Daun Lidah Buaya Bukan Setakat Bagus Untuk Rambut & Kulit, Tapi Boleh Juga Rawat Luka!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Dalam kalangan masyarakat kita, aloe vera adalah salah satu tumbuhan yang paling popular. Kenapa?

Bukan kerana ia digunakan dalam masakan, sebaliknya sebagai salah satu alternatif rawatan tradisional.

Mungkin ramai yang tahu bahawa orang dulu menggunakannya pada kulit dan rambut yang bermasalah.

Pun begitu, tahukah anda terdapat satu lagi kebaikan aloe vera yang kurang digembar-gemburkan iaitu mampu merawat luka pada kulit?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu aloe vera?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah kita berkenalan dengan tumbuhan ini terlebih dahulu.

Buat anda yang belum tahu, aloe vera (Aloe barbadensis miller) adalah sejenis gel yang wujud di dalam daun pokok lidah buaya.

Sejak dari zaman dahulu kala lagi, ia merupakan salah satu tumbuhan yang digunakan untuk pelbagai tujuan kesihatan dan kecantikan.

Di dalamnya terkandung kira-kira 160 bahan utama yang membekalkan sehingga 300 ke 400 komponen penting yang berupaya memberikan manfaat kesihatan kepada kita.

Berikut merupakan antara kandungan penting gel lidah buaya:

  • Vitamin (A, C, E B1, B2, B6, B12)
  • Enzim (amylase, bradykinase, aliiase, alkaline phosphatase, peroxidase, catalase, cellulose, lipase, carboxypeptidase)
  • Hormon (gibberellins, auxins)
  • Monosaccharide & Polysaccharides (aldopentose, cellulose, galactose, arabinose, galacturonic acid, glucose, mannose, xylose)

Persoalannya, apakah manfaat bahan-bahan yang kami senaraikan ini untuk tubuh badan? Sila baca lagi.

Apa manfaat gel lidah buaya?

gel lidah buaya

Seperti mana yang majoriti masyarakat kita percaya, gel lidah buaya adalah sangat bagus untuk kesihatan kulit dan rambut. Apa lagi manfaat gel lidah buaya yang lain?

#1. Mengurangkan plak gigi

Penyusutan gusi sangat bahaya dan satu cara untuk mengelakkannya adalah dengan mengurangkan plak gigi.

Menurut satu kajian terhadap 300 individu, jus aloe vera memberikan impak yang sama dengan chlorhexidine.

Ia mampu membunuh bakteria penyebab plak seperti Streptococcus mutans dan Candida albicans.

#2. Menyembuhkan ulser mulut

Ulser mulut ataupun mata ikan yang ada dalam mulut, bibir atau gusi adalah sangat menyakitkan.

Menerusi satu kajian terhadap 180 individu, aloe vera terbukti mampu menyembuhkan kondisi ulser mulut ini.

Pun begitu, ia tidak mempunyai tahap keberkesanan yang sama seperti ubat ulser corticosteroids.

#3. Melegakan kondisi sembelit

Kebaikan aloe vera yang lain adalah mampu melegakan kondisi sembelit ekoran kandungan lateks di dalamnya.

Ini kerana ia mampu memberi kesan yang dinamakan sebagai aloin atau barbaloin lantas melegakan sembelit.

Pun begitu, ia dikatakan tidak mampu merawat masalah perut yang lain dan kajian lanjutan masih diperlukan.

Dalam pada itu, terdapat banyak lagi kebaikan aloe vera termasuklah boleh membantu merawat luka. Benarkah?

Kebaikan aloe vera juga boleh rawat luka?

cara merawat luka

Untuk pengetahuan anda, gel lidah buaya memang sudah digunakan sejak dari zaman dahulu kala lagi.

Buktinya, ada rekod yang menunjukkan The United States Pharmacopeia menyatakan aloe vera pernah digunakan sebagai sapuan pelindung kulit sejak 1810 – 1820 lagi.

Menurut pelbagai kajian pula, ia mungkin mampu merawat pelbagai jenis luka kecil yang disebabkan oleh berbagai-bagai punca termasuklah:

  • Luka akibat kemalangan
  • Luka akibat kebakaran
  • Luka akibat kerengsaan
  • Luka akibat demam campak/cacar air
  • Luka akibat bekas jerawat/jeragat

Pendek kata, aloe vera memang mampu membantu merawat pelbagai jenis luka untuk mengelakkan kegatalan, kemerahan dan jangkitan.

Buat anda yang tertanya-tanya mengapa aloe vera mempunyai ‘magis’ seperti ini, ia adalah disebabkan oleh sifat tumbuhan tersebut yang antioksidan, antiseptik, antiviral dan antibakteria.

Selain itu, ia juga mengandungi polyphenols yang mampu melawan jangkitan bakteria terhadap manusia.

Bukan itu sahaja, kebaikan aloe vera juga adalah sangat bagus untuk merawat parut yang terbentuk akibat luka.

Menurut kajian pada tahun 2009 terhadap 30 wanita berusia 45 tahun, sapuan gel lidah buaya pada kulit mampu meningkatkan penghasilan kolagen dan keregangan kulit selepas 90 hari.

gel lidah buaya

Dalam erti kata yang lebih mudah, aloe vera mungkin mampu membantu merawat luka kecil yang anda alami tidak kira apa jenisnya.

Pun begitu, wajarlah untuk kita semua tahu bahawa nasihat doktor itu adalah teramat penting sebelum merawat diri kita sendiri.

Oleh itu, sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi sebelum menyapu gel lidah buaya pada kulit, ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Trauma Atau Kecederaan

Trauma merujuk kepada kecederaan fizikal serius pada badan yang disebabkan oleh daya luaran. Ketahui lebih lanjut tentangnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/12/2019 . 3 minit bacaan

Betul Ke Jika Makan Kicap, Parut Luka Seperti Chicken Pox Jadi Lebih Gelap?

Ada yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap soya. Adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/11/2019 . 2 minit bacaan

Tip Penjagaan Luka: Pemilihan Makanan

Bagaimana memilih makanan terbaik untuk membantu penjagaan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka? Ikuti artikel ini untuk mengetahui tip penjagaan luka

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 14/05/2019 . 2 minit bacaan

Luka Lambat Sembuh: Mengapa ia Terjadi?

Pernahkah anda berdepan keadaan di mana luka lambat sembuh? Jika pernah, mengapakah ia terjadi? Apakah punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 10/05/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cacar air

Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
luka kencing manis

Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
cara merawat luka melecur

PANAS, Kulit Terkena Ekzos Kenderaan? Ikut 5 Langkah Ini Untuk Merawat Luka Melecur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
hilangkan ketuat

Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Merawatnya, Mudah Saja, Hanya Perlu Buat Di Rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan