Mencuci muka merupakan antara rutin yang paling penting dalam aspek penjagaan kulit muka.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Mencuci muka merupakan antara rutin yang paling penting dalam aspek penjagaan kulit muka.
Hal ini kerana, hampir seharian kita memakai pelbagai produk kosmetik, jadi apabila tiba masa untuk mencuci muka ia perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penjagaan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Ini adalah kunci utama penjagaan kulit muka anda. Sebelum membuat sebarang pilihan mengenai produk pencuci muka, anda perlu mengetahui jenis kulit wajah anda agar produk yang dipilih bersesuaian.
Secara umumnya terdapat lima jenis kulit muka iaitu:
Langkah pertama dalam memastikan pencuci muka anda berkesan adalah dengan melihat keberkesanannya semasa membersihkan kotoran.
Uji tahap keberkesanan pencuci muka anda dengan mengambil sekeping kapas dan meletakkan sedikit toner. Kemudian, sapukan pada kulit muka.
Jika terdapat sisa kotoran pada kapas, ini bermakna muka anda tidak dibersihkan sepenuhnya oleh pencuci muka tersebut.
Apabila kulit menjadi kering, kelenjar minyak di bawah kulit akan mengesan tahap kelembapan kulit yang menurun dan akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menampung kehilangan lembapan kulit.
Maka kulit akan menjadi lebih berminyak dan peluang untuk jerawat muncul sangat tinggi.
Pilih pencuci muka yang boleh mencuci secara mendalam. Ia akan mencuci kulit muka anda sehingga ke dalam liang pori.
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada memiliki pori tersumbat terutama bagi mereka yang memiliki muka berminyak dan gemar memakai kosmetik setiap hari.
Pencuci muka seharusnya turut berfungsi untuk melembapkan kulit selain daripada membersih.
Sekiranya anda duduk dalam bilik penghawa dingin 24-jam, kulit akan menjadi kering. Jadi anda sangat memerlukan pencuci muka yang boleh mengawal paras minyak dan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.
Pencuci muka yang memiliki bahan kimia terlalu kuat akan memberi kesan sampingan pada kulit.
Elak menggunakan pencuci muka yang boleh menghakis pigmen dan lapisan kulit. Ini akan mengakibatkan kulit menjadi nipis dan terdedah kepada sinar matahari.
Bahan-bahan ini boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kesan alahan seperti Paraben atau Phenoxythanol Methylchloroisothiazolinone.
Dalam penjagaan kulit muka yang optimum, anda perlu cakna akan pH pencuci muka anda.
Ini kerana pencuci muka beralkali boleh merengsakan kulit. Oleh itu, pilih pencuci muka yang sedikit berasid iaitu pH yang lebih kurang sama dengan pH kulit muka kita.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen