Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Adakah anda pernah terjaga daripada tidur dan menemui tompokan basah dan melekit pada seluar dalam atau di atas tilam, lalu tersedar yang anda mengalami mimpi basah?

Kejadian mimpi basah bukan hanya berlaku kepada remaja lelaki sahaja, tetapi juga dialami oleh orang dewasa namun dengan kekerapan yang berbeza.

Apa itu mimpi basah?

Mimpi basah adalah keadaan ketika seorang lelaki mengalami ejakulasi semasa dia sedang tidur.

Semasa ejakulasi, air mani (cairan yang mengandungi sperma) akan keluar dari zakar. Inilah tompokan yang ada pada seluar dalam atau seluar tidur anda.

Ejakulasi ini berlaku semasa anda mengalami mimpi basah ketika tidur dan istilah perubatan untuk mimpi basah adalah “pelepasan nokturnal”.

Biasanya, lelaki akan mengalami mimpi basah jika bermimpikan sesuatu yang mempunyai gambaran seksual.

Sebilangan besar mimpi ini dilaporkan berlaku pada remaja lelaki dan lelaki muda, dan kadang-kadang mimpi itu turut berlaku pada golongan kaum Adam yang lebih dewasa.

Mimpi tersebut bermula semasa akil baligh ketika tubuh mula menghasilkan lebih banyak testosteron, iaitu hormon lelaki.

Perkara ini adalah sesuatu yang normal bagi kaum Adam terutamanya ketika membesar dan anda tidak boleh menghentikannya daripada berlaku.

Sebilangan besar lelaki mengalami mimpi ini semasa akil baligh, dan kadang-kadang sebagai orang dewasa.

Walau bagaimanapun, kejadian mimpi basah ini akan berkurangan apabila seorang lelaki meningkat usia.

Apabila ianya berlaku, kadangkala lelaki akan terjaga daripada mimpi tersebut, tetapi kadang-kadang mereka hanya tidur dan membiarkannya.

Apa yang menyebabkan mimpi basah terjadi?

Mimpi basah berlaku ketika anda mempunyai mimpi yang membangkitkan seks semasa tidur, dan badan anda mengeluarkan air mani melalui ejakulasi.

Semasa fasa tidur REM (pergerakan mata cepat), adalah normal bagi para lelaki untuk mengalami ereksi.

Sekiranya anda mengalami mimpi yang membangkitkan ghairah anda dalam tempoh tidur ini, kadang-kadang ejakulasi akan berlaku.

Anda mungkin menghadapi masalah untuk mengingati mimpi itu atau berasa bingung setelah anda bermimpi basah.

Bolehkah wanita juga mengalami mimpi basah?

mimpi

Ya, terdapat segolongan wanita mengalami mimpi sebegini.

Kita sering mengaitkan istilah mimpi ini dengan kaum lelaki yang sering mengalami ejakulasi semasa tidur.

Berbeza bagi wanita, pengalaman bermimpi basah tidaklah seperti kaum Adam.

Wanita mungkin akan mengalami kebasahan yang kurang tetapi masih dianggap sebagai mimpi basah. Hal ini kerana mimpi sebegini boleh menyebabkan pelinciran faraj dan orgasme (sering disebut orgasme nokturnal).

Mimpi ini boleh berlaku semasa remaja dan ketika wanita meningkat dewasa. Namun, orgasme wanita semasa tidur masih belum banyak dikaji.

Pada tahun 1953, penyelidik seks Alfred Kinsey menganggarkan bahawa sekitar 70% wanita mempunyai mimpi seksual pada suatu tempoh dalam hidup mereka.

Pada usia 45 tahun, 37% wanita dalam kumpulan kajiannya menunjukkan mimpi berkaitan seksual yang membuatkan mereka bersyahwat.

Wanita yang mengalami orgasme pada waktu malam cenderung mengalaminya sekitar 3 atau 4 kali dalam masa setahun.

Kajian pada tahun 1986 dalam The Journal of Sex Research mendapati bahawa kebanyakan kaum Hawa ini berpengalaman mendapat orgasme pada waktu malam kali pertama sebelum usia mereka 21 tahun.

Walau bagaimanapun, mencapai orgasme semasa tidur adalah lebih biasa dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

Tetapi wanita tidak perlu risau jika mereka mengalami perkara ini bukan hanya pada waktu malam.

Tidak kira siang atau malam, ia masih dianggap sebagai perkara yang normal. Pun begitu, jika orgasme tidak berlaku siang mahupun malam, ini juga merupakan satu perkara yang normal.

Bolehkah saya mengelakkan mimpi ini daripada berlaku?

kesihatan seksual

Banyak pendapat berbeza tentang bagaimana cara mencegah mimpi ini daripada terjadi. Walau bagaimanapun, masih tidak ada strategi yang terbukti berkesan untuk mengelakkannya.

Walaupun anda perlu menukar cadar atau membersihkannya selepas mengalami mimpi ini, ingatlah bahawa perkara ini adalah normal yang berlaku kepada tubuh badan.

Sekiranya mimpi sebegini mengganggu fikiran dan kehidupan anda, berbincanglah dengan individu yang anda percayai sama ada ibu bapa, kaunselor sekolah, rakan ataupun doktor.

Membincangkannya adalah kaedah terbaik untuk membolehkan anda berasa lebih selesa mengenai kejadian semula jadi ini dalam perkembangan kesihatan seksual anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

Ada satu kajian yang mengatakan bahawa lelaki homoseksual & biseksual lebih risiko terjangkiti sifilis. Adakah ia benar? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Balanitis adalah penyakit berbahaya buat lelaki dan akan menyerang bahagian zakar. Jom klik artikel ini untuk tahu punca sebenar ia terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mimpi basah adalah

Kerap Alami Mimpi Basah Tapi Tidak Tahu Kenapa? Ini Punca & Maksud Kejadian Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
tiub fallopio

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
ovulasi wanita

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah ereksi zakar

Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan