Jangan Ambil Remeh Jika Faraj Asyik Gatal, Ini Mungkin Petanda Anda Alami Psoriasis Kemaluan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penyakit psoriasis bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat, kulit yang bersisik dan kemerahan sering dikaitkan dengan masalah ini.

Penyakit kulit ini boleh berlaku di banyak bahagian badan, namun bagaimana pula dengan bahagian intim?

Bagi menjawab persoalan tersebut, ya, rasa gatal atau psoriasis di kemaluan turut berlaku.

Rasa gatal di kemaluan petanda psoriasis kemaluan?

Psoriasis adalah penyakit autoimun yang meradang dan mempengaruhi kulit di bahagian badan anda. 

Psoriasis kemaluan terjadi di sekitar kawasan alat sulit anda. Ia boleh terjadi pada vulva mahupun zakar. 

Ia juga sering muncul pada bahagian paha, lipatan kulit antara paha dan pangkal paha, atau di celahan punggung namun ia jarang berlaku pada bahagian dalam faraj.

Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit psoriasis, tetapi punca terjadinya masih belum diketahui. Jadi, mungkinkah gatal di kemaluan petanda psoriasis?

Bagaimanakah rupa psoriasis di kemaluan?

psoriasis di kemaluan

Psoriasis di kemaluan sering berwarna merah terang, halus, serta berkilat.

 Anda biasanya tidak melihat sisikan kulit kerana ia akan gugur semasa anda bergerak.

Bagi para wanita yang mempunyai masalah ini, akan mempunyai gejala plaque berwarna kelabu dan bersisik pada bahagian vulva.

Selain itu, lelaki akan mendapat tompok merah di bahagian zakar atau pada penghujung zakar.

Psoriasis ini tidak hanya mampu muncul di bahagian intim anda. Anda mungkin juga akan melihat ia di:

  • Paha
  • Lipatan kulit di antara paha dan pangkal paha
  • Lipatan kulit punggung

Bagaimana rasanya? 

Gejala psoriasis di bahagian intim mungkin kelihatan lebih teruk, tidak selesa, dan memalukan berbanding pada bahagian badan anda yang lain. 

Ia juga cenderung mengubah perasaan anda berkaitan perihal seks dan keintiman.

Gatal merupakan salah satu bahagian yang paling teruk dalam masalah ini. 

Kawasan intim ini sangat sensitif, jadi keperluan untuk menggaru terasa lebih kuat dan lebih lama.

Malahan, masalah gatal ini boleh menyebabkan anda menggaru sehingga berdarah dan membuatkan ia menjadi lebih teruk.

Ia mungkin membuat anda berjaga pada waktu malam dan juga boleh menyukarkan pesakit untuk berhubungan intim.

Selain itu, psoriasis pada kemaluan terasa seperti menyengat dan mempunyai burning sensation umpama meletakkan sesuatu yang panas pada kulit anda.

Di samping itu juga, peluh, panas, dan geseran boleh menjadikannya lebih teruk.

Jenis-jenis rawatan

psoriasis di kemaluan

Sekiranya anda melihat ruam di kawasan kemaluan anda, tip berikut dapat membantu dalam mencegah perkara ini daripada menjadi lebih teruk:

  • Elakkan produk kebersihan diri dengan bahan kimia seperti wangian atau bahan keras lain
  • Sentiasa jaga kebersihan kawasan intim
  • Selepas mandi, gunakan tuala lembut dan lap perlahan-lahan ketika mengeringkan
  • Elakkan menggosok
  • Gunakan tisu tandas yang lembut dan senang menyerap
  • Pilih pakaian yang membolehkan kulit bernafas dan longgar

Sekiranya doktor mengesahkan anda mempunyai psoriasis di kemaluan, terdapat pelbagai rawatan yang boleh anda cuba.

Krim topikal yang dipreskripsi oleh doktor dapat meredakan gatal dan rasa tidak selesa. 

Dalam beberapa kes, doktor anda mungkin mengesyorkan krim steroid.

Selain itu, sebilangan ubat atau pelembap juga boleh membantu, minta pandangan doktor anda sebelum menggunakannya.

Mengubati psoriasis dengan rawatan oral atau suntikan sistemik turut dapat mengurangkan gejalanya.

Perlu diingat bahawa mencari rawatan yang tepat untuk anda mungkin memerlukan tempoh trial and error yang tertentu tetapi dengan bantuan doktor, penemuan solusi yang terbaik tidak mustahil.

Antara cara mengelakkan psoriasis bahagian intim

Perkara-perkara berikut dapat membantu anda, seperti:

  • Gunakan pembersih yang lembut tanpa sebarang wangian. Semasa mandi, anda harus mengelakkan sabun tertentu terutamanya yang berunsurkan antibakteria. Ini kerana ia boleh merengsakan kulit, menyebabkan masalah psoriasis menjadi lebih teruk dan gatal.
  • Sentiasa lembapkan kulit. Sapukan pelembap lembut bebas wangian pada bahagian kulit yang terkesan dengan psoriasis setelah mandi dan ketika kawasan tersebut terasa kering. Ini dapat mengurangkan kerengsaan dan kegatalan.
  • Gunakan tisu tandas yang berkualiti dan tidak keras. Ini dapat membantu dalam mengurangkan kegatalan kulit.
  • Elakkan terkena air kencing atau najis pada kawasan yang mempunyai psoriasis. Ini kerana boleh menyebabkan kesakitan dan burning sensation.
  • Pakai seluar dan pakaian dalam yang longgar. Pakaian yang ketat boleh menyebabkan geseran, yang boleh memburukkan lagi masalah psoriasis.
  • Ambil banyak serat dalam diet pemakanan. Makan makanan yang berserat tinggi atau ambil suplemen berunsurkan serat bagi membantu pergerakan usus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

Terdapat banyak kesan penyakit psoriasis. Selain mengakibatkan keradangan pada tubuh badan, ia juga berisiko menyebabkan 5 penyakit kronik ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 15/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

merawat psoriasis ketika hamil

Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit kulit psoriasis

Pesakit Psoriasis Nak Elak Luka Pada Kulit Semasa Bercukur? Ini 5 Tip Bercukur Secara Selamat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Pesakit Psoriasis Berisiko Alami Masalah Arthritis?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 minit bacaan
penyakit kulit psoriasis

Psoriasis Tiada Penawar, Tapi Anda Mampu Melawannya Dengan 5 Langkah BERKESAN Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/04/2020 . 4 minit bacaan