Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Lumrah hidup pasangan yang telah berkahwin pasti akan mencuba pelbagai cara untuk menghangatkan hubungan antara satu sama lain.

Hal ini termasuklah aktiviti oral seks yang semakin giat dieksperimentasikan oleh pasangan muda yang baru berkahwin.

Pun begitu, anda seharusnya peka akan keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan semasa oral seks seperti stomatitis aftosa. Wow, dashyatnya nama!

Percayalah jika anda mengalaminya, anda akan berfikir dua kali sebelum melakukan oral seks dengan pasangan anda.

Nak tahu? Baca ini!

Apakah itu oral seks?

Oral seks ialah aktiviti merangsang alat kelamin pasangan dengan mulut, bibir atau lidah anda. Gelaran perbuatan tersebut kepada lelaki ialah fellatio, manakala perempuan ialah cunnilingus.

Selamatkah aktiviti oral seks?

Pertama sekali, anda tidak akan mengandung jika melakukan aktiviti ini. Namun, anda mungkin boleh menghidap atau menyebarkan jangkitan kelamin (STI) melalui kegiatan ini.

Jangkitan kelamin yang biasanya ditularkan melalui oral seks ialah :

  • Herpes
  • Gonorea
  • Sifilis

Secara amnya, risikonya lebih tinggi jika anda yang memberi dan bukannya menerima oral seks daripada pasangan anda.

Hal ini kerana anda lebih cenderung terdedah kepada cecair daripada kemaluan pasangan.

Pengenalan kepada stomatitis aftosa

stomatitis aftosa

Stomatitis aftosa, lebih dikenali sebagai ulser aftosa atau canker sore ialah luka yang kecil dan cetek sering dijumpai di dinding mulut anda atau pangkal gusi.

Berbeza dengan ulser sejuk (cold sore), ulser aftosa tidak berlaku di permukaan bibir anda dan tidak berjangkit.

Akan tetapi, keadaan ini menyakitkan dan akan menyukarkan anda untuk bercakap, makan atau melakukan oral seks.

Selalunya, stomatitis aftosa boleh sembuh sendiri dalam jangka masa seminggu dua. Jika anda mempunyai ulser di dalam mulut yang tidak sembuh selepas 2 minggu, sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Punca stomatitis aftosa

Sehingga kini, punca utama untuk keadaan ini belum dapat dikenal pasti oleh para doktor dan saintis. Jangan risau, ia tidak berkaitan dengan jangkitan virus herpes atau oral seks ya!

Namun, saintis mengesyaki ia boleh terjadi akibat gabungan beberapa faktor termasuklah:

Siapakah yang berisiko?

Secara amnya, setiap individu berisiko untuk mendapat ulser aftosa, terutama sekali golongan muda dan remaja. Wanita disyaki lebih banyak didiagnosis dengan masalah ini.

Jika anda mempunyai sejarah ulser aftosa yang berulang, ia mungkin berkait rapat dengan masalah keturunan dan faktor bersama dalam persekitaran seperti makanan dan alahan.

Jadi, boleh ke melakukan oral seks walaupun ada stomatitis aftosa?

Oleh sebab keadaan ini menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan di dalam mulut anda, adalah lebih baik jika anda elakkan aktiviti tersebut sehingga sembuh.

Selain itu, melakukan oral seks semasa anda mempunyai luka di dalam mulut akan meningkatkan risiko penularan virus HIV dan jangkitan kelamin.

Seperti yang dijelaskan, cecair daripada kelamin berkemungkinan membawa virus tersebut dan apa-apa luka atau pembukaan pada selaput lendir mulut menjadikan mudah dijangkiti kuman.

Apabila anda ligat mencuba oral seks, bakteria daripada alat kelamin juga boleh berpindah ke dalam mulut anda.

Hal ini boleh mengganggu keseimbangan bakteria yang sudah sedia ada dalam mulut anda. Kesannya, bakteria semakin banyak tumbuh sehingga menyebabkan infeksi yang lebih teruk.

Tapi.. pasangan saya nak juga. Macam mana?

Jika anda dan pasangan masih ingin mencuba oral seks walaupun salah seorang mempunyai stomatitis aftosa, janganlah mengambil risiko sehingga mendapat jangkitan yang tidak diingini.

Anda boleh berbincang dengan pasangan untuk tunggu sehingga luka sembuh sepenuhnya.

oral seks

Namun jika masih ingin mencuba, untuk lelaki, anda boleh menyarungkan kondom sebelum melakukan aktiviti tersebut bersama isteri anda. Zaman kini, terdapat banyak kondom yang berperisa jika anda tidak gemar rasa kondom biasa.

oral seks

Bagi wanita pula, anda boleh menyarungkan dam, sama ada jenis getah atau plastik yang bertindak sebagai tapisan di antara faraj dan mulut suami anda.

Kesimpulannya, jangan fikir seronok sahaja. Jika ingin lakukan juga, buatlah dengan cara yang betul dan selamat ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

Seks boleh menjadi menyeronokkan dan awkward terutamanya jika air mani si dia termasuk dalam mata! Sekarang anda risau jangkitan penyakit kelamin pula.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 15/07/2020 . 3 minit bacaan

WOW! Ini 9 Rahsia Hisap Kemaluan Pasangan Yang Anda Mungkin Belum Tahu, Patutlah…

Jika pasangan anda suka kemaluan mereka dihisap semasa hubungan seksual, ini 9 tip yang boleh anda amalkan untuk mencapai kenikmatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/04/2020 . 3 minit bacaan

“Saya Pancut Luar, Takkan Dapat Penyakit Kelamin”, JANGAN 100% Pasti, Ini Sebabnya!

Selain daripada itu, ada banyak lagi tanggapan lain yang kita dengar sebelum ini berkenaan penyakit kelamin dan jangkitan kelamin. Adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan, STDs & STIs 17/04/2020 . 3 minit bacaan

Nak Pakai Kondom Wanita Berulang Kali? Ambil Tahu Cara Cuci & Risiko Yang Boleh Terjadi Ini

Adakah benar kondom wanita atau kondom perempuan boleh digunakan berulang kali? Benarkah ia boleh dicuci dan diguna semula?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan, STDs & STIs 09/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kehamilan berisiko tinggi

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
benjolan pada kemaluan

Mood Nak Bersetubuh Hilang Sebab Ada Benjolan Pada Alat Sulit? Ini 13 Punca Kenapa Ia Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
sakit kelamin

Orang Muda Lebih Ramai Dapat Sakit Kelamin Chlamydia, Ada 10 Lagi Fakta MENGEJUTKAN

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
penyakit kelamin klamidia

Penyakit Kelamin Klamidia Dalam Kalangan Lelaki, Boleh Terjadi Ke? Apa Tanda-Tandanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan