backup og meta

Hidup Rasa Tak Betul Bila Tak Cukup Rehat, Lihat 10 Tanda Anda Kurang Tidur!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/04/2022

    Hidup Rasa Tak Betul Bila Tak Cukup Rehat, Lihat 10 Tanda Anda Kurang Tidur!

    Bagaimana untuk tahu jika lena pada waktu malam anda itu berkualiti dan berkuantiti? Jom baca artikel ini untuk mengetahui jika anda ada tanda tidak cukup tidur!

    #1. Badan penat ketika bangun tidur

    Paling jelas, badan anda akan rasa sangat letih dan penat setiap kali bangkit daripada tempat tidur.

    Meskipun pada persepsi anda tidur 4 hingga 6 jam sehari sudah mencukupi, ia adalah tidak benar.

    Ini kerana tubuh anda tidak dapat rehat dengan secukupnya lalu menyebabkannya tidak sempat untuk menjana semula tenaga.

    Tanda tidak cukup tidur #2. Kesan pada mata

    Daripada mata individu, kita mungkin boleh melihat bahawa individu mendapatkan rehat yang cukup atau tidak.

    Jika ya, mata mereka akan kelihatan normal sahaja.

    Jika tidak, mata mereka akan kelihatan kemerahan dan sekeliling mata akan menjadi kehitaman atau lebih dikenali sebagai ‘mata panda’.

    Ini semua berlaku akibat badan anda tidak dapat mengawal hormon lalu menyebabkan tisu tidak dapat diperbaiki semasa sedang tidur.

    tanda tidak cukup tidur

    Tanda tidak cukup tidur #3. Kesan pada kulit

    Selain mata, kulit juga boleh menjadi indikator individu rehat dengan cukup atau tidak.

    Antara tanda individu tidak cukup rehat adalah kulit mereka akan tumbuh banyak jerawat terutamanya di bahagian muka.

    Ada kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kaitan di antara waktu tidur dengan pertumbuhan jerawat di muka.

    Menurutnya, kurang tidur akan mengakibatkan badan tidak dapat mengawal hormon selain merosakkan sistem imun dalam badan individu.

    #4. Pertambahan berat badan

    Semasa tidur, badan anda dapat mengawal hormon ghrelin dan leptin iaitu hormon yang mengawal rasa lapar anda dengan sebaiknya.

    Disebabkan itu, anda akan kerap rasa lapar dan cenderung untuk makan lebih daripada keperluan jika anda tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.

    Ini sekaligus akan mengakibatkan berat badan anda meningkat dengan mendadak.

    #5. Mengidam makanan ringan atau snek

    Walaupun agak aneh, individu yang tidak cukup rehat memang akan mengidam makanan ringan.

    Ini mungkin disebabkan faktor letih dan penat mendorong anda untuk makan mengikut kemahuan dan bukan keperluan.

    #6. Mengidam minuman manis atau kafein

    Meskipun agak ironik, individu yang tidak cukup rehat akan mengidam kafein.

    Ini mungkin disebabkan faktor tindak balas semulajadi badan anda akibat kurang rehat.

    Anda perlu ingat bahawa kafein sememangnya dapat membantu anda untuk kekal segar berjaga di waktu malam untuk sesuatu tujuan, namun ia tidak boleh dibiasakan kerana khuatir akan mendatangkan gangguan kegelisahan atau insomnia.

    tanda tidak cukup tidur

    Tanda tidak cukup tidur #7.  Emosi kurang stabil

    Menurut kajian, individu yang hanya tidur sekitar 4 jam sehari akan mengakibatkan stres, kemarahan, keletihan dan kepenatan yang melampau.

    Ini juga akan menyebabkan anda sering melakukan kecuaian seperti selalu menjatuhkan barang kerana keupayaan otak dan hormon anda sudah tidak stabil.

    #8. Kehilangan fokus dan memori

    Anda mungkin boleh umpamakan individu yang tidak cukup rehat adalah seperti individu yang sedang mabuk arak.

    Keadaan ini akan mengakibatkan anda hilang fokus dan memori anda juga tidak kuat seperti individu yang tidur secara normal.

    Tanda tidak cukup tidur #9. Hilang nafsu seks

    Bagi pasangan yang sudah berkahwin, ini sangat berbahaya.

    Tidak cukup rehat akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah lalu meningkatkan penghasilan kortisol atau hormon tekanan.

    Lanjutan itu, ia juga akan mengurangkan libido (keinginan atau kemahuan seksual) seseorang individu itu.

    tanda tidak cukup tidur

    #10. Masalah kesihatan makin teruk

    Bagi individu yang sudah mempunyai kondisi kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan lain-lain, kurang tidur hanya akan menyebabkan ia menjadi lebih teruk dan memerlukan rawatan yang lebih lanjut.

    Oleh itu, tidurlah pada kadar yang sepatutnya iaitu sekitar 8 jam sehari.

    Jangan sesekali anggap bahawa waktu tidur anda adalah normal mengikut individu.

    Paling penting, kita perlu biasakan yang betul dan jangan betulkan yang biasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan