backup og meta

Tanpa Sedar, Ini 5 Perkara Yang Kita TAK PATUT Buat Lepas Makan (Termasuk Makan Buah!)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/08/2022

    Tanpa Sedar, Ini 5 Perkara Yang Kita TAK PATUT Buat Lepas Makan (Termasuk Makan Buah!)

    Pernah tak anda amalkan tabiat tidur selepas makan? Tak boleh buat selalu amalan ini, berikut sebabnya, jom ambil tahu!

    Seusai sahaja bersantapan, pasti akan terlintas pelbagai perkara untuk dibuat di fikiran kita semua bukan?

    Namun sila berwaspada kerana ada perkara yang boleh menjejaskan keadaan kesihatan jika dibuat selepas makan!

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai perkara tersebut dengan lebih mendalam lagi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa kita perlu makan dan minum?

    Pernahkah anda terfikir mengapa kita perlu makan dan minum secara berkala pada waktu pagi, tengah hari, petang serta malam?

    Salah satu sebab yang paling ketara adalah untuk memuaskan rasa lapar yang akan wujud apabila sudah beberapa ketika tidak mengambil sebarang makanan atau minuman.

    Namun ada lagi satu sebab yang juga penting iaitu bagi membekalkan tenaga untuk tubuh badan kekal berfungsi dengan baik serta memperbaiki sel yang telah rosak.

    Bergantung kepada jenis makanan atau minuman, kita akan mendapat nutrisi yang berlainan dan ia sangat penting bagi proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, tubuh badan kita tidak mampu berfungsi tanpa makanan dan minuman ibarat sebuah kereta tanpa minyak petrol.

    tidur selepas makan

    Berbalik kepada persoalan utama artikel ini, apa perkara yang kita tidak boleh buat selepas makan?

    Apa perkara tidak boleh buat selepas makan?

    Selepas makan, sudah pasti tubuh badan kita akan sedikit kepenatan ekoran kekenyangan bukan? Sebab itu ramai yang suka tidur selepas makan!

    Selain tidur selepas makan, ada juga yang gemar merokok atau pelbagai lagi tabiat yang sudah dijadikan rutin selepas bersantapan.

    Namun kalian perlu lebih berwaspada kerana ada beberapa perkara yang sebenarnya kita tidak boleh buat.

    #1. Tidur selepas makan

    Tidak dapat dinafikan bahawa tidur selepas makan sememangnya memuaskan namun ia adalah perkara pertama yang perlu dielakkan.

    Ini kerana tubuh badan kita memerlukan sedikit masa untuk memproses serta menghadam makanan dan minuman yang diambil.

    Dengan tidur, ia akan merencatkan proses ini lalu membuat tubuh badan tidak mendapat resapan nutrisi yang sewajarnya.

    Jangan terkejut jika perut kalian makin membuncit jika masih meneruskan tabiat ini ya?

    tidur selepas makan

    #2. Mandi selepas makan

    Selain tidur selepas makan, mandi juga dikatakan boleh jadi punca mengapa perut anda mudah boroi!

    Untuk pengetahuan anda, mandi selepas makan juga akan melambatkan proses pencernaan makanan yang sangat diperlukan untuk menyerap nutrisi.

    Ia berlaku akibat darah pada perut akan mengalir pada bahagian tubuh badan yang lain semasa mandi dan tidak membantu proses pencernaan.

    Tidak salah untuk mandi selepas kenyang jika anda menunggu beberapa minit atau jam untuk proses pencernaan ini tamat terlebih dahulu.

    #3. Makan buah

    Selain tidur selepas makan, ramai orang yang gemar mengambil buah-buahan selepas makan berat kononnya untuk menghilangkan rasa hanyir atau tidak selesa pada mulut.

    Ia kurang bagus kerana sepatutnya anda perlu makan buah terlebih dahulu beberapa jam sebelum makan kerana buah tidak akan diproses dengan betul.

    Sebaiknya akhiri waktu makan anda dengan mengambil sedikit manisan untuk menyegarkan mulut anda!

    tidur selepas makan

    #4. Minum teh

    Ya, anda tidak salah membacanya kerana teh adalah bersifat asidik dan pengambilannya juga akan menjejaskan proses pencernaan selepas makan.

    Ini terutamanya jika kalian mengambil unsur protein semasa bersantapan kerana asid dalam teh akan mengeraskan sebatian protein tersebut.

    Dalam pada itu, ia juga akan mengganggu proses penyerapan zat besi yang sangat penting untuk tubuh badan kita melalui pengambilan protein.

    Jika masih mahu, sila minum beberapa jam sebelum dan selepas makan okay?

    #5. Merokok

    Sebenarnya kami tidak perlu menerangkan dengan lebih lanjut mengapa anda tidak boleh merokok selepas makan kerana kesannya sudah terang lagi bersuluh.

    Buat anda yang belum tahu, rokok sememangnya tidak bagus untuk kesihatan kita secara umum dan akan lebih teruk sekiranya diambil selepas makan.

    Ini kerana, sungguhpun merokok hanya sebatang selepas makan dikatakan kesannya serupa dengan menghisap 10 batang rokok!

    Berhentilah daripada meneruskan tabiat yang hanya akan memusnahkan kehidupan kalian ini sebelum terlambat ya?

    Bagaimana dengan anda? Adakah salah satu daripada 5 perkara perlu dielakkan selepas makan ini dilakukan? Jika ya, segera mengubahnya demi kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan