TERJAWAB, Rupa-Rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Klimaks tentunya saat yang paling dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri semasa beraksi di kamar tidur. Pun begitu, tidak semua kaum Adam suka atau bahagia apabila tiba waktu ejakulasi ini. Kenapa?

Ada golongan lelaki yang akan berasa sakit ketika ejakulasi akibat faktor-faktor yang akan kami huraikan di bawah.

Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Adakah sakit ketika ejakulasi itu normal?

Kesakitan semasa ejakulasi ini adalah 1 kondisi yang tidak normal dan mungkin boleh berlaku kepada mana-mana golongan lelaki. Ia turut dikenali dengan nama dysorgasmia atau orgasmalgia.

Tahap kesakitan kondisi ini boleh jadi ringan, sederhana atau teruk, bergantung kepada individu. Kawasan yang selalu berasa sakit pula adalah sekitar zakar, skrotum dan perineum.

Jika anda juga pernah atau masih mengalaminya, jangan ambil mudah. Ia bukan 1 kondisi yang normal dan memerlukan rawatan doktor dalam kadar segera!

Persoalannya, apakah punca berlakunya keadaan ini?

Punca lelaki berasa sakit ketika ejakulasi!

zakar sakit semasa seks

#1. Penyakit jangkitan kelamin

Tidak mengejutkan, pelbagai penyakit jangkitan kelamin boleh membuat zakar sakit semasa keluar air mani. Bukan itu sahaja, anda yang menghidapinya juga mungkin akan berasa sakit ketika membuang air kecil.

Antara penyakit yang menjadi suspek utama adalah chlamydia dan trichomoniasis. Jadi, jangan bertangguh berjumpa doktor sekiranya anda juga sudah dijangkiti penyakit-penyakit sebegini.

#2. Batu karang atau cyst

Kebiasaannya, batu karang atau cyst akan terbentuk pada saluran ureter, pundi kencing atau buah pinggang. Namun, ada juga lelaki yang akan mengalaminya pada saluran ejakulasi.

Ini kemudiannya akan mengakibatkan air mani tersekat dan zakar terasa sakit setiap kali ejakulasi. Untuk menyelesaikannya, batu karang atau cyst tersebut perlu dibuang melalui kaedah pembedahan.

#3. Prostatitis juga punca sakit ketika ejakulasi

Buat anda yang belum tahu, prostatitis adalah kondisi di mana kelenjar prostat mengalami keradangan. Kondisi ini biasa berlaku kepada golongan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas.

Ia akan menyebabkan rasa sakit ketika penderita membuang air kecil atau ketika ejakulasi. Sekiranya kalian mengalami diabetes atau lemah sistem imun, maka risiko prostatitis adalah lebih tinggi.

#4. Pengambilan ubatan tertentu

Ada jenis ubatan yang akan mendatangkan kesan sampingan. Sebagai contoh, ubatan dari jenis antidepresan boleh mengakibatkan masalah seksual lelaki termasuk rasa sakit ketika ejakulasi.

Antara jenis ubatan tersebut adalah serotonin, tricyclics, tetracyclics dan lain-lain. Oleh itu, jangan sembarangan mengambilnya. Pastikan anda mendapat preskripsi dan konsultasi doktor terlebih dahulu.

seks

#5. Masalah sistem saraf

Selain masalah pada saluran ejakulasi, rasa sakit padanya juga mungkin disebabkan oleh masalah sistem saraf pada alat kemaluan lelaki. Sebagai contoh, ada 1 kondisi yang dinamakan sebagai pudendal neuropathy.

Kondisi ini berlaku apabila terdapat kerosakan pada sistem saraf pelvis. Kesannya, zakar dan kawasan sekitarnya akan mengalami kesakitan. Selain itu, kecederaan pada sistem saraf juga boleh menjadi dalang utama.

#6. Kesan pembedahan

Secara umumnya, pembedahan memang akan mendatangkan kesakitan selepas habis kesan bius. Ini termasuklah pembedahan kanser prostat yang akan mengakibatkan rasa sakit ketika ejakulasi dan membuang air kecil.

Anda mungkin tidak perlu terlalu risau sekiranya ini terjadi kerana lambat-laun ia akan hilang dengan sendiri. Pun begitu, sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda masih berasa sakit meski luka pembedahan telah sembuh.

#7. Sakit ketika ejakulasi kerana psikologi

Dalam beberapa kes, punca kepada keadaan ini tidak dapat dikenal pasti oleh doktor. Ada lelaki yang hanya berasa sakit ketika bersenggama namun tidak sakit ketika beronani dan sebaliknya.

Jika itu berlaku, maka ia bukan berpunca dari masalah fisiologi sebaliknya psikologi. Jadi, sebaik-baiknya, dapatkan bantuan pakar terapi untuk menyelesaikan masalah ini.

Adakah anda juga salah seorang dari lelaki yang mengalami masalah ini? Jangan berlengah lagi, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan