brigham.

    Kebanyakan ketulan adalah tidak berbahaya (benign) dan bukanlah petanda anda mempunyai kanser. Namun, jika anda mempunyai ketulan yang tidak sembuh-sembuh, berjumpalah segera dengan doktor.

    Nod limfa yang berada di sekitar kawasan kepala, leher, dan ketiak anda boleh membengkak jika terkena jangkitan daripada bakteria ataupun virus.

    Jika ini berlaku, nod limfa yang selalunya lembut dan tidak dapat dikesan akan tiba-tiba membengkak.

    Keadaan ini adalah normal kerana ia akan beransur hilang setelah badan selesai melawan jangkitan tersebut. Oleh itu, ketulan tersebut mungkin hanya kesan sampingan dan muncul cuma seketika.

    Walau bagaimanapun, jika ketulan itu tidak pernah surut, ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kanser.

    Bagaimana jika ketulan di leher saya ini sebenarnya kanser?

    ketulan di leher
    Rasa sakit kerana ada ketulan pada leher.

    Ketulan atau benjolan yang disebabkan oleh kanser boleh berlaku di mana-mana sahaja di sekitar kawasan ini. Selalunya, ketulan tersebut keras, tidak rasa sakit jika ditekan dan bersifat pegun serta sukar digerakkan.

    Ketulan ini bersaiz kira-kira 1 sentimeter hingga beberapa sentimeter dalam diameter. Ketulan ini boleh muncul tunggal ataupun berkumpulan.

    Ketulan pada leher mungkin petanda anda menghidap kanser tiroid. Bengkak pada kawasan tersebut juga adalah salah satu simptom kanser kepala dan leher seperti kanser mulut dan kanser kelenjar air liur.

    Tetapi, bukan semua ketulan bermaksud kanser, lebih-lebih lagi ketulan yang kadang-kadang muncul dan hilang dalam beberapa hari kemudian.

    Selalunya, ketulan di leher yang diakibatkan oleh kanser akan perlahan-lahan membesar di kawasan itu.

    Simptom kanser kepala dan lain-lain

    Ulser mulut: Ulser mulut yang tidak pernah sembuh mungkin tanda kanser mulut. Kebanyakan invidu yang mengalami kanser mulut mempunyai simptom ini.

    Bengkak di sekitar leher, rahang atau mulut: Kanser yang bermula pada bahagian kepala atau leher biasanya akan merebak kepada nod limfa terlebih dahulu.

    Jika anda mempunyai bengkak kelenjar leher kiri atau biji di leher kanan yang berlarutan selama 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Susah menelan makanan: Kanser kerongkong atau kanser esofagus akan membuatkan aktiviti menelan makanan jadi sukar dan menyakitkan.

    kanser mulut
    Tanda awal kanser mulut.

    Susah untuk gerakkan rahang: Kanser kepala dan mulut merangkumi tulang, otot dan juga sistem saraf yang mengelilingi rahang anda. Individu yang mempunyai kanser ini hanya boleh membuka mulut seluas 3 jari.

    Sukar untuk bercakap: Kanser kepala dan leher boleh mempengaruhi suara anda. Anda mungkin akan kedengaran berbeza dan suara anda mungkin lebih serak. Anda juga akan kedengaran seakan-akan demam.

    Perubahan pada kulit: Kanser kepala dan leher yang paling kerap berlaku ialah kanser kulit sel basal. Kanser kulit jenis ini akan muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti dahi, muka dan telinga. Tapi, ia juga boleh berlaku di mana-mana kawasan pun di atas kulit anda.

    Hidung dan mulut berdarah: Pendarahan selalunya berpunca daripada perkara lain selain kanser. Tetapi, tumor di bahagian hidung, mulut, tekak atau paru-paru boleh mengakibatkan pendarahan.

    Selain simptom di atas, penghidap kanser kepala dan leher boleh juga benjolan di leher belakang dan sakit kepala serta macam-macam lagi gejala yang lain.

    Ketulan di leher: Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

    ketulan di leher
    Pemeriksaan leher untuk lihat tanda kanser.

    Soalan penting perlu ditanya dan dijawab tentang ketulan di leher:

    1. Adakah ketulan itu membesar?
    2. Adakah ketulan itu keras dan tidak boleh bergerak?
    3. Adakah ketulan itu sakit dan lembut jika disentuh?
    4. Adakah ketulan itu berwarna merah dan rasa gatal?

    Jika anda jawab ya kepada mana-mana soalan tadi, anda patut berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan ketulan di leher yang lebih menyeluruh, tidak kira di bahagian mana ia muncul.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan