backup og meta

PENTING, 4 Punca Ini Dalang Sebenar Di Sebalik Masalah Rambut Naik Kelemumur!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

    PENTING, 4 Punca Ini Dalang Sebenar Di Sebalik Masalah Rambut Naik Kelemumur!

    Walaupun punca kelemumur tidak menjejaskan kesihatan seseorang, ia boleh menyebabkan rasa malu. Tetapi bagaimana ia berlaku?

    Umumnya, kesan kelemumur adalah sejenis penyakit kulit kepala kronik. Ia berlaku apabila kulit kepala terlalu kering atau berminyak, mengakibatkan penghasilan kulit mati yang terlalu banyak. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apakah yang menyebabkan punca kelemumur?

    Sama seperti kulit di kawasan lain, kulit kepala anda melalui proses berterusan untuk sel-sel kulit tumbuh dan tanggal. Pada orang yang mempunyai masalah ini, proses ini berlaku pada kadar yang lebih cepat.

    Minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala anda menyebabkan sel-sel mati melekat bersama, membentuk kepingan putih. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh banyak perkara, termasuk:

    1. Dermatitis

    punca kelemumur
    Penyebab kelemumur yang biasa.

    Seborrheic dermatitis mungkin punca kelemumur yang paling biasa. Apabila anda mempunyai  seborrheic dermatitis, kulit kepala anda menjadi kemerah-merahan, gatal dan berminyak, ditutup dengan serpihan kepingan putih atau kuning.

    Selain kulit kepala, kawasan lain dengan banyak kelenjar minyak juga boleh terjejas (alis mata, bahagian hidung, tulang dada, pangkal paha, dan ketiak).

    2. Malassezia

    Malassezia adalah kulat seperti fungus yang dapat dijumpai di kulit kepala kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, Malassezia boleh bertindak dan merengsakan kulit kepala, menyebabkan jenis kelemumur tertentu.

    3. Produk penjagaan rambut

    Produk penjagaan rambut anda kadang-kadang boleh merengsa kulit kepala anda dan menyebabkan kulit kepala gatal dan kelemumur berkuping

    4. Kebersihan rambut yang tidak terjaga

    Sekiranya anda tidak membasuh rambut anda dengan kerap, minyak dan sel kulit mati boleh membina dan memicu maslaah kelemumur.

    kelemumur
    Faktor terjadinya kelemumur.

    Dalam erti kata mudah, terdapat punca utama masalah kelemumur termasuk:

    1. Dermatitis
    2. Malassezia
    3. Produk penjagaan rambut
    4. Kebersihan rambut yang tidak terjaga

    Rawatan untuk rambut kelemumur

    Walaupun anda tidak dapat sepenuhnya menghapuskan punca kelemumur, anda masih boleh menguruskannya dengan rawatan yang betul.

    Langkah pertama ialah membasuh rambut anda secara menyeluruh dengan syampu yang tidak berubat. Cuba urut kulit kepala dan bilas dengan baik. Basuhan yang kerap boleh membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencegah pengumpulannya.

    Jika keadaan anda tidak sembuh dengan menjaga kebersihan dengan baik sahaja, anda perlu menggunakan syampu antikelemumur.

    Walaupun terdapat beberapa syampu antikelemumur memerlukan penggunaan harian, ada yang hanya perlu digunakan sekali atau dua kali seminggu.

    Sila ingat untuk mengikuti arahan dengan teratur untuk hasil yang terbaik.

    Bahan-bahan yang perlu diingat semasa membeli syampu antikelemumur adalah ketoconazole, selenium sulfide, asid salisilik, sulfur, tar arang batu, atau zink pyrithione.

    Ketoconazole, sulfur dan tar arang batu lebih berkesan untuk keadaan ini yang disebabkan oleh seborrheic dermatitis. Asid salisilik berfungsi lebih baik bagi mereka yang mempunyai kelemumur yang disebabkan oleh psoriasis.

    punca kelemumur
    Masalah kelemumur kulit kepala.

    Jika syampu di farmasi tidak membantu, atau jika anda menyedari keadaan anda menjadi semakin teruk, sebaiknya segera cari cara hilangkan kelemumur dengan cepat!

    Doktor anda boleh memberi anda losyen kortikosteroid sebagai rawatan topikal.

    Perlu dinyatakan bahawa losyen kortikosteroid boleh menipiskan kulit anda dan menyebabkan kesan sampingan. Jadi, ia tidak boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama, kecuali atas arahan doktor anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan