HIV Dan AIDS Berbeza! Ada Orang Dapat HIV Tapi Tak Dapat AIDS, Fahami Perbezaannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apakah perbezaan HIV dan AIDS? Adakah kedua-dua masalah kesihatan itu boleh menjejaskan sistem imuniti tubuh anda? Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

Memahami perbezaan HIV dan AIDS

HIV adalah virus, sedangkan AIDS adalah suatu keadaan.

HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus. HIV hanya menjangkiti manusia dan menyerang sistem imuniti tubuh, membuatkan imuniti tubuh tidak dapat bekerja dengan efektif seperti asal.

Sementara itu, AIDS adalah singkatan daripada acquired immune deficiency syndrome, dan merupakan keadaan atau sindrom yang berkembang setelah jangkitan jangka panjang HIV.

Pesakit AIDS memiliki sistem imuniti tubuh yang sangat lemah, dan mudah dijangkiti penyakit seperti tuberkulosispneumonia, jenis kanser tertentu, dan jangkitan lainnya.

Seseorang boleh menghidap HIV tanpa AIDS

sistem imuniti tubuh

HIV adalah virus, dan AIDS adalah keadaan yang berlaku disebabkan oleh HIV. Disebabkan itu, anda boleh mengalami jangkitan HIV tanpa memiliki AIDS.

Sebenarnya, sistem imuniti tubuh tidak dapat sepenuhnya menghilangkan HIV, tetapi dapat mengawalnya untuk waktu yang lama, sehingga 10 tahun.

Disebabkan kemajuan baru dalam rawatan, jangka hayat penghidap AIDS dapat ditingkatkan.

Meskipun anda boleh mengalami jangkitan HIV tanpa mengalami AIDS, siapapun yang didiagnosis dengan AIDS sudah tentu memiliki HIV.

Akan tetapi, disebabkan terapi anti-retroviral (ART), kebanyakan penghidap jangkitan HIV hidup selama bertahun-bertahun lamanya sebelum berkembang ke AIDS, atau malah tidak mendapat AIDS sama sekali.

Yang dapat dijangkiti adalah HIV

HIV adalah virus, yang bererti dapat dijangkiti antara orang seperti virus lainnya. Virus HIV ditularkan daripada satu orang ke orang lainnya melalui pertukaran cecair tubuh.

Di sisi lain, anda tidak akan dijangkiti AIDS secara langsung daripada orang lain. Meskipun begitu, anda boleh dijangkiti HIV, yang kemudiannya dapat berkembang menjadi AIDS.

HIV tidak semestinya menunjukkan simptom

HIV biasanya menyebabkan simptom sepeti flu sekitar dua hingga empat minggu setelah jangkitan. Jangka waktu ini pendek dan disebut sebagai jangkitan akut.

Sistem imuniti tubuh membolehkan jangkitan tersebut tetap terkawal, yang membawa pada waktu laten (terpendam).

Selagi mana waktu laten dapat bertahan hingga bertahun-tahun, orang yang dijangkiti mungkin langsung tidak mengalami simptom.

Ketika seseorang telah berkembang daripada jangkitan HIV ke AIDS, ia biasanya menderita beberapa simptom AIDS yang berbeza-beza.

HIV dapat didiagnosis dengan ujian mudah, sementara diagnosis AIDS lebih rumit

perbezaan hiv dan aids

Ketika dijangkiti HIV, sistem imuniti tubuh anda akan menghasilkan antibodi yang melawan virus tersebut.

Ujian darah atau air liur dapat mengesan antibodi tersebut dan menentukan apakah anda telah dijangkiti HIV. Meskipun begitu, ujian ini hanya efektif untuk beberapa minggu setelah jangkitan.

Ujian yang lainnya bertujuan mencari antigen yang merupakan protein yang dihasilkan oleh virus HIV. Ujian ini dapat mengenal pasti HIV hanya beberapa hari setelah jangkitan. Kedua-dua ujian tepat dan mudah untuk dijalankan.

AIDS adalah tahap akhir daripada jangkitan HIV. Terdapat beberapa faktor yang menentukan bila diagnosis seseorang berubah daripada HIV biasa kepada AIDS.

Contohnya: jumlah sel-sel tertentu dalam sistem imun. Orang yang tidak memiliki HIV boleh memiliki daripada sekitar 500 hingga 1,200 sel CD4.

Ketika sel tersebut menurun hingga 200, penghidap HIV lanten dianggap telah memiliki AIDS. Faktor lain yang menunjukkan keadaan AIDS adalah kehadiran jangkitan oportunistik.

Jangkitan oportunistik adalah penyakit yang disebabkan oleh virus, kulat atau bakteria yang tidak akan membuat orang yang memiliki sistem imuniti yang normal menjadi sakit seperti tuberkulosis, kanser, dan pneumonia.

Rawatan dan jangka hayat penghidap HIV dan AIDS

Setelah HIV berkembang menjadi AIDS, jangka hayat pesakit menurun secara signifikan. Membaiki kerosakan pada sistem imun tubuh adalah sangat sukar.

Terdapat beberapa komplikasi umum akibat kerosakan sistem imun yang teruk seperti jangkitan dan kanser yang mengancam nyawa penderita AIDS.

Tanpa rawatan, orang yang menghidap AIDS biasanya bertahan selama sekitar 3 tahun.

Setelah dijangkiti penyakit opportunistik berbahaya, harapan hidup tanpa rawatan berkurang hingga sekitar 1 tahun. Pun begitu, kemajuan baru dalam rawatan membolehkan jangka hayat penghidap AIDS ditingkatkan.

AIDS berlaku disebabkan oleh HIV, human immunodeficiency virus, yang merosakkan sistem imuniti tubuh. Mereka yang dijangkiti HIV atau siapapun yang dianggap berisiko terkena jangkitan perlu diberikan sokongan dan keprihatinan masyarakat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Artikel lain untuk anda

vaksin flu

Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan