backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak 'Main' Guna Sex Toy? Ketahui Dulu Manfaat & Mudaratnya Dalam Bersenggama!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/12/2021

    Nak 'Main' Guna Sex Toy? Ketahui Dulu Manfaat & Mudaratnya Dalam Bersenggama!

    Kadangkala, agak bosan jika aktiviti seks di ranjang buat anda dan pasangan dilakukan dengan teknik atau kaedah yang sama sahaja. Disebabkan itu, kalian berdua haruslah berani dalam mewarnai projek asmara dengan posisi, lokasi serta penggunaan alat permainan seks.

    Pun begitu, jangan hanya tahu guna tanpa memahami manfaat dan mudarat alat ini ya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

    Apa itu alat permainan seks?

    Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi sebenar istilah ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, terdapat banyak alat mainan seks yang tercipta di dunia ini bertujuan membantu anda dan pasangan mengecapi hubungan intim yang lebih mengghairahkan lagi mengasyikkan.

    Apa yang menarik mengenai alat ini adalah ia mempunyai banyak jenis, bentuk serta tujuan dan antara yang paling popular di seantero dunia ini adalah vibratordildobutt plugcock ring dan macam-macam lagi.

    Jenis peralatan seks

    Peralatan beraneka adalah untuk bahagian pada tubuh badan yang berbeza:

    • Klitoris
    • Faraj
    • Zakar
    • Anus

    Bahan peralatan seks

    Peralatan ini boleh diperbuat daripada pelbagai bahan asas yang berbeza:

  • Silikon
  • Plastik
  • Lateks
  • Pelincir

    alat permainan seks

    Selain alat, ada satu lagi perkara yang boleh membantu anda dan pasangan mendapatkan seks yang lebih sensasi iaitu cecair pelincir.

    Ia boleh membantu melancarkan proses kemasukan zakar atau alatan ke dalam faraj atau dubur dengan cara mengurangkan geseran.

    Ia juga adalah sangat penting untuk bahagian yang tidak menghasilkan cecair sendiri seperti faraj, khususnya bahagian dubur atau anal.

    Terdapat pelbagai jenis cecair pelincir:

    • Berasaskan air
    • Berasaskan silikon
    • Berasaskan minyak
    • Pelincir dubur

    Sebelum mendapatkan alat permainan seks atau cecair pelincir yang beraneka jenis dan bahan ini, sila berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu untuk berbincang mengenai manfaat dan mudaratnya.

    Posisi yang boleh dicuba bersama alat ini

    Mungkin ramai yang sudah arif tentang pelbagai posisi di atas katil dan mungkin ada dalam kalangan kalian yang hebat menggunakan sex toy.

    Pun begitu, bagaimana untuk menggabungkan 2 elemen ini agar aksi di ranjang anda dan pasangan menjadi lebih hangat, panas dan sensasi?

    Ini merupakan beberapa posisi seks dengan alat permainan seks yang mungkin boleh dicuba:

    • Missionary dengan vibrator
    • Doggy style dengan vibrator
    • Spooning dengan dildo
    • Anal sex dengan butt plug
    • Missionary dengan cock ring

    Sebenarnya, terdapat banyak lagi posisi seks dengan sex toy yang boleh suami isteri praktikkan.

    Pun begitu, sebaiknya anda dan pasangan berjumpa dengan pakar terlebih dahulu sebelum mencuba apa-apa alat mainan seks untuk lebih arif dan pasti tentangnya.

    alat permainan seks

    Manfaat sex toy

    Alat permainan seks sememangnya merupakan salah satu cara untuk membuat hubungan intim menjadi lebih sensasi dengan cara:

    #1. Rangsangan yang luar biasa

    Pertama sekali, ia akan memberi rangsangan yang sangat luar biasa lantas membuat anda atau pasangan lebih mudah mencapai orgasma tertinggi.

    Antara alat yang sangat membantu merangsang hubungan kelamin adalah dildo dan vibrator yang sangat bagus terutamanya buat golongan wanita.

    #2. Tidak lagi cemburu dengan pasangan

    Jika sex toy digunakan secara solo, sudah pasti anda atau pasangan akan berasa cemburu kerana mereka hanya mementingkan nafsu syahwat diri sendiri sahaja.

    Dengan menggunakannya secara bersama, maka mungkin tidak akan ada lagi perasaan cemburu dengan pasangan kerana kedua-dua kalian dapat manfaatnya.

    #3. Komunikasi menjadi lebih baik

    Dalam perhubungan, komunikasi adalah antara perkara yang sangat penting dan begitu juga dalam kehidupan seks anda dan pasangan di kamar tidur.

    Jadi, anda berdua mungkin dapat berbincang dan bereksperimen menggunakan sex toy dalam bersenggama sekali gus mengukuhkan lagi komunikasi kalian.

    alat permainan seks

    Mudarat sex toy

    Jangan hanya terpengaruh dengan kebaikannya sahaja kerana alat permainan seks juga mempunyai keburukannya seperti berikut:

    #1. Jangkitan penyakit kelamin

    Terdapat pelbagai jenis penyakit kelamin (STD/STI) yang boleh tersebar antara anda dan pasangan melalui cecair yang keluar daripada tubuh badan.

    Cecair yang boleh melekat pada permukaan sex toy itu kemudiannya akan merebak kepada pasangan yang menggunakannya tanpa sebarang perlindungan.

    #2. Bahan kimia berbahaya

    Untuk pengetahuan anda, wujud beberapa sex toy yang diperbuat daripada bahan kimia bernama phthalates yang sangat berbahaya terhadap kesihatan.

    Ia mungkin akan menyebabkan gangguan pada sistem reproduktif lelaki dan wanita selain menjadi pencetus kepada penyakit hati dan kanser.

    #3. Alahan, kecederaan dan keradangan

    Kebanyakan alat permainan seks menggunakan penggetar yang dikendalikan oleh mesin dan jika tidak berwaspada maka boleh berlaku kecederaan dan keradangan.

    Dalam pada itu, anda atau pasangan juga berisiko tinggi mengalami alahan akibat bahan kimia berbahaya yang wujud pada alat yang digunakan oleh kalian.

    Konklusinya, terdapat banyak manfaat dan mudarat alat permainan seks ini! Jadi, sila gunakannya dengan lebih berwaspada ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan