”Belum Puas Lagi Tapi Suami Dah Terpancut” – Minta Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kehidupan seks yang sempurna adalah idaman setiap individu. Namun tidak semua lelaki mempunyai kemampuan seksual yang hebat ketika beraksi di ranjang bersama pasangan tercinta.

Antara masalah yang sering kali diutarakan adalah lemah libido, ereksi kurang kuat serta ejakulasi pramatang. Kesemua ini seterusnya akan mengakibatkan isteri kecewa dengan suami.

Cuba anda bayangkan, baru 5 minit mendayung sudah terpancut. Lama-kelamaan, aktiviti di kamar tidur kalian pasti akan menjadi hambar.

Jadi, apa yang boleh kalian lakukan untuk menyelesaikan masalah air mani cepat keluar ketika bersenggama? Teruskan membaca artikel ini.

Jangan ambil mudah masalah air mani cepat keluar!

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu serba sedikit mengenai masalah yang dikenali sebagai ejakulasi pramatang ini.

Ia adalah kondisi di mana lelaki mengalami klimaks lebih cepat dari sepatutnya. Ia boleh berlaku sebelum atau sebaik sahaja proses penetrasi zakar ke dalam faraj berlangsung.

Tiada kiraan tepat untuk mengukur berapa lama seorang lelaki itu patut bertahan. Namun kajian oleh International Society of Sexual Medicine mengatakan bahawa 5 ke 7 minit adalah waktu yang ideal.

Antara punca berlakunya masalah ini termasuklah:

  • Zakar terlalu sensitif
  • Terlebih rangsangan
  • Terlampau teruja
  • Depresi
  • Stres
  • Masalah perhubungan
  • Rasa serba salah
  • Gelisah dengan prestasi sendiri
  • Tidak selesa dengan pasangan
  • Kurang amaun serotonin dalam otak

seks

Menurut kajian lagi, kira-kira 30% ke 40% lelaki mengalami masalah air mani cepat keluar ketika berhubungan intim. Statistik ini menunjukkan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menyelesaikannya.

Persoalannya, apa yang boleh dilakukan?

Apa lelaki boleh buat jika alami ejakulasi pramatang?

Masalah air mani cepat keluar ketika beraksi di ranjang sebenarnya boleh diatasi, bergantung kepada punca ia berlaku. Sebenarnya, ia sangat bergantung kepada ‘teknik’ kalian.

Jika kalian salah seorang yang ada masalah ejakulasi pramatang, lakukan ini ketika berasmaradana:

#1. Luangkan masa lebih lama untuk adegan ‘foreplay’

Seks bukan sekadar memasukkan zakar ke dalam faraj sahaja ya? Sebelum mula menikmati hidangan utama, apa kata kalian membuka selera dengan berpeluk, bercium dan bersentuhan terlebih dahulu!

Selepas kedua-dua anda mula menunjukkan tanda sudah bersedia, barulah memulakan proses penetrasi.

Dengan ini, ejakulasi suami dan orgasma isteri mungkin dapat berlaku serentak pada waktu yang hampir sama.

#2. Alihkan perhatian anda setiap kali mahu terpancut

Sekiranya anda memulakan aktiviti seksual dengan nada yang tinggi, maka klimaks pun akan cepat berlaku.

Oleh itu, tarik nafas sedalamnya dan cuba fikir sesuatu yang lain setiap kali air mani terasa mahu terpancut.

Sebagai contoh, mungkin kalian boleh alihkan perhatian kepada sesuatu yang agak bosan seperti televisyen atau radio yang terpasang ketika projek asmara berlangsung.

Jika rasa ingin terkeluar air mani itu sudah kurang, boleh sambung semula dayungan kalian.

#3. Teknik ‘stop-and-start’

Hampir sama seperti teknik sebelum ini, anda perlu mengeluarkan zakar dari faraj setiap kali hampir mencapai klimaks. Relaks sebentar untuk mengelakkan ejakulasi.

Dengan usaha menghentikan dan memulakan semula dayungan menuju pulau bahagia, anda sudah pasti dapat memanjangkan sedikit tempoh masa seks berlangsung.

kesilapan seks lelaki

#4. Teknik ‘squeeze’

Teknik ini pula melibatkan suami atau isteri untuk memicit atau menekan bahagian kepala zakar selama 10 ke 20 saat apabila air mani mula penuh di bahagian badan zakar.

Selepas rasa ingin klimaks mula menurun, sambung semula dayungan. Teknik ini juga boleh digunakan bersama teknik ‘stop-and-start’ untuk keberkesanan yang maksimum.

#5. Menggunakan kondom

Kondom berupaya mengurangkan sensitivi zakar sekali gus melambatkan ejakulasi.

Untuk lebih efektif, kalian mungkin boleh cuba kondom jenis ‘climax control’ yang diperbuat dari lateks lebih tebal serta agen seperti benzocaine dan lidocaine yang boleh membantu masalah ejakulasi pramatang.

#6. Melancap sebelum mendayung

Ini adalah petua orang lama yang telah terbukti berjaya secara saintifik. Ini kerana onani mampu mengurangkan tahap sensitiviti zakar ketika melakukan aktiviti seksual selepasnya.

Oleh itu, suami mungkin perlu melancap dalam tempoh masa sekitar 1 ke 2 jam sebelum bersenggama dengan isteri dalam usaha mengelakkan masalah air mani cepat keluar.

#7. Berjumpa doktor untuk ubatan & rawatan

Akhir sekali, kalian mungkin perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan ubatan seperti selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), paroxetine, sildenafil atau tramadol.

Selain itu, minta juga pandangan doktor sama ada kalian perlu atau tidak menggunakan krim anastetik yang disapu kepada zakar untuk mengurangkan tahap sensitivitinya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

Sekiranya muncul benjolan pada testis, ia mungkin petanda penyakit sista epididimis. Ingin tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/09/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bagi Senjata Lebih Padu, Amalkan Urutan Jelqing! Tapi Boleh Ke Guna Aloe Vera?

Pernah dengar tentang urutan jelqing zakar? Ada yang kata ia boleh dan perlu dilakukan dengan aloe vera! Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/09/2020 . 3 minit bacaan

Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

Ada sesetengah individu yang mengalami sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seks. Apakah sebab ia berlaku agaknya? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Dengar Terjadi Kepada Wanita Sahaja, Tapi Bolehkah Lelaki Juga Terkena Radang Pelvis?

Ada satu persoalan yang timbul sama ada lelaki juga boleh terkena penyakit radang pelvis atau tidak? Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ekzema zakar

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
masalah zakar

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu herpes

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
testis lelaki

Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan