backup og meta

Suami Cuit Ajak Seks, Tapi Isteri Masih Takut Sebab Baru Lepas Bersalin, Jadi Bila Waktu Sesuai?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/02/2024

    Suami Cuit Ajak Seks, Tapi Isteri Masih Takut Sebab Baru Lepas Bersalin, Jadi Bila Waktu Sesuai?

    Tahukah anda bahawa ramai ibu selepas melahirkan anak, merasa tertekan untuk memulakan seks lepas bersalin dengan pasangan mereka.

    Ini kerana, selain disebabkan telah lama tidak ‘bersama’, ibu juga mungkin merasa takut luka pada faraj mereka akan sakit kesan daripada melahirkan anak.

    Jadi, ramai ibu yang tertanya-tanya bilakah waktu yang betul-betul sesuai untuk mereka mula melakukan seks selepas bersalin pembedahan atau normal dengan suami mereka.

    Adakah selepas habis berpantang 44 hari, ataupun habis berpantang 100 hari, atau mungkin apabila luka bersalin mereka sudah sembuh?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Bila boleh lakukan seks lepas bersalin? 

    seks lepas bersalin
    Paksaan dalam berhubungan hanya akan meretakkan keintiman sedia ada.

    Sebenarnya, tiada tempoh khusus untuk ibu lepas bersalin mula melakukan hubungan seks bersama suami mereka.

    Asalkan anda sendiri sudah bersedia dari segi fizikal dan mental seperti tempoh rahim sembuh selepas bersalin. Namun, terdapat perkara yang perlu anda pastikan sebelum mula melakukan seks lepas bersalin:

    1. Bersih daripada nifas. Dalam Islam, haram untuk bersetubuh semasa isteri dalam keadaan nifas. Jadi, anda perlu pastikan diri benar-benar bersih daripada darah nifas.
    2. Luka benar-benar sembuh. Adat berpantang orang Melayu menekankan supaya ibu berpantang daripada melakukan hubungan intim bersama suami selama 100 hari. Ini adalah untuk memastikan luka bersalin si ibu sudah sembuh.

    Jika anda sudah melepasi kedua-dua perkara di atas, anda perlu mengikut kata suami jika suami ingin ‘bersama’ dengan anda.

    Cuma, jika anda masih belum bersedia, berterus-teranglah dengan suami anda tentang perasaan anda.

    Ini kerana kebanyakan ibu lepas bersalin, meskipun telah tamat tempoh berpantang, namun mereka tiada perasaan untuk bersama dengan suami semula.

    Antara sebabnya adalah kerana letih menguruskan penjagaan bayi dan tidak selesa untuk melakukan hubungan seks.

    Tip selesa ‘bersama’ suami

    seks lepas bersalin
    Suami dan isteri perlu saling bekerjasama untuk mencapai kepuasan.

    Walaupun anda mungkin sudah hidup lama dengan suami, namun kehangatan rumah tangga perlu dikekalkan lebih-lebih lagi selepas anda melahirkan anak.

    Jika anda tidak mempunyai sebarang idea bagaimana hendak mula seks selepas bersalin, penulis ingin mengusulkan beberapa cadangan untuk anda:

    • Selepas habis tempoh berpantang atau kesan bersetubuh dalam pantang anda, jangan tergesa-gesa untuk melakukan hubungan intim. Beberapa hari sebelum itu, bermanja-manjalah dengan suami seperti bersentuhan, berpeluk ataupun berciuman sebelum anda bersedia melakukan hubungan intim
    • Elakkan ‘bersama’ jika anda rasa penat, kerana ia mungkin akan menghilangkan mood anda untuk bersama.
    • Cari posisi yang sesuai semasa melakukan hubungan intim. Jika anda khuatir akan parut bersalin anda, cuba dengan posisi anda berada di atas suami
    • Gunakan pelincir jika anda mengalami kering faraj

    Jika anda masih berasa sakit semasa melakukan hubungan seks, berbincanglah semula dengan suami.

    seks lepas bersalin
    Antara kaedah untuk hangatkan hubungan intim bersama pasangan.

    Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda untuk mencari pilihan rawatan lain.

    Konklusi

    Seks lepas bersalin mungkin asing bagi mereka yang baru sahaja melahirkan anak namun ia bukanlah sesuatu yang perlu diabaikan.

    Komponen kesihatan seksual merangkumi sebahagian daripada tahap kesihatan individu secara menyeluruh.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan