3 Penyakit Berjangkit Utama di Malaysia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Penyakit dan beban kesihatan utama di dunia pada hari ini sudah beralih dari penyakit berjangkit kepada penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan strok. Namun, beberapa penyakit berjangkit tertentu masih lagi memberi impak kepada negara Malaysia.

Mari lihat 3 penyakit berjangkit utama di Malaysia.

1. Demam denggi

Siapa tidak kenal demam denggi di Malaysia? Pasti anda, ahli keluarga atau mana-mana kenalan anda pernah menghidap demam denggi. Pada tahun 2018 sahaja, lebih 77,000 kes telah dicatatkan, paling tinggi di negeri Selangor.

Demam berpunca dari virus denggi bawaan nyamuk aedes ini berpotensi menyebabkan komplikasi serius sehingga mengancam nyawa. Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus bagi demam denggi. Hanya rawatan sokongan dalam bentuk air, ubat demam, dan tahan sakit diberikan untuk mengawal simptom.

Vaksin denggi walaupun terdapat di sesetengah negara, ia tidak diluluskan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Iklim tropikal di Malaysia memberikan suasana yang paling kondusif bagi nyamuk aedes. Oleh sebab itu kes demam denggi di Malaysia sangat tinggi. Langkah mengawal pembiakan nyamuk aedes antara usaha utama yang dilakukan bagi mengurangkan bilangan kes.

2. Hepatitis A

Hepatitis A juga disebabkan oleh virus, iaitu virus hepatitis A (HAV). Berbeza dengan hepatitis B dan C yang tersebar melalui darah, hepatitis A didapati dari makanan yang tercemar. Mereka yang dijangkiti virus ini kebiasaannya mengalami simptom biasa keracunan makanan (sakit perut, muntah, cirit-birit) diikuti dengan simptom radang hati (jaundis, sakit bahagian kanan atas abdomen).

Dalam kebanyakan kes, simptom akan hilang dengan sendiri dan tidak menyebabkan komplikasi serius. Vaksin hepatitis A boleh diambil dan ia memberikan perlindungan seumur hidup.

3. Demam kepialu (tifoid)

Juga berpunca dari keracunan makanan, agen penyebabnya ialah bakteria Salmonella typhi/paratyphi. Antara simptom yang boleh dialami ialah demam, batuk, sembelit atau lebih kerap cirit-birit. Bintik-bintik merah juga kerap ditemui dalam kalangan mereka yang berkulit cerah.

Dalam kes yang lebih serius, pesakit boleh mengalami dehidrasi kerana kehilangan banyak cecair dari cirit-birit. Lebih parah lagi, bahagian usus yang dijangkiti boleh bocor sehingga jangkitan tersebar dan mungkin menyebabkan kematian.

Kebersihan ialah kunci kepada pengawalan bakteria ini terutamanya dalam kalangan penyedia makanan. Vaksin juga boleh didapatkan dalam bentuk oral atau suntikan. Ia sangat efektif serta selamat dan perlu diperbaharui setiap 3 tahun.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019 . 4 minit bacaan

    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Jutaan kes demam denggi berlaku setiap tahun di seluruh dunia, terutamanya di kawasan tropika dan subtropika seperti Asia Tenggara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2019 . 3 minit bacaan

    Denggi: 107 Kes Baru Dengan Peningkatan 300% di Kelantan

    Terkini, Kelantan mencatatkan 107 kes demam denggi sepanjang minggu ke-9 tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan 805 kes dengan dua kematian sepanjang dua bulan pertama 2019. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Berita, Berita Tempatan 05/03/2019 . 2 minit bacaan

    Demam Tifoid (Kepialu)

    Definisi Apakah demam tifoid? Demam kepialu adalah penyakit bakteria, yang disebabkan oleh Salmonella Typhi. Ia tersebar melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar oleh najis atau urin orang yang dijangkiti. Apakah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/01/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    demam denggi

    Gelombang Ke-2 Kembali Lepas 5 Tahun? Ini 6 Tip Cegah Demam Denggi, Elak Berulang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan-virus-west-nile

    Jangkitan Virus West Nile

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Tak Sangka! Sebenarnya Kita Berjaya HAPUSKAN Satu Penyakit Ini Di Peringkat Global!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2019 . 2 minit bacaan
    ketam

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/07/2019 . 8 minit bacaan