backup og meta

Bagaimana Cara Pakai Kondom Wanita? Penting Agar Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/10/2021

    Bagaimana Cara Pakai Kondom Wanita? Penting Agar Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj!

    Si dia tidak mahu pakai kondom masa seks? Tidak mengapa, ada cara pakai kondom wanita yang boleh dicuba. Ini penting terutama jika anda ingin elak hamil dan mencegah jangkitan penyakit kelamin. 

    Bantu mencegah jangkitan penyakit kelamin

    Kondom wanita atau Femidon, boleh membantu mencegah jangkitan penyakit kelamin (STD) temasuklah HIV semasa bersetubuh.

    Kondom ini juga boleh dimasukkan ke dalam dubur untuk seks anal bagi melindungi jangkitan STD (seks jenis ini diharamkan bagi mereka yang beragama Islam).

    Jika kondom untuk lelaki adalah jenis luaran, kondom wanita pula dikenali sebagai kondom dalaman yang turut berfungsi sebagai alat pencegah kehamilan (kontraseptif) yang dapat mencegah kehamilan.

    Untuk menggunakannya anda perlu tahu cara pakai kondom wanita yang betul. Bagaimana?

    cara pakai kondom wanita

    Apa itu kondom wanita?

    Sebelum anda mengetahui cara pakai kondom wanita yang betul, jom ketahui apa sebenarnya yang dikatakan dengan Femidon ini.

    Umumnya, kondom ini akan dimasukkan ke dalam saluran faraj atau dubur. Ia akan bertindak sebagai ‘dinding penghadang’ yang mencegah kemasukan cecair badan dan air mani ke dalam uterus.

    Jika kondom lelaki dihasilkan daripada bahan lateks, kondom wanita pula diperbuat daripada bahan plastik lembut yang disebut sebagai nitril.

    Perlu ke anda tahu cara pakai kondom wanita?

    Mesti anda tertanya-tanya kenapa perlu anda memakainya sedangkan ada kondom untuk lelaki yang lebih mudah untuk digunakan.

    Memang betul apa yang anda fikirkan itu, tetapi bagaimana jika si dia tidak mahu memakainya? 

    Adakah anda rela membiarkan diri berdepan risiko kehamilan mengejut atau sebarang penyakit jangkitan kelamin?

    Penggunaan kondom ini dikatakan sangat berkesan untuk mengurangkan risiko kehamilan

    Bahkan dengan cara pakai kondom wanita yang betul, ia memberikan perlindungan terbaik untuk mencegah jangkitan penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea atau sifilis.

    Jika anda menggunakan kondom, pastinya anda boleh menikmati hubungan seks tanpa perlu risaukan sebarang risiko kehamilan, apatah lagi saat kalian belum bersedia untuk menimang zuriat.

    cara pakai kondom wanita

    Ini cara pakai kondom wanita yang betul

    Berikut disenaraikan apa yang boleh dan patut dielakkan semasa pemakaian kondom wanita ini, iaitu:

    • Pastikan anda menggunakan Femidon dari awal sesi berjimak sehingga akhir
    • Sila baca apa yang tercatat pada pembalut kondom dan semak tarikh luputnya
    • Pastikan tidak ada sebarang kecacatan atau koyakan
    • Gunakan pelincir untuk mencegah kondom daripada terkoyak 
    • Simpan stok kondom wanita di tempat yang sejuk dan kering
    • Jangan gunakan kondom wanita dan kondom lelaki dalam masa yang sama, ia berisiko menyebabkan kondom terkoyak
    • Jangan guna semula kondom wanita
    • Jangan buang kondom di dalam mangkuk tandas kerana boleh menyebabkan ia tersumbat

    Kaedah masukkan dan keluarkan kondom wanita

    1. Buka pembalut kondom dengan teliti dan keluarkan kondom wanita daripada bungkusan untuk elakkannya terkoyak.
    2. Untuk pastikan cara pakai kondom wanita yang betul, kenal pasti bahagian cincin kondom yang tebal dan tertutup serta bahagian cincin yang nipis.
    3. Bahagian cincin tebal akan dimasukkan ke dalam saluran faraj. Manakala bahagian cincin yang nipis akan berada di luar faraj, melindung saluran bukaan faraj.
    4. Dapatkan posisi yang selesa. Sambil memegang bahagian luar hujung kondom, tekan bahagian cincin yang tebal dalam faraj menggunakan ibu jari serta jari telunjuk. Jika anda biasa menggunakan tampon, pastinya tidak sukar buat anda.
    5. Kemudian dengan menggunakan jari, tolak bahagian dalam kondom ke dalam saluran faraj sejauh mungkin sehingga ia bertentangan dengan serviks. Kondom akan mengembang secara semula jadi tanpa anda sedari.
    6. Pastikan kondom tidak berpusing. Cincin luar yang nipis perlu berada di luar faraj.
    7. Bantu zakar pasangan anda untuk masuk dengan betul pada bukaan kondom wanita.
    8. Hentikan seks jika anda rasa zakar terkeluar daripada kondom atau bahagian luar kondom tertolak ke dalam faraj.
    9. Untuk mengeluarkannya, putar secara perlahan cincin bahagian luar dan tarik kondom keluar daripada faraj.
    10. Buangkan kondom wanita yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Jangan menggunakannya semula.

    cara pakai kondom wanita

    Perlindungan kesihatan

    Baik kondom lelaki atau kondom wanita, kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu mengelakkan kehamilan dan juga mencegah jangkitan penyakit kelamin.

    Sebelum menggunakan kondom, berbincanglah dengan pasangan. Pastikan mereka tahu bahawa ini adalah kaedah perlindungan terbaik untuk kalian berdua. 

    Sebaiknya lakukan perbincangan sebelum melakukan seks.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan