Hubungan Intim Yang Sedikit Ganas Akan Buat Pasangan Lebih Teruja, Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Usai sahaja menonton adegan asmara yang hangat dan ganas di dalam filem erotik Inggeris bertajuk Fifty Shades of Grey, sudah pasti ada pasangan suami isteri yang terdetik di dalam hati kecil mereka untuk merealisasikan keinginan tersebut bersama pasangan masing-masing. Persoalannya, adakah seks ganas itu sebenarnya lebih memuaskan berbanding seks romantik? Untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini. 

Sebelum itu, kita harus faham terlebih dahulu mengenai kedua-dua jenis seks ini.

Apa itu seks ganas?

Seks secara ganas adalah satu perlakuan seks yang berteraskan Sadomasochism, perihal seks yang membabitkan kepuasan dari rasa sakit atau rasa malu. Ia sangat berkait rapat dengan aspek BDSM (bondage, discipline, dominance dan submission). Para pelaku seks secara ganas ini cenderung untuk menggunakan pelbagai peralatan seperti tali, gari, pita pelekat atau kostum untuk tujuan role play. Dalam pada itu, mereka juga banyak menggunakan peralatan seks seperti dildo atau vibrator untuk memuaskan nafsu mereka secara ganas.

Apa itu seks romantik?

Sama sekali berbeza dengan seks ganas, seks romantik ini lebih mementingkan aspek perasaan kasih sayang di antara pasangan suami isteri. Ia kebiasaannya tidak melibatkan penggunaan apa-apa peralatan seks atau pemakaian kostum. Ia juga tidak bersifat berat sebelah dan sangat menekankan keharmonian dan kesejahteraan di kamar tidur. Dalam erti kata yang lain, ia cenderung kepada hak individu untuk mendapatkan yang terbaik dari pasangan demi memuaskan nafsu masing-masing.

Yang mana lebih memuaskan?

Sebenarnya, ia sangat bergantung kepada individu itu sendiri. Ada individu yang tidak boleh menerima kelakuan ganas ketika melakukan seks dan ada pula individu yang gemar kelakuan seperti memukul atau menampar, yang boleh membuat mereka turn on. Jadi, jawapan kepada soalan ini sangat subjektif.

Bagi individu yang gemarkan seks secara ganas, anda tidak perlu risau kerana anda tidak mempunyai sebarang sakit mental, kecuali jika anda pernah terdetik untuk mencederakan pasangan atau individu lain secara berlebihan sehingga boleh mengakibatkan maut atau kecacatan kekal. Jika ya, segera dapatkan rawatan lanjutan bersama pakar.

Seks yang ganas dari sudut sains

Dari sudut sains, kegilaan individu terhadap seks secara ganas ini ada kaitannya dengan reseptor kesakitan yang dikenali sebagai nociception. Ia berfungsi untuk menghantar isyarat ke otak dan memberi respon kepada anggota badan sekiranya berlaku apa-apa rangsangan kesakitan. Terdapat 3 rangsangan kesakitan yang anda perlu tahu, iaitu:

  • Rangsangan kimia: Untuk rasa sakit akibat kulit melecur
  • Rangsangan mekanikal: Untuk rasa sakit akibat kulit terluka
  • Rangsangan thermal: Untuk rasa sakit akibat suhu panas atau sejuk

Ketiga-tiga rangsangan ini boleh mengaktifkan nociception dengan menghantar signal ke otak dan seterusnya memberi respon kepada anggota badan.

Kaitan antara rangsangan ini dengan seks adalah sama. Rasa sakit yang dialami semasa melakukan seks akan dihantar ke otak dan seterusnya kepada anggota badan untuk bertindak balas. Kesakitan yang dirasai semasa seks secara ganas tidak kira semasa disakiti atau menyakiti ini mampu merangsang pengeluaran hormon “seronok” seperti adrenalin, endrofin, melatonin, epinephrin, serotonin dan norepinephrine, yang turut berfungsi sebagai ubat tahan sakit semasa melakukan seks.

Dalam erti kata yang lain, hormon-hormon yang dirembeskan inilah sebenarnya punca mengapa anda berasa puas semasa melakukan seks secara ganas!

Seks yang ganas dari sudut psikologi

Dari sudut psikologi, ia sebenarnya mampu memberi variasi terhadap hubungan seks pasangan suami dan isteri. Ketika menyakiti atau disakiti semasa melakukan seks, “kemarahan” atau “keangkuhan” pasangan akan memberi dimensi baru dalam pengalaman hubungan seks anda. Bayangkan, anda dan pasangan cuma melakukan hubungan seks secara berkala dan terancang secara rutin setiap hari, sudah tentu ia akan membosankan anda, bukan? Jadi, seks ganas adalah salah satu cara untuk anda lebih menghargai seks bersama pasangan.

Pun begitu, anda harus ingat bahawa seks ganas tidak sesuai untuk semua individu. Bagi individu yang beragama Islam terutamanya, terdapat batas yang perlu diikuti. Selain itu, dapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada pasangan anda sebelum mula melakukan seks secara ganas. Ini bertujuan untuk mengelakkan berat sebelah dalam hubungan seks atau berlakunya kecederaan yang tidak diingini. Paling penting, sentiasa berkomunikasi dengan pasangan dalam membincangkan perihal hubungan seks yang harmoni dan sejahtera.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

    Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit gonorea

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    libido wanita hamil

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan