Pentingkan Penjagaan Wajah? Ini 11 Perkara Tentang Serum Muka Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Anda selalu menggunakan serum muka? Tetapi adakah ia penting dan memberikan kebaikan kepada aspek penjagaan wajah? Jom bongkar mengenainya!

Apa itu Serum Muka?

Perbezaan terbesar antara serum dengan krim atau losyen adalah apa yang tidak terkandung di dalamnya. Serum mengenepikan kandungan bahan-bahan pelembap atau pengekalan air seperti minyak petrolatum mahupun minyak mineral yang menyimpan air daripada disejat.

Ia juga kurang mengandungi bahan yang bertindak sebagai agen pelincir atau penebalan seperti kacang atau minyak bijian. Kebanyakan serum berasaskan air dan langsung tidak mengandungi sebarang minyak. 

Biasanya bahan yang terkandung dalam serum ini adalah yang berperanan seperti agen antipenuaan yang paling berkesan iaitu antioksidan, peptida dan agen pencerahan kulit seperti asid kojik (kojic acid) yang boleh ditemui dalam produk tanpa preskripsi. 

serum-muka-penting-dalam-rutin-kecantikan

Faedah Serum Muka

Serum muka dihasilkan daripada molekul yang sangat kecil, jadi ia membenarkan kulit untuk menyerapnya dengan lebih cepat dan dapat masuk dengan lebih mendalam pada kulit.

Menurut Pakar Dermatologi dan Pengarang Feed Your Face: Younger, Smoother Skin and a Beautiful Body in 28 Delicious Days, Dr Jessica Wu, serum mungkin amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak tetapi ia mungkin tidak sesuai untuk digunakan oleh setiap individu. 

Ini kerana, menurut Wu, tekstur cecair atau gel seperti serum bukanlah satu gandingan yang baik bagi individu yang mempunyai masalah kulit kronik seperti ekzema atau rosacea, di mana serum akan melemahkan ‘barisan’ penghadang kulit.

Untuk individu dengan masalah kulit, serum yang menembusi kulit dengan terlalu cepat, berkemungkinan akan cenderung untuk mengakibatkan timbulnya masalah kerengsaan. 

Kelebihan menggunakan serum

Secaranya ringkasnya terdapat beberapa kelebihan penggunaan serum dalam rutin penjagaan wajah harian. Antaranya:

  1. Serum mempunyai tekstur nipis dan biasanya datang dalam bentuk cecair. Oleh kerana ia mempunyai molekul kecil, kulit anda akan dapat menyerapnya lebih cepat dan lebih mendalam.
  2. Pelembap diperbuat daripada beberapa bahan kimia dan ekstrak yang dimaksudkan untuk melembapkan wajah anda dengan menyelamatkan kulit anda daripada merekah akibat kekeringan dan sejuk. Sementara itu, serum muka biasanya dibuat dari ekstrak kuat yang 10 kali lebih pekat daripada pelembab tetapi tidak berfungsi untuk melembapkan kulit. Jadi amat sesuai untuk individu kulit berminyak.
  3. Terdapat pelbagai jenis serum di pasaran. Sebagai contoh, terdapat serum muka untuk antipenuaan, jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kering, kulit berminyak atau kulit berjerawat. Ia mensasarkan keperluan tertentu dan anda dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat. Jadi pastikan anda membeli serum mengikut keperluan kulit anda.
  4. Serum biasanya datang dalam botol kecil. Tetapi penggunaan 1 hingga 2 titis sudah mencukupi untuk seluruh muka. Oleh itu, satu botol  dengan berat 28 gram boleh bertahan selama berbulan-bulan. 

penjagaan wajah

Kelemahan penggunaan serum

Walau bagaimanapun, daripada kelebihan yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa kelemahan mengenai serum muka yang perlu anda pertimbangkan, seperti:

  • Memandangkan ia mengandungi ramuan aktif dan khusus, serum mempunyai harga yang lebih tinggi daripada pelembap biasa. Ia biasanya dijual pada harga tertinggi dalam rangkaian produk penjagaan kulit lengkap.
  • Ia mensasarkan masalah tertentu pada kulit anda. Ramai individu yang mempunyai masalah kulit lebih daripada satu biasanya bingung dan tidak tahu bagaimana membuat keputusan antara produk.
  • Bagi individu dengan masalah kulit yang pelbagai, anda perlu menetapkan apakah yang menjadi keutamaan anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit yang lebih berseri sebagai keutamaan, maka pilihlah serum yang bertindak sebagai agen pencerahan kulit sebelum anda berhadapan dengan masalah kulit berjerawat. 
  • Individu yang mempunyai ekzema, rosacea atau sebarang keadaan kulit kronik yang lain mungkin perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor sebelum sebarang penggunaan serum kerana serum menembusi kulit dengan begitu cepat dan melemahkan fungsi penghalang kulit.

Cara Pemakaian Serum Muka

Tanpa mengira apa juga jenis serum muka yang anda pilih, sekiranya anda memutuskan untuk menambahkan produk serum ke dalam rutin penjagaan wajah, berikut adalah cara yang betul untuk mengaplikasi serum ke wajah anda untuk mendapatkan kesan maksimum. 

  1. Selepasrutin mencuci wajah anda, gunakan sejumlah serum mengikut kuantiti yang disarankan untuk kulit anda. Kaedahnya adalah dengan menepuk-nepuk serum kepada kulit dengan menggunakan jari anda. 
  2. Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda dinasihatkan untuk menunggu antara tempoh 10 hingga 15 minit selepas mencuci wajah sebelum menggunakan serum. Ini kerana menurut ahli dermatologi, Dr Jessica Wu, dalam keadaan kulit yang lembap, produk berasaskan air adalah mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan kerengsaan. Jadi, sebaiknya, biarkan kulit kering secara semula jadi sebelum meletakkan serum bagi melambatkan proses penyerapannya.
  3. Menggunakan serum tidak bermaknda anda tidak boleh menggunakan pelembap kegemaran anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk mengaplikasikan serum pada wajah terlebih dahulu sebelum memakai pelembap, supaya tidak ada bahan yang boleh menyekat ia daripada menembusi kulit anda.

serum-muka-penting-dalam-rutin-kecantikan

Langkah Penjagaan Wajah

Penjagaan wajah adalah penting untuk memastikan kesihatan kulit muka akan sentiasa terjaga dan terhindar daripada sebarang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Namun, sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakan sebarang serum, pastikan anda memastikan kesesuaiannya dengan kulit wajah anda.

Ini penting untuk mengelakkan sebarang masalah kulit yang tidak diingini daripada berlaku di kemudian hari. Jika terdapat sebarang keraguan, pastikan anda berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan rawatan. 

Hello Health Group tidak memberikan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    penjagaan muka

    MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    serum

    Bagaimana Untuk Membuat Serum Pembaikan Kulit Daripada Bahan-bahan di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/03/2019 . 4 minit bacaan
    pencuci muka

    Nak Kulit Wajah Sentiasa Cantik? Ini Pencuci Muka Yang Terbaik Mengikut Jenis Kulit Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 20/09/2018 . 9 minit bacaan