Selain Mudah Lupa, Warga Emas Sering Alami Masalah Kencing Tak Lawas, Ini 6 Puncanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah kencing tak lawas sebenarnya kerap berlaku dalam kalangan warga emas. Penjaga golongan warga emas ini pasti tertanya-tanya apakah punca kencing tak lawas dalam kalangan mereka yang berusia ini? 

Masalah kencing tak lawas

Secara umumnya, masalah kencing tak lawas merujuk kepada pengeluaran air kencing yang tidak disengajakan.

Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah seperti air kencing terkeluar dengan sendiri tanpa sengaja, atau keluarnya titisan air kencing selepas membuang air kecil.

Ada juga keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan secara keseluruhan ke atas pundi kencingnya sendiri.

Terdapat beberapa jenis keadaan kencing seperti masalah pundi kencing yang terlampau aktif. Ini amat kerap berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah demensia atau nyanyuk.

Apabila pundi kencingnya menjadi sangat aktif, ia akan membuatkan seseorang itu berasa ingin kencing secara tiba-tiba atau kerap kencing.

Wanita juga mempunyai risiko untuk mengalami beberapa jenis keadaan kencing yang tidak lawas yang disebut kencing tak lawas tekanan.

Ini berlaku apabila sesorang wanita itu batuk, bersin atau ketawa, ia akan membuatkan air kencing terkeluar sedikit dengan sendirinya.

Punca kencing tak lawas dalam kalangan warga emas

kencing tak lawas

Warga emas seperti datuk dan nenek kita merupakan antara golongan yang sangat berisiko untuk mengalami masalah ini.

Dalam kebanyakan kes yang berlaku, ia disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan yang sebenarnya boleh dirawat.

Antara punca masalah kesihatan yang menyebabkan kencing tak lawas dalam kalangan warga emas ialah:

  • Jangkitan salur kencing (UTI): Bakteria memasuki saluran air kencing lalu menjangkiti pundi kencing atau buah pinggang. Antara simptom-simptom jangkitan pada salur kencing ialah kerap berasa ingin kencing, rasa sakit sewaktu membuang air, atau rasa seperti terbakar semasa membuang air kecil. Anda juga mungkin akan mengalami demam dan kencing tak lawas. Keadaan jangkitan pada salur kencing ini boleh dirawat melalui pengambilan ubat antibiotik
  • Mengalami sembelit: Keadaan sembelit sememangnya tidak membuatkan anda berasa selesa. Apabila sembelit terjadi, anda akan berasa sukar untuk membuang air kecil atau menahannya
  • Masalah pada kelenjar prostat: Keadaan ini hanya berlaku dalam kalangan lelaki sahaja seperti berlakunya pembesaran pada prostat. Namun ia boleh dirawat
  • Kesan sampingan ubat-ubatan: Terdapat juga beberapa kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kencing tak lawas
  • Masalah berkaitan usus yang lain seperti sindrom iritasi usus (IBS)

Masalah kencing tidak lawas dalam kalangan warga emas yang nyanyuk

Kencing yang tidak lawas adalah satu simptom yang akan berkembang pada peringkat akhir demensia.

Sekitar 60 hingga 70% penghidap Alzheimer akan mengalami masalah ini. Namun, ia tidak bermakna kesemua penghidap demensia akan atau pasti mendapat masalah ini.

Apabila datuk dan nenek anda mengalami demensia atau nyanyuk, kemampuannya untuk bertindak dengan pantas atau mengingati sesuatu akan menjadi semakin berkurangan.

Mereka mungkin tidak lagi mengetahui bahawa mereka sedang merasakan sensasi hendak membuang air kecil atau membuang air besar.

Antara sebab berlakunya masalah kencing yang tidak lawas dalam kalangan warga emas ialah:

  • Tidak mengetahui di manakah lokasi tandas yang sepatutnya dituju
  • Masalah dalam berkomunikasi
  • Tidak mampu untuk pergi ke tandas tepat pada masanya
  • Tidak mampu untuk bergerak ke sana sini

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kencing tak lawas di rumah dalam kalangan warga tua?

punca kencing tak lawas

Bagi datuk dan nenek anda, terutamanya yang mempunyai masalah nyanyuk, sila ikuti beberapa langkah seperti di bawah ini:

  • Bantu mereka untuk mengenal pasti lokasi tandas di rumah. Letakkan petunjuk pada pintu tandas dalam bentuk perkataan dan juga gambar untuk membantu mereka memahaminya. Petunjuk tersebut mestilah jelas dan mudah untuk dilihat pada paras mata mereka. Anda juga perlu membantu mereka untuk mengetahui bahawa tandas berada dalam keadaan kosong tanpa pengguna lain. Buka pintu tandas jika ia tidak digunakan oleh sesiapa agar datuk dan nenek anda boleh melihatnya
  • Mudahkan laluan mereka untuk mencari lokasi tandas di rumah. Alihkan segala perabot dan bukakan sebarang pintu untuk mereka jika mereka sukar untuk melakukannya bersendirian. Laluan ke tandas dan tandas itu sendiri perlulan berada dalam keadaan yang cerah atau bercahaya untuk memudahkan mereka melihatnya
  • Sediakan segala kemudahan dalam tandas yang memudahkan mereka untuk menggunakan tandas. Pasangkan pemegang tangan atau bangku yang boleh memudahkan mereka menggunakan tandas. Pastikan juga lantai tidak berada dalam keadaan yang licin dengan memasang sebarang tikar getah khas untuk tandas atau bilik air

Kesimpulan

Warga emas yang mempunyai masalah kencing yang tidak lawas memerlukan bantuan ahli keluarga yang lain untuk menghadapinya. Apatah lagi jika warga emas ini menghidap demensia atau nyanyuk.

Keadaan ini pastinya akan menjadi lebih sukar di rumah. Namun, dengan beberapa langkah yang boleh diikuti, kita sememangnya dapat mengurangkan kadar berlakunya kencing tak lawas di rumah dalam kalangan datuk dan nenek.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Usah Percaya Dengan Tangkal Lagi, Jom Ketahui 7 Punca Sebenar Terkencing Waktu Malam!

Selalu mengompol waktu malam tapi tidak tahu sebabnya? Jom ketahui punca kencing malam sebenar yang mungkin anda tidak tahu jika belum baca ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Masalah Pundi Kencing, Urologi 04/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

Ramai yang percaya bahawa tidak berdehem ketika kencing juga boleh jadi punca batu karang. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

Masalah air kencing bercabang lazim berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki. Jangan tak tahu, fenomena buang air kecil ini boleh jadi tanda penyakit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

Masalah kencing kotor sememangnya lazim dalam kalangan kanak-kanak terutamanya perempuan. Oleh sebab itulah aspek kebersihan perlu dijaga dengan sebaiknya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 08/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
hilang ingatan

Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
kerap buang air kecil

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

BAHAYA! Hentikan Tabiat Buruk Sering Menahan Kencing, Jika Tak Nak Dapat Penyakit Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan